Info Pelan

Renungan Andrew MurraySampel

Andrew Murray Devotional

HARI 4 DARIPADA 7

FIRMAN ALLAH



Tuhan kami membandingkan Firman Allah dengan makanan yang kami perlukan pada hari ini, dan dengan itu mengajar kami satu pelajaran yang penting. Kami mengetahui bahawa makanan amat diperlukan bagi menjamin kehidupan. Kami memahami ini. Walau betapa kuat pun seseorang itu, jika ia tidak makan, ia akan menjadi lemah, dan ia akan mati. Jika penyakit menghalang saya daripada makan, saya akan mati. Demikian juga dengan Firman Allah. Firman mengandungi prinsip syurgawi dan bekerja dengan berkuasa dalam orang yang mempercayainya.



Makanan mesti dimakan. Saya tahu tentang makanan. Saya mungkin memiliki makanan dan memberikannya kepada orang lain. Saya mungkin mempunyai makanan yang banyak di rumah saya, tetapi itu tidaklah berguna melainkan saya memakannya. Demikian juga, pengetahuan tentang Firman Allah saja dan mengkhabarkannya kepada orang lain tidak akan mendatangkan faedah kepada saya. Tidaklah mencukupi untuk berfikir tentangnya sahaja. Sebaliknya, saya mesti memakan Firman Allah dan menerapkannya dalam hati dan hidup saya. Saya mesti berpegang pada Firman Allah dengan kasih dan ketaatan serta membenarkannya untuk menguasai hati saya. Oleh itu, Firman Allah akan betul-betul menjadi kalimat hidup.



Makanan mesti dimakan setiap hari, demikian juga dengan Firman Allah. Pemazmur menulis, "Berbahagialah orang yang kesukaannya ialah Taurat Tuhan,
dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam"
(Mazmur 1:1-2); "Betapa kucintai Taurat-Mu! Aku merenungkannya sepanjang hari" (Mazmur 119:97). Demi menjalankan kehidupan rohani yang kuat dan berkuasa, pengambilan Firman Allah setiap hari amatlah diperlukan.



Apabila Dia berada di dunia ini, Tuhan Yesus mempelajari, mengasihi, dan mentaati Firman Bapa. Jika anda mencari persekutuan dengan-Nya, anda akan menemui-Nya dalam Firman-Nya. Kristus akan mengajar anda untuk berhubung dengan Bapa melalui Firman, sebagaimana yang dilakukan-Nya semasa Dia berada di dunia ini. Anda akan belajar, seperti Dia, untuk hidup demi kemuliaan Allah dan penggenapan Firman-Nya semata-mata.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Andrew Murray Devotional

Andrew Murray ialah seorang pastor Afrika Selatan yang telah menulis banyak buku dan bahan renungan kecil untuk menyebarkan Firman Allah kepada ahli kariah luar bandar. Disusun daripada banyak buku kesayangan Murray, ren...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Whitaker House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.whitakerhouse.com/product/andrew-murray-devotional/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami