Info Pelan

HadiahSampel

The Gift

HARI 1 DARIPADA 5

Mengalu-alukan Rentak Kekaguman



Ini merupakan masa yang paling menakjubkan setiap tahun, tetapi kadang kala senarai tugas seolah-olah berjela-jela, persediaan kelihatan menggentarkan, dan masa cuti berupaya mengingatkan kita tentang kekecewaan terdalam kita.



Namun, bagaimana kalau kita memilih untuk berhenti sekejap daripada kesibukan musim ini dan mula mencari kegembiraan yang lebih mendalam? Bagaimana kalau kita memperlahan langkah kita untuk mengalu-alukan rentak kekaguman? 



Kita boleh. Anda boleh. Walau bagaimanapun, untuk mengalami masa yang paling mengagumkan bagi tahun ini, kita perlu menjadikannya musim yang paling dipenuhi penyembahan bagi tahun ini. Ini disebabkan kekaguman dan penyembahan wujud seiring.  



Ini bukan perkara yang mudah. Mungkin anda mengalami tahun yang sukar. Mungkin anda kehilangan orang yang dikasihi, kehilangan impian, atau kehilangan jangkaan tentang kehidupan anda. Mungkin anda sedang menunggu. Namun, pengalaman anda yang lalu tidak perlu menentukan jangkaan masa depan anda. 



Ketika kita menyembah, kita menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau sesuatu. Pada masa ini, kita mempunyai sebab untuk menyembah—dan ini tidak terikat pada keadaan semasa kita. Kita mempunyai sebab untuk menyembah kerana hadiah yang telah kita terima melalui Yesus.



Lihatlah apa yang berlaku apabila beberapa orang ahli kaji bintang mendengar berita tentang kelahiran Yesus: 



Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya. Matius 2:10-11 BM



Selama beratus-ratus tahun, manusia menunggu. Menunggu Allah untuk menggenapi janji-Nya untuk mengutus Penyelamat kita. Dan Krismas adalah salah satu peringatan yang paling baik bahawa Allah memenuhi janji-Nya. Dia telah menghantar Yesus kepada kita sebagai hadiah yang paling hebat untuk menunjukkan bahawa Allah ingin menyertai kita.  



Ahli kaji bintang tersebut bersukacita. Mereka terpesona. Mereka sujud dan melakukan satu-satunya perkara yang dapat dilakukan ketika berhadapan dengan kekaguman sebesar itu—menyembah.



Pada Krismas ini, daripada menumpukan perhatian pada apa yang perlu dilakukan, sembah Allah kerana apa yang telah Dia lakukan untuk anda. Daripada menumpukan perhatian pada kekurangan anda, tumpukan perhatian pada kasih Allah. 



Perlahankan langkah anda kepada rentak kekaguman dengan menyembah Allah dan mengucapkan syukur kepada-Nya kerana menghadiahkan Yesus. Sepanjang beberapa hari berikutnya, kita akan berbincang dengan lebih lanjut tentang ahli kaji bintang tersebut, hadiah yang dipersembahkan oleh mereka kepada Yesus, dan bagaimana hadiah tersebut boleh membimbing kita untuk menyembah. Kita akan bercakap tentang cara-cara yang praktikal untuk menuntut semula sukacita Krismas, dan bersama-sama kita akan meminta Allah untuk memulihkan kekaguman kita. 



Doa: Allah, perlahankan langkah saya supaya saya dapat merasai kekaguman Krismas. Ingatkan saya tentang siapa Engkau, dan bantulah saya untuk menyembah-Mu dengan penuh sukacita. Bantulah saya untuk berhenti menumpukan perhatian pada senarai tugas saya dan mula menumpukan perhatian pada hadiah Yesus, Anak-Mu. Dalam nama Yesus, amin. 



Latihan: Bagaimanakah anda dapat menambahkan kekaguman anda terhadap Krismas? Apakah beberapa cara anda boleh menyembah sepanjang musim ini? 


Hari 2

Perihal Pelan

The Gift

Ini merupakan masa yang paling menakjubkan setiap tahun, namun kita sering mendapati diri terburu-buru sepanjang masa cuti. Hari Krismas ini, bagaimana kalau kita menuntut balik ketakjuban itu? Dalam pelan Alkitab 5 hari...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami