Info Pelan

Cabaran 49 MingguSampel

The 49-Week Challenge

HARI 1 DARIPADA 341

Selamat datang ke Cabaran 49 Minggu ini yang merangkumi seluruh Alkitab! Salah satu cara terbaik untuk memastikan anda melengkapkan Pelan ini adalah mencari kawan yang ingin membaca Pelan ini pada masa yang sama. Siapakah yang boleh anda ajak untuk menyertai perjalanan ini? Anda boleh membaca bersama-sama menggunakan Pelan Bersama Sahabat dalam Apl Bible YouVersion, ataupun anda boleh membaca secara berasingan dan berbincang sekali seminggu tentang bacaan tersebut.



Semasa anda bersedia untuk bacaan hari ini, mintalah Allah untuk menyatakan sesuatu kepada anda. Ambil perhatian terhadap apa-apa janji untuk dipercayai, perintah untuk ditaati, kebenaran untuk diterima, peringatan untuk didengar, atau apa-apa dorongan untuk menyenangkan hati. Anda boleh membuat nota dalam Apl Bible, atau menggunakan jurnal untuk mencatatkan fikiran anda. Selepas anda membaca ayat Alkitab hari ini, berhenti sejenak dan merenungkan dua soalan berikut:



Apakah yang anda belajar tentang Allah, tentang diri sendiri, atau tentang dunia ini?



Adakah terdapat mana-mana ayat atau fikiran yang menarik perhatian anda pada hari ini? Bercakaplah dengan Allah tentangnya.
Hari 2

Perihal Pelan

The 49-Week Challenge

Bersedia untuk membawa hubungan anda dengan Allah ke tahap seterusnya? Ambillah Cabaran 49 Minggu! Pelan Alkitab ini meneliti seluruh Alkitab dengan bacaan daripada Perjanjian Lama dan Baru setiap hari. Anda akan membaca...

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan Pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami