Info Pelan

Kehidupan Baru Dalam KristusSampel

New Life In Christ

HARI 2 DARIPADA 4

Matikan



Kolose 3:5 bermula dengan frasa “matikanlah” dan mengarahkan kita untuk mematikan banyak perkara yang sangat buruk. Untuk beberapa ayat seterusnya, pada asasnya kita diarahkan untuk berhenti melakukan perbuatan berdosa yang melibatkan pelbagai bentuk dosa seksual tetapi juga perkara seperti marah, mengamuk, mempunyai perasaan benci terhadap orang lain, caci maki orang ataupun guna kata-kata lucah, dan berbohong. Berhenti melakukan semua perbuatan buruk ini kerana kita takut akan apa yang mungkin dilakukan oleh Allah bukanlah cara Dia bekerja. Memerangi dosa adalah sesuatu yang kita perlu lakukan selalu kerana kemanusiaan kita, tetapi itu bukanlah tujuan kehidupan Kristian. Mengenali Yesuslah tujuannya.



Kita harus merampas kuasa perkara berdosa yang menggoda kita ke dalam cengkamannya. Mengapa? Kerana amalan berdosa yang lama ini tidak seiring dengan kehidupan baru kita dalam Kristus. Ini bagaikan memakai sepasang but musim sejuk yang dilapisi bulu pada hari sepanas 100°F di luar — but dan cuaca itu tidak seiring. Atau memberikan stik tulang T kepada bayi yang baru dilahirkan — memang tidak seiring. Huraian berdosa dalam ayat ini dan kehidupan baru kita dalam Kristus — memang tidak seiring. 



Oleh itu, kita harus membuat beberapa pilihan yang akan melawan segala keinginan daging kita. Kita perlu menetapkan penapis pada peranti kita untuk melindungi kita daripada perkara yang akan terpahat pada otak kita. Kita harus mencari punca masalah kemarahan dan kegeraman kita dan mengundurkan diri daripada situasi yang membuat kita tertekan. Kita perlu menyesuaikan pertuturan kita supaya apa yang kita ucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan dan bukan membinasakan mereka yang dalam jarak pendengaran. 



Sesetengah orang mungkin berkata, “Itu merupakan ultrakeundangan yang mengatakan bahawa kita tidak boleh melakukan atau mengatakan apa sahaja yang kita inginkan. Saya bebas dalam Kristus.” Benar, kita memang bebas dalam Kristus, tetapi apabila kita membenarkan terlalu banyak apa-apa pun, baik atau buruk, kita bergerak secara perlahan-lahan daripada kebebasan ke arah perhambaan. Bukanlah ultrakeundangan untuk menetapkan sesuatu untuk membantu melindungi kita dan menghapuskan dosa daripada hidup kita. Itu disebut menggunakan pertimbangan yang baik dan menerapkan kebijaksanaan yang sihat. 



Hakikatnya, membenarkan-Nya untuk memerintah sepenuhnya ke atas hidup kita akan memanfaatkan kita. Dia tidak menginginkan kita untuk menghilangkan tabiat lama dan kerisauan kita demi menghilangkannya sahaja. Tidak, Dia mahu hidup kita kaya dan penuh. Agar tiada apa-apa pun — tiada isu, tiada ketagihan, tiada ketakutan, tiada kebimbangan, tiada apa-apa — yang akan menghalang kita daripada menjalani kehidupan baru dalam Kristus.  



Renungan




  • Jika kata-kata yang saya ucapkan tidak mempunyai kuasa untuk menyelamatkan, apakah yang menghalang saya daripada berbuat demikian?

  • Jika tindakan saya terus-menerus berdosa, apakah yang tidak saya singkirkan daripada hidup saya yang membuat saya kekal dalam pola ini?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

New Life In Christ

Sebagai pengikut Kristus, kita memiliki kehidupan baru dalam Kristus. Namun, apakah maksudnya? Dalam Pelan Alkitab ini, anda akan mempelajari maksud kehidupan baru dalam Kristus, bagaimana menyingkirkan perkara yang tida...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami