Info Pelan

Lebih Baik BersamaSampel

Better Together

HARI 6 DARIPADA 24

Berkawan untuk Membentuk Murid

Semua orang mencari kawan yang setia — bukan kenalan semata-mata tetapi seseorang yang berada di sisi anda apabila anda memerlukan mereka. Allah mahu anda untuk membina persahabatan yang sejati dengan orang yang berada dalam hidup anda supaya anda boleh berkongsi Injil dengan mereka. Allah menempatkan mereka — rakan sekerja dan rakan sedarjah anda, jiran dan ahli kumpulan — dalam hidup anda secara khusus supaya anda boleh berkongsi dengan mereka tentang keputusan yang paling penting yang akan dibuat mereka. Jika anda tidak memberitahu mereka tentang apa yang telah dilakukan Kristus untuk mereka, siapakah yang akan berbuat demikian?

Alkitab berkata dalam Roma 12:16, “Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah atau berkawanlah dengan orang yang dipandang rendah. Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya”.

Orang Kristian cenderung tergolong dalam satu daripada dua ekstrem: pengasingan atau peniruan. Sesetengah orang Kristian berkata, “Saya tidak mahu dicemari dunia. Saya akan mengasingkan diri. Saya akan membina benteng dan budaya tersendiri.”

Pengasingan tidak berhasil! Bagaimanakah anda membina persahabatan dalam cara itu?

Ekstrem yang satu lagi ialah peniruan, yang berkata, “Marilah jadi seperti dunia. Kita akan berpakaian seperti bintang pop yang terkini. Kita akan mengatakan apa saja yang diingini tentang orang lain. Kita akan mengamalkan apa saja nilai dan matlamat yang digalakkan budaya popular. Kita tidak akan menjadi berbeza daripada dunia."

Itu bukanlah apa yang diingini Allah untuk anda. Dia tidak mahu anda berserah kepada apa yang diterima umum.

Jawapannya bukanlah pengasingan atau peniruan. Ia adalah pemisahan dan penyusupan. Alkitab mengatakan anda harus menjadi garam dan terang dalam dunia. Anda harus menyusup masuk ke dalam dunia dengan kebaikan Allah.

Apabila saya keluar untuk makan malam dan memesan ikan siakap, perkara pertama yang saya perlu lakukan sebelum memakannya adalah membubuh garam. Ikan itu telah hidup sepanjang hayatnya dalam air masin, tetapi saya membubuh garam padanya. Apakah yang sedang berlaku? Ikan itu telah dipisahkan. Jika Allah boleh mengambil ikan dan memeliharanya dalam air masin sepanjang hayatnya dan tidak membenarkan garam memasuki ikan itu, maka, Allah pasti boleh mengambil mana-mana orang percaya, menempatkan kita dalam dunia, dan menghalang kita daripada dicemari nilai yang salah.

Allah mahu anda untuk menjadi kudus dan selamat dalam iman anda. Dia juga mahu anda untuk berjalan ke dalam dunia dan mengenali orang yang telah ditempatkan-Nya dalam hidup anda. Apabila anda membina hubungan dengan orang di sekeliling anda dan berkongsi Kebenaran dengan mereka, anda haruslah berada dalam dunia tetapi bukan milik dunia.

“Sebab Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban” (2 Timotius 1:7 TB).

Mainkan audio pengajaran hari ini daripada Pastor Rick >>

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Better Together

Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjel...

More

Renungan ini © 2015 Rick Warren. Hak cipta terpelihara. Digunakan dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.rickwarren.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami