Info Pelan

Aku Mengenali Kamu: Renungan daripada Time of GraceSampel

I Know You: Devotions From Time of Grace

HARI 2 DARIPADA 4

Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat



"Saya tahu apa yang kamu sedang alami." Anda mungkin dengar kata-kata ini daripada kawan yang ingin bersimpati. Apa yang ingin anda bentak kepada mereka adalah, "Kamu tidak tahu apa yang saya sedang alami," tetapi anda hanya balas, "Ya."



Allah kita mengikuti segala sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita. Dia dan malaikat-Nya bergembira atas kemenangan kita, dan mereka mengeluh dengan pergumulan kita, campur tangan pada waktu yang strategik untuk menetapkan kita atas jalan ke syurga, membalut luka kita, membantu kita berdiri semula, dan memberikan kita angin belakang untuk terus mara.



Allah tahu bahawa ada kalanya kita adalah lemah. Dia memberitahu orang Kristian yang bersusah payah di kota Asia, Filadelfia, "Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat, tetapi kamu telah mengikut ajaran-Ku dan setia kepada-Ku" (Wahyu 3:8). Sama ada ia melibatkan wang, hubungan keluarga, kesihatan, atau perniagaan, Allah berbelas kasihan terhadap kelemahan kita. Dia tidak membenci kita kerana kita bukan lelaki dan perempuan yang luar biasa kuatnya. Dia mungkin membenarkan kelemahan ini untuk membawa kita lebih dekat kepada-Nya. Perkara yang menjadi tumpuan-Nya adalah iman kita dalam Penyelamat kita Yesus. Adakah kita berputus asa terhadap janji-janji injil? Allah mendorong orang Kristian Filadelfia, dan Dia mendorong anda juga, agar menjaga apa yang dimiliki anda supaya tiada orang yang dapat merampas hadiah kemenangan anda. Menang, dan Dia akan menjadikan anda seperti tiang di rumah syurgawi.



Anda mungkin mati sebagai penghutang, tetapi berhubungan dengan Yesus, anda akan bangun sebagai jutawan rohani di syurga.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

I Know You: Devotions From Time of Grace

Allah telah menciptakan kita secara unik. Dia mengetahui kesedihan, kegembiraan, kekuatan, dan kelemahan kita.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Time of Grace Ministry kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.timeofgrace.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami