Info Pelan

Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik AndaSampel

Six Steps To Your Best Leadership

HARI 1 DARIPADA 7

Satu Disiplin untuk Dimulakan



Isteri saya Amy, anak saya, dan kakitangan saya akan memberitahu anda bahawa membangunkan pemimpin bukanlah sesuatu yang saya gemar lakukan sahaja, ia merupakan sebahagian besar daripada diri saya. Saya percaya apabila seseorang pemimpin itu menjadi lebih baik, semua orang akan bertambah baik.



Pertimbangkan soalan ini: "Adakah memimpin orang sesuatu yang saya ingin lakukan sahaja, ataupun adakah ia sebahagian daripada diri saya"?



Jawapan anda adalah penting kerana kebanyakan pemimpin memenuhi rancangan pembangunan mereka dengan matlamat perbuatan: "Saya ingin melakukan lebih banyak dengan anak saya, saya akan melakukan perbuatan baik yang rawak terhadap isteri saya, saya akan melakukan lebih banyak lagi untuk memperkasakan orang yang dipimpin." Walau bagaimanapun, pemimpin yang paling berpengaruh pula menetapkan matlamat siapa: "Saya akan menjadi ibu yang sabar yang mengasihi dengan mendalam, saya akan menjadi suami yang menyokong isteri saya dan mengasihinya dengan baik, saya akan menjadi pengurus yang memimpin melalui teladan." 



Pemimpin yang paling berpengaruh memulakan dengan siapa dan membenarkan perbuatan berjalan dari sana.



Walaupun menurut standard sekular, Yesus mungkin pemimpin yang paling berpengaruh yang pernah hidup. Dia hanya bekerja di ruang awam untuk tiga tahun dan dalam tempoh itu Dia memperoleh puluh ribu pengikut. Dua ribu tahun kemudian, buku terlaris sepanjang masa mengisahkan kehidupan-Nya, dan beberapa bilion orang dari setiap bahagian dunia telah mengabdikan seluruh hidup mereka untuk mengikut-Nya.



Tujuh kali dalam kitab Yohanes, Yesus mengucapkan pernyataan siapa yang berkuasa. Semasa anda membacanya hari ini, anda akan mendapati setiap pernyataan berhubung dengan baik dengan apa yang dilakukan-Nya pada waktu itu dan masih dilakukan-Nya dalam dunia kita.



Apabila anda mengetahui siapa anda, anda akan mengetahui apa yang harus dilakukan. Lebih khusus lagi, anda mungkin menanya diri, "apakah yang akan dilakukan oleh orang yang saya ingin jadi itu?"  Walau apa pun yang anda putuskan untuk buat, saya mencadangkan agar anda bermula secara kecil-kecilan. Disiplin kecil yang dilakukan secara tetap membawa kepada hasil yang besar dengan pengedaran masa. 



Sekiranya anda ingin menjadi seorang pemimpin yang prihatin, barangkali anda boleh menuliskan sekurang-kurangnya satu nota yang mendorong setiap hari. Sekiranya anda ingin menjadi orang yang teratur, barangkali mula dengan mengemas katil anda. Sekiranya anda ingin menjadi seorang pemimpin yang mengikuti kehendak Allah, anda mungkin harus memulakan dengan bercakap dengan-Nya setiap pagi. Buat apa yang memimpin anda untuk menjadi siapa yang anda ingin jadi sebagai seorang pemimpin.



Bercakap dengan Allah: Allah, Engkau telah mencipta saya; Engkau mengenali saya. Berikanlah saya kata-kata untuk menyedari siapa saya dan kekuatan untuk mengetahui apa yang harus dilakukan.



Dengarlah audio siar saya untuk lebih banyak kandungan tentang kepimpinan seperti ini


Hari 2

Perihal Pelan

Six Steps To Your Best Leadership

Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin unt...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Craig Groeschel dan Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami