Info Pelan

Pengorbanan TeragungSampel

Pengorbanan Teragung

HARI 1 DARIPADA 5

Menderita Demi Kebaikan Kita


Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. —2 Korintus 5:21


Setiap tahun, kedengaran ada orang akan memakukan tangan dan kaki mereka pada kayu salib untuk sementara, supaya mereka boleh mengikut contoh penyaliban Kristus. Orang yang mempunyai tanggapan salah ini mungkin berniat baik, tetapi tindakan mereka yang mendera diri sendiri hanya merupakan kesakitan yang sangat kecil jika dibandingkan dengan penderitaan fizikal yang dialami oleh Yesus—malah tidak dapat menunjukkan sedikit pun tentang kesengsaraan Yesus yang mendalam secara rohani.


Selepas menderita penganiayaan yang menghina dan sebatan yang kejam sepanjang malam, yang cukup meragut nyawa sesetengah orang, Yesus menderita kesakitan yang dahsyat selama 6 jam pada kayu salib. Namun Dia mengalami penderitaan yang amat sangat dalam jiwa-Nya. Dalam kegelapan selama 3 jam, Dia harus mengalami penderitaan yang ditinggalkan oleh Tuhan.


Nabi Yesaya mengumumkan bahawa Hamba (yakni Yesus) yang menderita sama sekali tidak berdosa, malah “penderitaannya memang menurut kehendak [Tuhan]” dan Dia “menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa” (Yesaya 53:10). Rasul Paulus berkata bahawa “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia” (2 Korintus 5:21). Itulah saatnya apabila Yesus tahu Dia telah menanggung segala hukuman Tuhan bagi dosa kita, Dia berseru, “Sudah selesai!” (Matius 27:50; Yohanes 19:30).


Kita hanya boleh memahami sedikit tentang misteri yang dialami oleh Penyelamat kita. Namun kita percaya dan bersukacita dalam keyakinan bahawa Dia menanggung segala hukuman bagi dosa kita. Penderitaan Kristus yang paling mendalam telah menjadi sukacita kita yang terbesar. —Herbert Vander Lugt 


Tuhan disalibkan bagi kita;

Dia menyerahkan nyawa-Nya agar kita boleh mendapatkan

Hidup kekal dan sukacita abadi

Di syurga yang tiada lagi kesakitan. —Sper


Kristus menanggung penderitaan pada kayu salib supaya kita boleh menikmati kemuliaan syurga.

Hari 2

Perihal Pelan

Pengorbanan Teragung

Betul-Betul Mengagumkan: KEBENARAN YANG PALING AJAIB—HANYA DENGAN BERFIKIR BAHAWA YESUS MENGASIHIKU. Ikuti rancangan pembacaan 5 hari, sempena Hari Paska dan Hari Easter 2019. Mari kita merenungkan Pengorbanan Teragung i...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Ministries untuk menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pedomanharian.org​​​​​​​

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami