Info Pelan

Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 1 DARIPADA 25


Janji Pertama


Tahukah anda bahawa janji pertama yang dibuat Tuhan tentang hari Natal? Dalam Kejadian, kita baca apabila Adam dan Hawa berdosa buat pertama kalinya di Taman Eden, manusia dipisahkan daripada kehadiran Tuhan. Dosa telah merampas kesucian kita dan menjadikan kita najis. Disebabkan Dia kudus dan sempurna, Tuhan tidak mungkin berhubungan dengan orang yang najis. Pemisahan ini menyakiti hati Tuhan kerana Dia mengasihi kita lebih daripada yang dapat kita sedari. Tuhan segera membentuk rancangan untuk perdamaian kita. Sejak permulaan kewujudan manusia, Yesus menjadi sebahagian daripada kisah tersebut.


Pada hari itu, Tuhan membenarkan Iblis untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya. Dia berkata, "Engkau dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumit mereka." (Kejadian 3:15) Entah bila masa, daripada anak Hawa, akan datang seorang Penyelamat yang akan melucutkan kuasa Iblis untuk memisahkan Tuhan daripada manusia untuk selama-lamanya. Iblis akan cuba menghalang Dia, tetapi Penyelamat itu akan meremukkan kepalanya. Ia tidak mungkin pulih daripada itu!


Hari Natal menandakan permulaan proses Tuhan untuk memulihkan hubungan kita dengan Dia melalui satu Perjanjian Baru. Dunia ini telah menunggu beribu-ribu tahun untuk Penyelamat yang telah dijanjikan Tuhan, dan akhirnya, Dia datang. Dia yang akan mengalahkan dosa dan kematian untuk selama-lamanya menjadi Allah berserta kita.


Semasa kita memasuki musim Adven ini, tumpukan perhatian pada penggenapan janji pertama Tuhan. Mengakui bahawa Tuhan menepati janji-Nya, dan merenungkan kebenaran bahawa Dia sangat mengasihi anda sehinggakan Dia mengutuskan Anak-Nya yang sempurna untuk dilahirkan dalam dunia yang berdosa supaya Dia dapat berhubungan bersama dengan anda.


Doa: Bapa, saya rasa kagum bahawa respons pertama-Mu terhadap dosa kami adalah janji bahawa ia tidak akan memisahkan kita untuk selama-lamanya. Terima kasih kerana memilih sejak permulaannya untuk mengutuskan Yesus untuk membuka jalan supaya kami boleh berhubungan bersama dengan-Mu. Apabila kami mendekati hari Natal tahun ini, berikan saya penyataan yang lebih mendalam tentang apa yang telah Engkau capai semasa Dia datang ke dunia ini. Benarkan saya untuk mengalami sukacita yang Engkau rasai apabila Yesus dilahirkan dan apabila penggenapan janji-Mu digerakkan.


Muat turun imej hari ini di sini


Hari 2

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyeda...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami