Info Pelan

Menemukan KedamaianSampel

Finding Peace

HARI 1 DARIPADA 17

Asas Segala Kedamaian



Sebelum berucap di satu acara baru-baru ini, saya makan bersama seorang pekerja di Pantai Barat. Semasa seorang pelayan wanita muda melayan kami, saya menanyanya: "Jika kamu boleh meminta apa-apa sahaja daripada Allah, apakah yang akan kamu minta?"



Tanpa teragak-agak, dia menjawab: "Saya akan minta kedamaian."



Air mata meleleh dengan sendiri di pipinya semasa dia berkongsi dengan kami tentang kematian nenek kesayangannya beberapa hari sebelumnya.



Ketika dia berkongsi ceritanya, saya mendapat tahu bahawa tiada orang dalam keluarganya mempercayai Allah—dia juga begitu. Dia tidak menolak Allah secara sedar. Namun dia sedar akan suatu keresahan jauh di lubuk hatinya, tetapi dia tidak memahami cara menyelesaikan kacau-bilau dalaman itu, ataupun puncanya. Seperti banyak orang, dia hidup dari sehari ke sehari, tanpa tujuan atau makna kehidupan.



Wanita muda ini mewakili banyak orang dalam masyarakat kita hari ini—buat-buat, berusaha mencukupkan perbelanjaan, mencari jalan di mana kelihatan tiada jalannya, dan cuba memahami semuanya.



Terlalu kerap, nampaknya tiada jawapan yang mencukupi kepada dilema manusia—terutamanya kepada soalan mengapa kita rasa hampa, kosong, dan kekurangan kedamaian. Tambahan lagi, nampaknya tiada sebab yang memuaskan untuk berusaha sedaya-upaya dan masih mengalami penderitaan kesusahan kehidupan.



Pelayan muda itu menjelaskan isunya dengan berkata, "Saya perlukan kedamaian." Orang lain akan berkata, "Saya rasa sepi." Sesetengah orang akan berkata, "Jika pasangan saya mengasihi saya sebagaimana seharusnya, saya akan berasa gembira." Variasi yang berbeza tetapi ungkapan yang sama: "Ada yang tidak kena ... Saya tidak gembira. Saya tidak rasa tenang. Apakah yang tidak kena dengan saya?"



Kebanyakan orang yang menjadi mangsa mesej masyarakat sekular kita mengalami kekosongan ini dan menyamakan masalah itu dengan Allah. Kita selalu dihujani dakwaan masyarakat: "Jika saya adalah lebih kurus, memakai pakaian yang lebih bergaya, memandu Jaguar, tinggal di kawasan bandar yang lebih baik, mempunyai gaji yang lebih tinggi …" senarai itu panjang lebar. Walau bagaimanapun, tiada jawapan yang dihargai yang tersebut sebelumnya kepada masalah kita atau beratus-ratus jawapan lain yang diberikan kepada kita boleh memenuhi apa yang amat diinginkan kita secara kekal dan memuaskan.



Pelayan itu betul: Kebanyakan daripada kita rasa kita memerlukan sesuatu lagi—dan satu perkataan yang merangkumi segala-galanya dan menggambarkannya dengan baik sekali ialah kedamaian.



Sebagai seorang pastor untuk lebih daripada enam dekad, saya boleh memberitahu anda bahawa sehingga anda berdamai dengan Allah, anda tidak mungkin mengalami kedamaian yang sebenar dalam kehidupan ini. 


Hari 2

Perihal Pelan

Finding Peace

Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Serta...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/peace-yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami