Info Pelan

Memberikan Nafas Keghairahan Rohani kepada Perkahwinan AndaSampel

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

HARI 6 DARIPADA 7

“Berkahwin Seperti Rahib”

Bukankah benar bahawa banyak pertengkaran perkahwinan berlaku kerana kekecewaan terhadap pasangan kita? Kita berharap mereka menjadi seseorang atau melakukan sesuatu atau memahami sesuatu dan mereka bukan dan tidak, dan kita berasa sedih. Kita betul-betul ingin mengasihi mereka sepertimana Allah mengasihi kita. Kita menjangka mereka untuk mengetahui bila kita berasa letih; untuk mengetahui bahawa kita sedang berbohong apabila kita mengatakan, “Jangan risau. Ia bukan perkara yang besar. Saya tidak memerlukan apa-apa yang khusus”; untuk mengetahui bahawa kita memerlukan mereka untuk bersikap kuat atau lemah lembut, untuk menyerah atau bertegas, kerana itulah yang kita perlu mereka lakukan. Jika mereka betul-betul mengasihi kita, mereka akan tahu, bukan?

Berterus-teranglah: Kadang-kadang, tidakkah anda fikir atau rasa demikian?

Anda sedar itu adalah beban yang mustahil kepada pasangan manusia, bukan?

Namun, bagaimana kalau saya mencuba “perkahwinan rahib”? Bagaimana kalau saya bersandar pada Allah sahaja, tidak menjangkakan apa-apa daripada pasangan saya tetapi bersandar sepenuhnya pada Allah untuk semua keperluan saya, termasuk keperluan emosi dan hubungan?

Kemudian, daripada berasa geram terhadap perkara yang tidak dilakukan pasangan saya, saya akan begitu terharu (dalam cara yang baik) dengan setiap perkara kecil yang dilakukannya. Saya akan dipenuhi kesyukuran dan bukannya rasa geram.

Bukankah perkara yang bertentangan berlaku dalam perkahwinan? Semasa anda berpacaran dan dia melakukan sesuatu yang baik untuk anda, anda fikir: Hebatnya! Jika anda mengahwininya dan dia tidak mencapai nilai ambang pemberian hadiah tertentu, anda fikir: Ini sahaja yang diberinya? Serius?

Itulah sebabnya mengapa saya inginkan “perkahwinan rahib,” faedah berkahwin dengan wanita yang salih, tetapi dengan sikap seorang rahib, tidak menjangkakan apa-apa, bersandar pada Allah, dan berasa betul-betul bersyukur untuk apa jua yang dipilih pasangan saya untuk memberkati saya.

* Adakah anda melihat sikap anda sebagai dipenuhi kesyukuran, atau dipenuhi rasa geram? Bagaimanakah memiliki “perkahwinan rahib” akan memperbaik hubungan anda dengan pasangan anda?

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Breathe Spiritual Passion Into Your Marriage

Diambil daripada buku barunya "A Lifelong Love," Gary Thomas berbicara tentang tujuan abadi perkahwinan. Pelajari alat-alat praktikal untuk membantu membentuk perkahwinan anda kepada hubungan yang memberikan inspirasi, m...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.dccpromo.com/a_lifelong_love/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami