Info Pelan

Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

HARI 1 DARIPADA 10

Anda Terbatas Oleh Perasaan Sendiri

Apakah yang menyebabkan kita untuk berdosa? Apakah yang menggerakkan kita ke arah kekudusan? Apakah bahagian kita yang memulakan kepercayaan? Apakah yang ada dalam diri kita yang menimbulkan keraguan? Hanya ada satu perkara - hati kita. 


Maka, apakah masalah utamanya semasa kita melawan dosa dan kekurangan iman? Paulus berkata sedemikian dalam petikan hari ini: 


“Kamu terbatas oleh perasaan sendiri.”


Secara ringkas, Paulus terus kepada hal yang sebenarnya dalam komen yang nampaknya dibuat secara spontan ini - hati. 


Dalam bab ini, Paulus merayu kepada orang Korintus agar mempercayai Injil. Dia telah berusaha sedaya-upaya untuk berkongsi berita baik Yesus dengan mereka, tetapi masih ada orang yang berlengah-lengah. Mengapa? 


Mereka terbatas oleh perasaan mereka. 


Bagaimanakah perasaan kita membataskan kita? Mudah sahaja. Kita tidak melakukan apa-apa yang kita tidak mahu lakukan. Kita hanya melakukan apa yang kita mahu. 


Itu tidak bermakna kita hanya melakukan perkara yang kita suka. Itu bermaksud tindakan kita sentiasa menurut keinginan yang wujud dalam hati kita. Oleh itu, sepanjang Alkitab, Allah sebahagian besarnya mengejar hati kita.


Perasaan kita selalu membataskan kita. Kita tidak bertindak sepenuh hati. Maka, kita berdosa. Maka, kita meragui. Maka, kita bergelut dengan iman dan perjalanan kita. 


Jadi, bagaimanakah kita boleh berubah? Bagaimanakah kita boleh mengatasi dosa dan hidup demi Allah? Kita mesti menghilangkan batasan perasaan kita. 


Satu-satunya cara untuk melakukan ini ialah dengan Injil. Injil sahajalah cukup indah untuk mengubah hati kita dan menghasilkan perasaan dalam hati kita yang akan menyebabkan kita untuk menjalankan hidup yang baru.


Renungi apa yang telah dilakukan oleh Allah untuk anda dalam Kristus. Bersukacitalah dalam kenyataan bahawa dosa anda telah diampunkan melalui darah Anak kesayangan Allah. Bersukalah dalam kebenaran bahawa anda telah diambil sebagai anak angkat dalam keluarga Allah dengan pengorbanan yang besar di salib. 


Apabila kita melakukan ini, perasaan yang baru akan timbul dalam hati kita. Kita tidak melawan dosa dengan menahan keinginan dan perasaan kita. Kita melawan dosa dengan menghilangkan batasan perasaan kita. Kita perlu mendalami perasaan bukan mengurangkan perasaan. Perasaan ini seharusnya timbul daripada Injil.


Sepanjang kajian ini, kita akan melihat bagaimana setiap perkara berpokok pada hati. Untuk maklumat lanjut, saya menjemput anda untuk mendapatkan buku saya tentang topik ini: Rewire Your Heart. 


Hari 2

Perihal Pelan

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan...

More

Kami bersyukur kepada Spoken Gospel kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/2ZjswRT

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami