Info Pelan

Dari Hari Ini oleh Craig & Amy GroeschelSampel

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

HARI 1 DARIPADA 7

"Dari Hari Ini" Tidak kira sama ada anda sudah berkahwin atau belum, pernahkah anda berkhayal tentang perkahwinan anda? Orang yang bagaimanakah pasangan anda itu? Bagaimanakah hubungan anda dengannya? Bahkan sama ada anda mempunyai anak dan di mana tempat tinggal anda? Sekarang, fikirkan tentang kehidupan anda pada hari ini. Apabila kenyataan kita tidak selaras dengan impian kita, apakah yang dapat kita lakukan? Ikrar perkahwinan sering termasuk frasa seperti "walaupun dalam keadaan susah dan senang, kaya atau miskin, serta sakit dan sihat." Hubungan merangkumi perkara-perkara tersebut. Tidak kira keadaan, pilihan, kelemahan, atau kejutan yang melanda kita dalam keadaan semasa kita yang kurang menyenangkan, kita tidak boleh mengenangkan masa silam untuk memperbaiki keadaannya. Kita hanya boleh bertekad untuk masa depan yang lebih baik bermula dari sekarang - "dari hari ini." Sekiranya memiliki perkahwinan yang diimpikan adalah mudah, adakah anda sudah berjaya? Sekiranya anda tidak berdaya, anda perlu belajar untuk bergantung kepada kekuatan Kristus, yang sentiasanya mencukupi. Walaupun anda berada di tempat yang dirasakan tidak berkasih - anda boleh bergantung kepada kasih-Nya yang tidak pernah kehabisan. Marilah kita berdoa bersama-sama: Tuhan, terima kasih kerana setiap hari yang kita lalui adalah karunia daripada Engkau, peluang baru untuk memulakan hidup baru. Bantulah kita untuk memaafkan dan melepaskan masa silam. Bantulah kita untuk melihat kekuatan-Mu dalam kelemahan kita pada hari ini, dan juga esok, dan setiap hari yang seterusnya. Dalam Nama Yesus, amin.
Hari 2

Perihal Pelan

Craig & Amy Groeschel’s From This Day Forward

Anda boleh memiliki perkahwinan yang baik. Pilihan yang anda buat pada hari ini akan menentukan perkahwinan anda pada masa depan. Pastor dan penulis terlaris New York Times Craig Groeschel dan isterinya, Amy, menunjukkan...

More

Kami berterima kasih kepada Zondervan, HarperCollins, dan Life.Church  kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.zondervan.com/from-this-day-forward

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami