Info Pelan

Menghapuskan KetakutanSampel

Get Rid Of Fear

HARI 1 DARIPADA 3

Anda sudah bersedia untuk mempelajari cara merobohkan benteng ketakutan yang telah dibina oleh musuh dalam hati dan fikiran anda? Yesus telah memberikan anda jawapannya. Anda merobohkannya dengan mengubah keutamaan anda. Inilah yang dikatakan oleh-Nya dalam Matius 6:33, "Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu."



Dengan kata lain, jika anda menghabiskan masa dan tenaga anda menjajarkan diri dengan apa yang sedang dilakukan oleh Allah untuk memajukan kerajaan-Nya di dunia ini, Dia berjanji untuk melindungi anda berhubung dengan hal yang menimbulkan ketakutan atau kerisauan anda dalam hidup ini. Yesus menegaskan ini apabila Dia berkata, "Jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi" (ayat 34).



Allah memberikan anda kasih kurnia sehari demi sehari. Dia tidak akan memberikan anda kasih kurnia esok pada hari ini, dan anda tidak memerlukannya. Mengapa? Kerana Firman-Nya memberitahu kita, "Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan; selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia" (Ratapan 3:22-23). Jadi, jika anda berasa takut dan bimbang tentang apa yang akan berlaku esok, pada asasnya anda memberitahu Allah bahawa anda tidak mempercayai-Nya. Anda memberitahu-Nya bahawa Dia tidak boleh dipercayai. Anda juga menyalurkan fikiran anda ke dalam kitaran kesakitan dan ketakutan yang akan membiarkan kelakuan menagihkan anda dan bukannya membantu anda mengatasinya. Berasa takut akan esok bermaksud kehilangan kedamaian dan kemenangan hari ini. Lepaskannya.



Tuhan yang pengasih, tolonglah saya untuk menyedari waktu ketakutan menular masuk ke fikiran saya. Tolonglah saya untuk menangkap fikiran ini sebelum fikiran ini berganda dan berkembang. Berikan saya kebijaksanaan untuk membezakan antara perkara yang rasional dan yang tidak rasional, dan dalam segala hal berikan saya keupayaan untuk mempercayai bahawa Engkau akan melindungi saya. Saya ingin menyerahkan ketakutan saya kepada-Mu, berilah saya kasih kurnia untuk berbuat demikian hari ini dan setiap hari. Dalam nama Kristus, Amin.



Anda suka membaca bacaan dan doa harian ini? Kami ingin mendorong anda dengan tiga khutbah mp3 Tony Evans yang percuma di pautan ini, untuk menyelami perbincangan hari ini. Klik pautan ini.  
Hari 2

Perihal Pelan

Get Rid Of Fear

Anda boleh mengatasi ketakutan. Dr. Tony Evans membimbing anda ke jalan kebebasan dalam pelan bacaan yang berwawasan ini. Terokai kehidupan yang dipenuhi kegembiraan dan kedamaian yang diidamkan semasa anda menerapkan pr...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harvest House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://go.tonyevans.org/addiction

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami