Info Pelan

Salib & MahkotaSampel

Cross & Crown

HARI 3 DARIPADA 7

Pembenaran & Perdamaian



Firman Allah menyedarkan kita bahawa kemurkaan Allah akan menimpa orang yang berdosa (Rm 5:8-10), tetapi orang yang telah dibenarkan oleh darah Kristus akan diselamatkan daripada hukuman yang dahsyat itu. Pembenaran bermaksud Bapa menerima kematian Anak-Nya sebagai bayaran sepenuhnya bagi dosa kita (Rm 3:23-26). Yesus ialah pengganti yang memuaskan kerana Dia ialah Anak Domba Allah yang tidak berdosa.



Tambahan lagi, kita diisytiharkan benar di mata Tuhan. Pertimbangkan pembenaran sebagai urus niaga sah di mana Yesus telah menempatkan semua dosa kita pada akaun-Nya dan membayar sepenuhnya. Kemudian, Dia mengambil rekod kehidupan-Nya yang sempurna dan memindahkannya ke akaun kita. Sekarang, apabila Allah memandang kita, Dia melihat kesempurnaan Kristus. Kita tidak lagi bersalah malah diisytiharkan benar dari segi undang-undang, walaupun kita tidak sentiasa bertindak secara benar.



Menjadi benar di mata Tuhan memanglah hak istimewa yang sungguh menakjubkan! Namun, ini tidak bermaksud orang percaya boleh keluar dan melakukan apa sahaja yang diinginkan. Ingat, "Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah" (1 Kor 6:20). Kita ialah anak Allah, tetapi jika kita mula berkelakuan seperti anak iblis, Bapa syurgawi kita yang penyayang adalah setia untuk menggunakan disiplin dan menyedarkan kita. Hadiah kebenaran harus memotivasikan kita untuk menjalankan kehidupan yang mencerminkan kedudukan tidak bersalah kita di hadapan Allah.



Apabila suatu hubungan yang dicirikan oleh pemisahan dan pengasingan menjadi hubungan yang dicirikan oleh penerimaan dan pemulihan, perubahan itu dipanggil "perdamaian." Waktu Adam dan Hawa mengingkari Tuhan, hubungan antara Allah dan manusia telah terputus, tetapi Bapa mengambil inisiatif untuk membawa pemulihan dengan mengutuskan Anak-Nya ke dunia ini. Melalui darah-Nya di salib, Kristus telah memungkinkan perdamaian dengan mewujudkan kedamaian antara Allah dan manusia. Selepas itu, Dia menjadikan kita tidak bercela di hadapan Bapa (Kol 1:19-22). Semua halangan telah dilenyapkan, dan hubungan yang intim dengan Tuhan sedia ada kepada setiap orang percaya.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Cross & Crown

Sebahagian besar daripada Perjanjian Baru ditulis supaya kita akan mengenali Yesus Kristus, keselamatan yang diperoleh melalui kematian-Nya di salib, dan janji kebangkitan-Nya. Dalam renungan ini, Dr. Charles Stanley mer...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://intouch.cc/yv-easter

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami