Info Pelan

Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

HARI 4 DARIPADA 30

Idea kedamaian berhubungan dengan personaliti adalah setiap kuasa berjalan baik sesuai dengan batasan aktiviti. Itulah yang dimaksudkan Yesus apabila Dia berkata "Kesejahteraan Aku." Jangan sekali-kali mengaitkan kelapukan atau kelembapan dengan kedamaian. Kesihatan adalah kedamaian fizikal, tetapi kesihatan bukanlah kelembapan; kesihatan adalah penyempurnaan aktiviti fizikal. Sifat baik adalah kedamaian moral, tetapi sifat baik bukanlah sifat tidak tahu apa-apa; sifat baik adalah penyempurnaan aktiviti moral. Kekudusan adalah kedamaian rohani, tetapi kekudusan bukanlah kesunyian; kekudusan adalah aktiviti rohani yang paling kuat.



Kesedaran yang mendalam tentang Allah membuat anda merasakan kedamaian yang tidak terkatakan sehinggakan tidak mungkin bersikap mementingkan diri.



Soalan Renungan: Dari segi apakah ketidakgiatan memberikan anda rasa kedamaian yang palsu? Mengapakah aktiviti diperlukan untuk kedamaian? Mengapakah kepentingan diri perlu berpisah dengan kedamaian?



Petikan daripada Bringing Sons into Glory dan Not Knowing Where, © Discovery House Publishers
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Oswald Chambers: Peace - Life in the Spirit

Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan ke...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami