Polisi Privasi YouVersion

Semakan terakhir pada 2 April 2020

Sebagaimana yang tercatat dalam polisi di bawah, terjemahan Polisi Privasi dan Terma Penggunaan Bahasa Inggeris akan mengawal hubungan anda dengan YouVersion. Sementara terjemahan Bahasa Inggeris akan mengawal, anda boleh menggunakan alat terjemahan automatik seperti Google Translate untuk melihat dokumen ini dalam bahasa anda. Sebarang semakan terjemahan akan dikemas kini di halaman ini.


Penting: Baca ini Dahulu

Kehidupan kita dipenuhi keluarga, kerja, komitmen sosial, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada kita bergantung pada telefon pintar dan peranti digital yang lain untuk membantu kita menguruskan tanggungjawab harian kita dan terus berhubungan.

Pada tahun 2006, sebagai satu komuniti iman yang dinamik dan aktif, Life.Church mula menerokai beberapa cara untuk membantu orang memanfaatkan teknologi baru untuk mengalami Alkitab dalam cara yang akan membawa kepada perubahan kehidupan. Itu memimpin kami untuk membina Aplikasi Alkitab YouVersion, salah satu daripada 200 aplikasi percuma dalam App Store Apple ketika ia dilancarkan pada tahun 2008.

Apabila semakin ramai orang mula menggunakan YouVersion, kami menyedari kepentingan membantu orang lain menerokai iman dalam komuniti yang mempunyai tujuan berkongsi untuk mengembangkan hubungan mereka dengan Tuhan secara aman dan selamat.

YouVersion adalah lebih daripada sebuah pembaca elektronik yang membenarkan anda untuk membaca Alkitab pada telefon anda sahaja. Setiap produk dan perkhidmatan yang kami sediakan, dihasilkan dengan teliti dan dengan kesengajaan, mereka bentuk setiap ciri untuk membantu anda mendalami hubungan anda dengan Tuhan, dan untuk menerokai keraguan anda tentang iman dalam ruang yang selamat, semuanya dalam konteks komuniti terpilih yang dipercayai. Maka, anda memilih apa yang diakses. Anda memilih apa yang dikongsi, dan dengan siapa. Data itu milik anda. YouVersion tidak menjual maklumat anda, kami juga tidak berkongsinya dengan pihak lain tanpa kebenaran anda.

Setiap aspek YouVersion yang ditawarkan, disediakan percuma, tanpa sebarang ikatan dan tanpa iklan: percuma bagi pengguna individu, dan percuma bagi rakan Alkitab dan rakan kandungan kami. Bagaimanakah kami melakukan ini? Sebagai misi digital Life.Church, sebahagian besar YouVersion disokong oleh belanjawan am Life.Church dan melalui sumbangan pengguna individu yang ingin melibatkan diri dalam misi kami untuk membantu orang menggunakan teknologi untuk mengalami Alkitab dan melihat kehidupan diubah.

Sila baca Polisi Privasi ini dengan teliti kerana ia membincangkan cara kami mengumpul, mengguna, berkongsi, dan memproses maklumat peribadi anda.

Kandungan

Gambaran Keseluruhan

Dengan mengakses YouVersion anda bersetuju dengan Polisi Privasi dan termanya serta membenarkan data anda disalurkan ke dan diproses di Amerika Syarikat. Penggunaan YouVersion anda juga dikawal oleh Terma Penggunaan kami. Sila baca terma tersebut dengan teliti juga.

Berikut adalah ringkasan Polisi Privasi kami, yang meliputi semua produk dan perkhidmatan YouVersion:

Cara kami menggunakan data anda untuk menawarkan pengalaman YouVersion yang diperibadikan.

Polisi Privasi ini menggariskan jenis data yang kami kumpul daripada interaksi anda dengan YouVersion, serta cara kami memproses maklumat tersebut untuk meningkatkan pengalaman YouVersion anda. Apabila anda mendaftarkan akaun YouVersion anda atau menggunakan mana-mana aplikasi atau laman kami, maklumat yang kami kumpul adalah untuk tujuan menawarkan pengalaman yang diperibadikan.

Privasi anda dilindungi.

Kami menganggap privasi maklumat yang anda berikan dan yang kami kumpul serius dan kami melaksanakan perlindungan keselamatan yang direka bentuk untuk melindungi data anda seperti yang dibincangkan di bawah. Kami tidak berkongsi data yang mendedahkan maklumat peribadi anda dengan mana-mana pengiklan pihak ketiga atau rangkaian iklan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.

Ia adalah pengalaman anda.

Anda boleh memilih cara maklumat peribadi anda diakses, dikumpul, dikongsi, dan disimpan oleh Life.Church, seperti yang dibincangkan di bawah. Anda akan membuat pilihan tentang cara kami menggunakan dan memproses maklumat anda apabila anda mula menggunakan YouVersion dan apabila anda menggunakan kefungsian YouVersion yang tertentu dan anda juga boleh membuat pilihan tertentu di menu tetapan akaun Keahlian YouVersion anda atau di https://my.bible.com/settings.

Kami mengalu-alukan soalan dan komen anda.

Kami mengalu-alukan sebarang soalan atau komen anda tentang Polisi Privasi ini dan amalan privasi kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, anda boleh menghubungi kami melalui pos di Life.Church, Attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034, atau melalui e-mel di help@youversion.com.

Di mana YouVersion membekalkan anda dengan terjemahan Polisi Privasi dalam bahasa selain Bahasa Inggeris, anda bersetuju bahawa terjemahan yang disediakan hanya untuk kemudahan anda sahaja dan Polisi Privasi versi Bahasa Inggeris akan menentukan hubungan anda dengan YouVersion. Jika terdapat percanggahan antara Polisi Privasi versi Bahasa Inggeris dan terjemahan itu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.


Definisi

Untuk menjadikan dokumen ini mudah dibaca, kami akan menggunakan beberapa trengkas dalam dokumen ini. Sebagai contoh, apabila kami menggunakan "YouVersion", kami memaksudkan:

Produk YouVersion dimiliki dan dikendalikan oleh Life.Church Operations, LLC, yang akan dirujuk sebagai "Life.Church," atau "kami" dalam polisi ini. Kami membenarkan penggunaan YouVersion oleh pengguna yang tidak berdaftar, yang akan dirujuk sebagai "Pelawat," dan juga pengguna berdaftar, atau "Ahli." Apabila kami merujuk kepada kedua-duanya dalam polisi ini, kami akan menggunakan istilah "Pengguna" atau "anda."


Maklumat yang Kami Kumpulkan dan Cara Kami Mengumpulnya

Maklumat yang kami kumpul bergantung pada perkhidmatan dan kefungsian yang anda minta. Anda boleh memilih untuk tidak menghantar maklumat peribadi kepada kami; akan tetapi, itu mungkin menghalang kami daripada menyediakan perkhidmatan atau kefungsian YouVersion yang tertentu kepada anda. Maklumat peribadi yang kami kumpul dan tujuan kami menggunakan maklumat tersebut diterangkan di bawah.

Maklumat Peribadi yang Anda Berikan kepada Kami.

Anda tidak perlu mendaftarkan akaun Keahlian untuk menggunakan YouVersion. Walau bagaimanapun, Keahlian membenarkan kami untuk menyesuaikan YouVersion untuk pengalaman yang diperibadikan. Untuk mendaftarkan akaun Keahlian YouVersion, kami menghendaki anda untuk memberikan nama pertama, nama keluarga, dan alamat e-mel yang sah. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menghubungkan anda dengan akaun Ahli YouVersion anda yang khusus. Sesudah anda mendaftarkan akaun Ahli YouVersion, anda boleh memilih untuk memberikan maklumat berkenaan jantina, umur, laman web, huraian lokasi, biografi yang ringkas, gambar profil, dan maklumat lain yang anda ingin berikan. Semua ini, jika diberikan, juga dikaitkan dengan akaun anda.

Di luar maklumat peribadi yang dikumpulkan untuk mendaftarkan akaun Ahli, anda boleh memilih maklumat tambahan yang ingin diberikan kepada kami. Kami mengumpul data peribadi daripada anda apabila anda memberikannya, menyiar, atau memuat naik ke YouVersion. Anda tidak perlu memberikan maklumat tersebut; namun, jika anda tidak memberikannya, ia mengehadkan keupayaan kami untuk memperibadikan YouVersion dan menghalang anda daripada menggunakan YouVersion dengan sepenuhnya. Kefungsian YouVersion khusus yang boleh anda berikan maklumat dan maklumat yang boleh kami proses dibincangkan di bawah.

Sumbangan Pengguna.

YouVersion membenarkan pengguna untuk menerbit, mengedar, dan memaparkan kandungan tertentu (kami merujuk tindakan ini sebagai "telah disiarkan" dan kandungan itu sebagai "siaran"). Siaran boleh dihasilkan di lingkungan awam YouVersion, laman web, dan akaun media sosial yang anda akses melalui YouVersion, atau dihantar kepada pengguna YouVersion yang lain atau pihak ketiga yang anda pilih untuk hubungi pada platform atau perkhidmatan yang lain. Contohnya, ini termasuk memberikan komen pada siaran sahabat atau membuat serta berkongsi Imej Ayat. YouVersion juga membenarkan anda untuk membina kandungan tertentu untuk disimpan dalam akaun anda, seperti Nota atau Bookmark ayat Alkitab, sesetengahnya yang juga boleh dihantar untuk kegunaan orang lain. Kami akan memanggil semua kandungan yang dihasilkan oleh anda, sama ada disiarkan atau tidak, "Sumbangan Pengguna."

Sumbangan Pengguna anda diproses oleh kami untuk memudahkan anda untuk mengguna, menyimpan, dan mengedar Sumbangan Pengguna itu sesuka hati. Kami akan menghubungkan Sumbangan Pengguna anda dengan akaun anda asalkan anda memilih untuk tidak menghapuskannya. Perlu diingat bahawa sekiranya anda mendedahkan maklumat peribadi secara terang-terangan, sama ada melalui siaran usaha sama, media sosial, papan mesej, atau forum dalam talian awam yang lain, maklumat ini boleh dikumpulkan dan digunakan oleh pihak lain.

Sumbangan Pengguna disiarkan dan dihantar atas tanggungan sendiri

. Kami tidak mengawal tindakan pengguna yang lain atau pihak ketiga yang anda pilih untuk berkongsi Sumbangan Pengguna anda. Oleh itu, kami tidak boleh dan tidak menjamin bahawa Sumbangan Pengguna anda yang dikongsi itu tidak akan dilihat atau digunakan oleh pihak yang tidak berkenaan, kami juga tidak menerima sebarang liabiliti yang berkaitan dengan Sumbangan Pengguna anda.

Derma dan Sumbangan.

Sekiranya anda memilih untuk menderma secara sukarela melalui YouVersion atau laman web pihak ketiga yang berhubungan dengan YouVersion, pada masa itu sahajalah anda akan diminta dan dikehendaki untuk memberikan maklumat kad kredit, akaun bank, dan maklumat pembayaran lain yang diperlukan untuk memproses transaksi itu. Kami akan mengumpul perintah untuk derma anda, jika diberikan, serta maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, dan/atau alamat e-mel anda untuk memastikan derma anda digunakan untuk tujuan yang ditetapkan oleh anda dan untuk memberikan anda "Penyataan Sumbangan Tahunan" yang menyenaraikan derma anda bagi tujuan pencukaian atau untuk kegunaan peribadi. Kami tidak akan menyimpan atau memproses maklumat kewangan yang diberikan kepada kami dalam talian untuk pemberian derma. Bermula pada tarikh Polisi ini, kami menggunakan Stripe atau PayPal untuk memproses bayaran derma dalam talian anda. Untuk maklumat tentang cara pihak ketiga ini memproses maklumat anda, sila rujuk polisi privasi mereka, di sini: https://stripe.com/privacy; https://www.paypal.com/us/webapps/mpp/ua/privacy-full.

Komunikasi daripada Anda kepada Kami.

Kami mengumpul maklumat tentang anda apabila anda menghantar, menerima, atau melibatkan diri dengan mesej daripada kami, termasuk apabila anda menghantar maklumat peribadi atau permintaan melalui e-mel ke help@youversion.com atau melalui laman web help.youversion.com. Kami menyimpan komunikasi tersebut untuk memproses pertanyaan anda, memberikan respons terhadap permintaan anda, dan memperbaik YouVersion serta perkhidmatan kami.


Teknologi Pengumpulan Data Automatik

Dengan bersetuju dengan Polisi Privasi kami, anda bersetuju untuk menggunakan kuki dan teknologi yang serupa (contohnya, suar web, piksel, tag, dan pengecam peranti yang kami rujuk secara kolektif sebagai "kuki") seperti yang dinyatakan dalam polisi ini. Jika anda menggunakan YouVersion tanpa mengubah tetapan pelayar atau tetapan peranti anda untuk melumpuhkan kuki, kami akan menganggap bahawa anda bersetuju untuk menerima penggunaan semua kuki yang diletakkan pada YouVersion.

Kuki danTeknologi Lain yang Serupa.

Kami menggunakan kuki untuk mengecam anda dan/atau peranti anda pada, di luar, dan merentas aplikasi Youversion yang berbeza. Kuki membantu memudahkan pengalaman pengguna YouVersion yang sebaik mungkin kerana ia membenarkan kami untuk mengecam anda dan mengekalkan pilihan pengguna anda daripada sesi ke sesi, membantu kami melindungi akaun anda, dan secara umumnya memperbaik kefungsian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui YouVersion. Ia juga membantu kami untuk memastikan bahawa maklumat Ahli digunakan dengan akaun Ahli yang betul. Yang penting, kami

TIDAK

menggunakan kuki atau teknologi yang serupa untuk memudahkan iklan berasaskan minat daripada pihak ketiga.

Kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat penggunaan YouVersion anda (termasuk data trafik, data lokasi IP, log, jenis pelayar, bahasa pelayar, kefungsian yang diminta, dan jangka masa permintaan anda), dan data komunikasi yang lain serta sumber yang anda akses, guna, dan cipta pada atau melalui YouVersion. Kami menggunakan maklumat ini untuk memberikan pengalaman YouVersion yang disesuaikan bagi anda dan untuk berkomunikasi dengan anda secara lebih efektif. Maklumat ini juga dikumpul untuk menentukan bilangan agregat peranti unik yang menggunakan YouVersion dan/atau bahagian YouVersion, menjejaki jumlah penggunaan, menganalisis data penggunaan, dan memperbaik kefungsian YouVersion bagi semua Ahli dan Pelawat. Kami mungkin menggabungkan maklumat ini untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda dan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami. Secara umum, kami mengekalkan data yang dikumpulkan daripada kuki selama 21 hari tetapi mungkin menyimpannya untuk tempoh yang lebih panjang di mana perlu misalnya ketika dikehendaki undang-undang atau atas sebab teknikal.

Walaupun kebanyakan pelayar internet menerima kuki secara lalai, anda boleh mengawal jenis teknologi ini melalui tetapan pelayar anda dan alat yang serupa serta bersetuju untuk menolak semua kuki sama sekali. Anda boleh menolak kuki dengan mengaktifkan tetapan yang sesuai pada pelayar atau peranti anda, tetapi sekiranya anda berbuat demikian, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian YouVersion tertentu, anda juga melarang kami daripada memberikan kemampuan lengkap YouVersion, dan mungkin melarang penggunaan ciri dan perkhidmatan tertentu yang memerlukan teknologi ini.

Life.Church tidak mengawal laman, kandungan, atau aplikasi lain yang berkaitan atau disediakan dari dalam YouVersion atau pelbagai laman serta perkhidmatan kami yang lain, yang disediakan oleh pihak ketiga termasuk pengilang peranti anda, dan penyedia perkhidmatan mudah alih anda. Pihak ketiga ini mungkin menempatkan kuki tersendiri atau fail lain pada komputer anda, mengumpul data, atau mendapatkan maklumat peribadi anda. Maklumat yang mereka kumpul boleh dikaitkan dengan maklumat peribadi anda atau mereka mungkin mengumpul maklumat, termasuk maklumat peribadi, tentang aktiviti dalam talian anda dari masa ke masa dan merentasi laman web, aplikasi, dan perkhidmatan dalam talian yang lain. Pihak ketiga ini mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyediakan kandungan yang disasarkan berdasarkan minat (tingkah laku). Kami tidak mengawal tekonologi penjejakan pihak ketiga ini ataupun cara ia digunakan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan yang disasarkan, anda harus menghubungi penyedia yang bertanggungjawab secara langsung.

Penyedia Atribusi.

Kami mengiklankan YouVersion pada laman pihak ketiga seperti Facebook dan Google serta menggunakan kit pembangunan perisian ("SDK") untuk menganggap sesuatu muat turun YouVersion berpunca daripada iklan yang ditempatkan pada laman pihak ketiga. Kami mungkin memberikan pihak ketiga ini maklumat agregat tanpa nama berkenaan iklan yang ditempatkan pada laman mereka dan muat turun YouVersion yang dibuat hasil daripada iklan tersebut. Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak juga membenarkan penyedia perkhidmatan SDK kami untuk menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga ataupun menggunakan maklumat peribadi anda untuk menjual barangan atau perkhidmatan pihak ketiga.

ID Peranti dan Lokasi dan Capaian Rangkaian.

Semasa anda mengakses atau meninggalkan laman web YouVersion, kami menerima URL laman web yang baru anda tinggalkan dan yang dilayari seterusnya. Kami juga menerima maklumat tentang pelayan proksi, sistem operasi, pelayar web dan tambahannya, pengecam dan ciri peranti, dan/atau ISP atau pembekal jaringan anda semasa anda menggunakan YouVersion. Kami juga menerima data daripada peranti dan rangkaian anda, termasuk alamat IP anda.

Kami menggunakan alamat IP yang dikumpul daripada pengguna kami untuk memprosesnya dengan maklumat latitud dan longitud awam berhubung dengan Pembekal Perkhidmatan Internet atau penyedia perkhidmatan mudah alih anda demi menentukan dan, dalam sesetengah keadaan, menggambarkan anggaran kawasan geografi setiap penggunaan YouVersion dalam bentuk agregat dan tidak diidentitikan. Maklumat latitud dan longitud ini disimpan lebih kurang tujuh hari untuk tujuan mengesan kerosakan dan diagnostik, tetapi tidak pernah dikaitkan dengan sebarang maklumat tentang anda atau maklumat yang dapat mengenal pasti anda secara peribadi.

Sekiranya anda menggunakan YouVersion pada peranti mudah alih dan sekiranya anda ingin menggunakan ciri Acara, anda akan diminta membenarkan YouVersion untuk mengakses dan menerima maklumat daripada peranti anda berhubungan dengan lokasi GPS anda demi mencari Acara yang berdekatan dengan anda, seperti yang dinyatakan di bawah. Kami tidak berkongsi apa-apa maklumat peribadi anda yang dapat dikenal pasti berserta identifikasi peranti serta lokasi anda tanpa kebenaran yang jelas daripada anda. Anda tidak perlu memberikan maklumat ini; namun, jika anda tidak memberikannya, ia mungkin mengehadkan keupayaan anda menggunakan Acara dengan sepenuhnya.

Kami juga mengumpul dan menggunakan kebenaran wayarles (atau "WiFi") peranti mudah alih anda untuk menentukan sama ada anda bersambung ke WiFi atau rangkaian selular. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan pengalaman pengguna teroptimum dengan menyediakan media dengan resolusi yang lebih tinggi kepada pengguna yang menggunakan sambungan WiFi kelajuan tinggi dan bukannya rangkaian selular. Kebenaran WiFi juga digunakan untuk menghantar kandungan ke Chromecast dan peranti yang serupa. Maklumat ini tidak disimpan atau dikongsi dengan YouVersion.


Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami menggunakan data yang dikumpulkan tentang anda dan yang diberikan oleh anda kepada kami serta inferens yang kami buat daripada maklumat tersebut seperti berikut:

  • Untuk menyediakan, menyokong, dan memperibadikan YouVersion dan kefungsian YouVersion yang anda minta;
  • Untuk membuat, mengekalkan, menyesuaikan, dan melindungi akaun YouVersion anda, jika ada;
  • Untuk memproses permintaan anda dan menjawab pertanyaan anda;
  • Untuk menyediakan maklumat tentang produk atau perkhidmatan YouVersion yang lain;
  • Untuk menjaga keselamatan, dan integriti YouVersion dan infrastruktur yang memudahkan penggunaan YouVersion;
  • Untuk pembangunan dalaman YouVersion dan produk serta perkhidmatan kami yang lain;
  • Untuk analisis dalaman berkenaan penggunaan YouVersion;
  • Untuk memenuhi apa-apa tujuan lain yang anda berikannya;
  • Untuk melaksanakan kewajipan kami dan menguatkuasakan hak kami di bawah undang-undang yang dikenakan, termasuk hak dan kewajipan kami di bawah Polisi Privasi ini dan Terma Penggunaan kami;
  • Seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini;
  • Dalam apa jua cara lain di mana kami dapat menerangkannya apabila anda memberikan maklumat itu; dan
  • Untuk apa-apa tujuan lain dengan persetujuan anda.

Keahlian.

Kami menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan untuk mendaftarkan dan mengekalkan akaun Keahlian anda. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membenarkan dan mengesahkan akses anda terhadap akaun anda. Kami menyimpan maklumat ini dan maklumat berkenaan penggunaan YouVersion anda berhubungan dengan akaun Keahlian anda selama anda menjadi Ahli. Contohnya, nama pertama dan nama keluarga serta alamat e-mel anda akan disimpan dan digunakan oleh kami berhubungan dengan nama akaun anda atau ID akaun yang dihasilkan secara automatik untuk mengesahkan anda sebagai pengguna yang betul bagi akaun anda. Kami juga akan menyimpan Sumbangan Pengguna anda berhubungan dengan akaun Ahli anda untuk membenarkan anda untuk mengakses, mengakses semula, menyiar, dan menggunakan Sumbangan Pengguna anda sesuka hati.

Sahabat.

YouVersion membenarkan anda untuk berkomunikasi dan berhubung dengan pengguna YouVersion yang lain untuk berkongsi ayat Alkitab, Sumbangan Pengguna, dan kandungan yang lain. Anda memilih sama ada untuk berkomunikasi atau berhubung dengan Ahli lain dan untuk berkongsi maklumat atau Sumbangan Pengguna anda.

Demi memudahkan perhubungan anda dengan Ahli YouVersion yang lain, anda akan diberikan pilihan untuk berkongsi maklumat kenalan yang disimpin pada peranti anda dengan kami. Anda tidak perlu berkongsi maklumat ini untuk menggunakan YouVersion atau untuk berhubung dengan mana-mana Ahli tertentu. Sekiranya anda memutuskan untuk berkongsi maklumat ini dengan kami, ia hanya akan digunakan untuk cuba menghubungkan kenalan anda dengan Ahli YouVersion yang lain untuk membina hubungan YouVersion yang mungkin dan hanya akan disimpan oleh kami selama anda memiliki akaun Ahli YouVersion. Apabila anda memberikan akses kepada senarai kenalan pada peranti anda untuk tujuan cadangan sahabat, pemberitahuan apabila kenalan menyertai YouVersion, atau menghantar jemputan ke YouVersion, maklumat itu disimpan dalam pelayan kami dalam format bercincang untuk tujuan menawarkan anda kefungsian ini.

Acara.

Acara YouVersion membenarkan anda untuk mencari gereja yang berdekatan, dsb. yang telah menandakan kebaktian mereka sebagai Acara, membolehkan anda untuk mengikuti acara itu dengan kandungan yang disediakan, mencatatkan nota, dan menyimpan salinan kandungan tersendiri untuk rujukan masa depan. Mengaitkan Acara ini dengan lokasi anda memerlukan akses kepada dan menggunakan lokasi GPS anda.

Semasa anda memilih untuk menggunakan ciri Acara kami buat pertama kalinya, anda akan diberikan pilihan berkongsi lokasi GPS anda dengan kami, dan jika anda memilih untuk memberikan lokasi GPS anda, kami akan menggunakan maklumat itu untuk menyediakan senarai Acara yang berdekatan dengan anda sahaja. Maklumat lokasi GPS disimpan oleh kami untuk lebih kurang tujuh hari untuk tujuan mengesan kerosakan dan diagnostik, tetapi ia tidak pernah disimpan dalam pangkalan data kami berhubungan dengan mana-mana Akaun Ahli YouVersion tertentu. Sesudah sesi penggunaan ciri Acara anda berakhir, kami akan berhenti menerima maklumat berkaitan lokasi GPS anda melainkan anda mengakses ciri Acara lagi. Setelah anda menggunakan ciri Acara buat pertama kalinya dan kebenaran menggunakan lokasi GPS anda diberikan, kami akan menganggap kami dibenarkan untuk menggunakan maklumat tersebut untuk ciri Acara melainkan anda membatalkan kebenaran itu melalui tetapan peranti anda atau pada ciri Acara dalam aplikasi Alkitab.

Sekiranya anda memilih untuk tidak berkongsi lokasi GPS anda, anda masih boleh menggunakan ciri Acara, tetapi anda perlu mencari Acara secara manual mengikut nama, organisasi, bandar, negara, atau istilah pencarian yang membezakan yang lain.

Kandungan YouVersion.

Kami mengumpul cara anda menggunakan YouVersion dan kandungannya, seperti permintaan Doa anda, bab Alkitab dan Pelan Alkitab yang anda akses, dan bahasa pilihan anda semasa menggunakan kandungan tersebut. Kami juga mengumpul dan menyimpan Sumbangan Pengguna yang anda hasilkan, seperti Bookmark, Highlight, dan Nota. Kami memproses maklumat ini untuk membenarkan anda untuk mengakses dan menggunakan kandungan yang anda hasilkan atau ingin akses melalui setiap sesi YouVersion.

Anda mempunyai pilihan sama ada hendak memuat turun kandungan YouVersion dan Sumbangan Pengguna yang tertentu ke peranti anda. Anda mempunyai pilihan sama ada hendak membenarkan YouVersion untuk mengakses storan peranti anda untuk menambah dan mengubah suai kandungan yang dimuat turun ini. Akses ke storan peranti anda hanya digunakan oleh YouVersion untuk memuat turun kandungan yang diminta ke peranti anda.

Anda mempunyai pilihan sama ada hendak menghasilkan, mengakses, atau menyimpan maklumat dan kandungan YouVersion. Sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, kami akan menyimpannya berhubungan dengan akaun Keahlian anda. Kami mungkin menggunakan maklumat tentang penggunaan YouVersion anda dan inferens yang kami buat daripada maklumat penggunaan tersebut untuk mencadangkan kandungan YouVersion atau Life.Church yang lain. Contohnya, berdasarkan Pelan Alkitab yang telah dilengkapkan, kami mungkin mencadangkan Pelan Alkitab tambahan kepada anda. Anda boleh memilih untuk tidak menerima cadangan tersebut melalui e-mel, seperti yang dibincangkan di bawah.

Komunikasi daripada Kami kepada Anda.

Kami berkomunikasi dengan anda melalui pemberitahuan segera, e-mel, atau mesej dalam aplikasi. Sekiranya kami berkomunikasi dengan anda melalui e-mel, secara umumnya anda boleh membatalkan langganan mesej tersebut melalui pautan batalkan langganan dalam e-mel yang menghantar mesej ini. Anda juga boleh menyesuaikan tetapan pemberitahuan anda pada bila-bila masa dalam menu Tetapan Aplikasi Alkitab YouVersion atau dengan melayari bible.com/notification-settings.

Cadangan

Kami menggunakan data yang sedia ada tentang anda dan inferens yang kami buat daripada data tersebut untuk mencadangkan kandungan dan kefungsian tertentu serta produk dan perkhidmatan tambahan yang ditawarkan melalui YouVersion. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda berikan kepada kami dengan maklumat yang kami kumpulkan melalui perkhidmatan dan produk Life.Church yang lain serta inferens yang kami buat daripadanya untuk pembangunan dalaman demi memperbaik kualiti keseluruhan bagi semua perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh Life.Church. Kami mungkin juga memberikan cadangan kepada anda tentang perkhidmatan dan produk Life.Church yang lain berdasarkan maklumat yang anda berikan dan yang disimpulkan oleh kami. Kami mungkin menghubungi anda melalui pemberitahuan segera, e-mel, atau mesej dalam aplikasi untuk membincangkan cadangan tersebut, cara menggunakan YouVersion, dan mesej baru YouVersion yang lain.

Tinjauan dan Kajian

Kadang-kadang kami melaksanakan tinjauan dan kajian melalui YouVersion. Anda tidak diwajibkan untuk memberikan respons terhadap tinjauan atau kajian, dan anda mempunyai pilihan tentang maklumat yang anda berikan. Disebabkan tujuan tinjauan dan kajian ini berubah-ubah, kami akan menyediakan perincian berkaitan pendedahan dan penggunaan maklumat peribadi berhubungan mana-mana tinjauan atau kajian sebelum anda memberikan sebarang maklumat.

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyiasat, memberikan respons terhadap, dan menyelesaikan isu undang-undang, keselamatan, dan teknikal dan aduan yang berkaitan dengan YouVersion dan, bila perlu, untuk tujuan keselamatan atau untuk menyiasat penipuan yang mungkin, pelanggaran undang-undang, pelanggaran Terma Penggunaan kami atau Polisi Privasi ini, atau percubaan untuk membahayakan diri atau orang lain. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda tentang isu keselamatan akaun, isu undang-undang, dan isu berkaitan dengan perkhidmatan yang lain. Harap maklum bahawa anda tidak boleh memilih untuk tidak menerima mesej tersebut daripada kami.

Notis

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan notis tentang kejadian keselamatan atau kemungkiran data, dengan: (i) menghantar mesej ke alamat e-mel yang anda berikan (di mana berkenaan); (ii) menyiarkan pada laman YouVersion yang berhadapan dengan orang atau melalui mesej dalam aplikasi; (iii) melalui media utama seluruh negara; dan/atau (iv) kaedah menelefon, termasuk panggilan dan/atau pesanan ringkas, termasuk yang dihantar secara automatik termasuk pendail automatik. Kadar piawai bagi pesanan teks dan data mungkin dikenakan oleh penyedia mudah alih anda. Notis yang dihantar melalui e-mel akan berkuat kuasa apabila kami menghantar e-mel itu, notis yang diberikan melalui siaran kami akan berkuat kuasa sebaik sahaja ia disiarkan dan notis melalui pesanan dalam aplikasi berkuat kuasa apabila pesanan itu dihantar, dan notis yang diberikan melalui kaedah menelefon akan berkuat kuasa apabila panggilan dibuat. Anda membenarkan penerimaan komunikasi elektronik daripada Life.Church berhubungan dengan YouVersion dan penggunaan serta akses anda terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh YouVersion. Anda bertanggungjawab mengemas kini alamat e-mel anda dan mana-mana maklumat perhubungan lain yang anda berikan supaya kami boleh berkomunikasi dengan anda.

Analisis dan Prestasi.

Kami menganalisis secara dalaman data peribadi yang sedia ada kepada kami dan penggunaan kandungan YouVersion, serta inferens yang kami buat daripada data tersebut, untuk memerhatikan trend sosial, ekonomi, dan geografi berkaitan dengan kandungan YouVersion. Dalam sesetengah keadaan, kami bekerja dengan pihak ketiga yang dipercayai untuk menjalankan penyelidikan ini, di bawah kawalan yang direka bentuk untuk melindungi privasi anda, seperti yang dibincangkan di bawah. Kami mungkin mendedahkan penggunaan kandungan YouVersion dalam bentuk agregat dan maklumat yang tidak diidentitikan dan tanpa nama yang tidak mendedahkan mana-mana pengguna atau maklumat yang dapat mengenal pasti seseorang pengguna itu secara peribadi. Contohnya, kami mungkin menggunakan data anda untuk menghasilkan statistik tentang penggunaan keseluruhan YouVersion di seluruh dunia atau di kawasan geografi yang khusus.

Kami juga menggunakan data pengguna tanpa nama dan agregat untuk memasarkan YouVersion, termasuk komunikasi yang mempromosikan Keahlian YouVersion dan perkembangan rangkaian, seperti meraikan jumlah pemasangan YouVersion. Apabila anda melihat statistik yang kami kongsi kepada awam seperti penggunaan YouVersion global, kami memastikan bahawa data itu dianalisis dan diterbitkan dalam bentuk gabungan, melindungi privasi anda dan melindungi identiti serta maklumat peribadi anda. Kami menggunakan data, termasuk maklumat peribadi yang diberikan oleh pengguna, pengagregatan data pengguna, data yang dikumpul melalui penggunaan YouVersion, maklum balas awam, dan maklumat yang disimpulkan daripada data ini untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalaman demi menyediakan pengalaman keseluruhan YouVersion yang lebih baik, mengukur prestasi YouVersion, dan menambahkan penggunaan YouVersion dan ciri-cirinya. Ini dilaksanakan dengan membuat perubahan pada YouVersion yang tersedia secara umum, di samping menghantar mesej kepada pengguna melalui YouVersion untuk mencadangkan kefungsian dan kandungan YouVersion.

Data Sensitif

Dengan memuat turun dan menggunakan YouVersion, kami tidak menganggap bahawa anda mempunyai denominasi agama tertentu atau menyatakan kepada kami tentang kepercayaan agama tertentu; kami hanya menganggap bahawa anda berminat dengan kandungan yang kami sediakan. Kami tidak menghendaki pengguna untuk memberikan maklumat tentang kepercayaan atau apa-apa data sensitif seperti bangsa, etnik, kepercayaan falsafah, atau kesihatan fizikal atau mental untuk menggunakan YouVersion atau mendaftarkan serta mengekalkan akaun Ahli YouVersion. Anda mempunyai pilihan dengan kefungsian YouVersion tertentu untuk menghasilkan, menyimpan, dan berkongsi fikiran dan mesej berhubungan dengan kandungan YouVersion, termasuk pilihan untuk merakam dan berkongsi Doa. Anda mempunyai pilihan sama ada anda hendak memberikan maklumat sensitif dalam Sumbangan Pengguna yang anda hasilkan, jika berkenaan. Jika anda memilih untuk memberikan apa-apa maklumat sensitif, kami mungkin menggunakan maklumat itu dengan maklumat tidak sensitif yang lain yang anda berikan untuk menghasilkan pengalaman YouVersion yang diperibadikan dan untuk melaksanakan perkhidmatan serta tindakan yang anda minta melalui YouVersion, seperti berkongsi atau menyimpan kandungan. Bagaimanapun, Life.Church hanya memproses data sensitif yang anda berikan kepada kami untuk aktiviti Life.Church yang sah bagi pihak anda dan hanya berdasarkan terma polisi ini dan apa-apa permintaan tambahan yang anda nyatakan berkenaan maklumat tersebut. Kami juga menyimpan maklumat anda tertakluk kepada perlindungan yang sesuai seperti yang dibincangkan dalam polisi ini dan juga perlindungan yang disediakan oleh Life.Church. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di help@youversion.com.


Pendedahan Maklumat Anda

Kami tidak menjual atau berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pengiklan atau rangkaian iklan pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan mereka. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga demi membolehkan kami untuk menyediakan YouVersion, seperti yang dibincangkan di bawah.

Pendedahan bagi Pihak Anda.

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan atau yang diberikan oleh anda seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini untuk memenuhi tanggungjawab kami di bawah Terma Penggunaan kami, untuk apa-apa tujuan di mana anda memberikan maklumat itu, atau untuk apa-apa tujuan lain yang anda minta semasa memberikan maklumat itu, atau untuk apa-apa tujuan lain yang telah dipersetujui anda.

Pendedahan oleh Anda.

Apabila anda berkongsi maklumat melalui YouVersion, maklumat itu boleh dilihat oleh anda dan sesiapa sahaja yang anda pilih untuk berkongsi dengannya. Jika anda memberikan akses kepada akaun YouVersion anda ke aplikasi dan perkhidmatan lain, berdasarkan persetujuan anda, perkhidmatan tersebut akan mempunyai akses ke maklumat yang dikongsi anda. Penggunaan, pengumpulan, dan perlindungan data anda oleh perkhidmatan pihak ketiga tersebut tertakluk kepada polisi pihak ketiga tersebut.

Pendedahan Dalaman.

Kami akan memproses data peribadi anda secara dalaman di Life.Church untuk membantu menggabungkan maklumat peribadi yang merangkumi aspek YouVersion yang berbeza dan produk serta perkhidmatan kami yang lain untuk menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan kepada anda dan yang berguna kepada anda serta orang lain.

Penyedia Perkhidmatan.

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan atau yang anda berikan seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini kepada kontraktor, penyedia perkhidmatan, dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong YouVersion (seperti pengehosan awan, pembekal kuki, penyelenggaraan, analisa, audit, pembayaran, pengesanan penipuan, komunikasi, dan pembangunan) semata-mata. Contohnya, beberapa platform yang digunakan untuk menghantar e-mel dan pemberitahuan yang disediakan melalui YouVersion dibina dan diuruskan oleh pihak ketiga, jadi sesetengah maklumat anda dihantar dengan selamat kepada perkhidmatan tersebut untuk menyediakan kefungsian tersebut. Mereka akan mempunyai akses kepada maklumat anda yang semunasabahnya perlu untuk melaksanakan tugas-tugas ini bagi pihak kami dan diwajibkan untuk tidak mendedahkan atau menggunakannya untuk tujuan lain.

Penyedia Kandungan YouVersion.

Kami menggunakan pihak ketiga tertentu untuk menyediakan kandungan YouVersion, seperti Pelan Alkitab. Kami tidak berkongsi maklumat peribadi pengguna YouVersion dengan pihak ketiga tersebut. Walau bagaimanapun, kami memberikan pihak ketiga ini analisis agregat berkenaan penggunaan kandungan mereka mengikut negara menggunakan data tidak beridentitikan dan tanpa nama.

Keupayaan kami untuk menyediakan versi Alkitab yang berlainan dalam bahasa yang berlainan adalah hasil daripada dan tertakluk kepada persetujuan antara kami dan persatuan serta penerbit Alkitab tertentu, yang akan disebut "Penyedia Alkitab YouVersion." Persetujuan Pelesenan kami dengan Penyedia Alkitab YouVersion hanya membenarkan kami untuk menyediakan pengguna YouVersion dengan keupayaan memuat turun teks Alkitab tertentu untuk kegunaan luar talian jika kami memberikan nama, alamat e-mel, dan negara Pengguna kepada Penyedia Alkitab YouVersion untuk komunikasi masa depan. Sekiranya ini adalah keadaannya dengan teks yang anda ingin muat turun untuk kegunaan luar talian, kami akan (i) berkongsi maklumat ini dengan Penyedia Alkitab YouVersion untuk versi luar talian yang diminta; (ii) berbuat demikian secara sulit dan hanya jika Penyedia Alkitab YouVersion tersebut bersetuju untuk merahsiakan maklumat yang dikongsi itu; dan (iii) memberikan anda penggesa tambahan sebagai peringatan tentang terma ini, yang mesti dipersetujui pada ketika itu demi meneruskan muat turun anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan penggesa tambahan ini, anda boleh terus menggunakan versi teks dalam talian itu. Tiada maklumat peribadi anda akan dikongsi dengan mana-mana Penyedia Alkitab YouVersion dan tiada maklumat akan dikongsi sehingga anda bersetuju dengan penggesa kami, yang akan memberikan anda akses untuk memuat turun versi luar talian tersebut. Interaksi anda dengan mana-mana Penyedia Alkitab YouVersion hanyalah antara anda dan Penyedia Alkitab YouVersion tersebut.

Kami mungkin perlu mendedahkan maklumat tentang anda apabila dikehendaki oleh undang-undang, sepina, atau proses perundangan yang lain. Kami memaklumkan Pengguna tentang tuntutan undang-undang terhadap data peribadi mereka sesuai dengan penilaian kami, melainkan dilarang oleh undang-undang atau perintah mahkamah atau semasa kecemasan. Kami mungkin mempertikaikan tuntutan tersebut apabila kami percaya, menurut budi bicara kami, bahawa permintaan itu adalah terlalu luas, kabur, atau kekurangan kuasa yang wajar, tetapi kami tidak berjanji untuk mencabar setiap tuntutan. Kami mungkin mendedahkan maklumat anda jika kami secara jujur mempercayai bahawa pendedahan itu adalah munasabah untuk (i) menyiasat, mencegah, atau bertindak terhadap aktiviti yang disyaki atau sebenarnya menyalahi undang-undang atau untuk membantu agensi penguatkuasa kerajaan; (ii) menguatkuasakan perjanjian kami dengan anda; (iii) menyiasat dan mempertahankan diri daripada mana-mana tuntutan atau dakwaan pihak ketiga; (iv) melindungi keselamatan atau integriti YouVersion; atau (v) menjalankan atau melindungi hak serta keselamatan Life.Church, Pengguna, kakitangan kami, atau orang lain. Kami juga berhak mendedahkan maklumat peribadi anda secara sulit berhubungan dengan penggabungan atau pemerolehan yang mungkin atau sebenar seperti penjualan semua atau sebahagian besarnya aset kami.


Menghapus, Mengakses, dan Membetulkan Maklumat Anda

Cara Mengemukakan Permintaan Anda.

Untuk data peribadi yang kami ada mengenai anda, anda boleh meminta berikut:

  • Penghapusan

    : Anda boleh meminta kami untuk memadam atau menghapuskan semua atau sebahagian daripada data peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa berbuat demikian mungkin mengehadkan keupayaan anda menggunakan kefungsian YouVersion tertentu. Sila ambil perhatian bahawa alamat e-mel diperlukan untuk memiliki akaun Ahli untuk memastikan kami boleh mengesahkan pengguna yang mungkin untuk akaun tersebut dengan betul.
  • Pembetulan/Pengubahsuaian

    : Anda boleh menyunting sesetengah data peribadi anda melalui akaun anda atau meminta kami untuk mengubah, mengemas kini, atau membetulkan data anda dalam keadaan tertentu, termasuk jika ia tidak tepat.
  • Membantah, atau Mengehadkan atau Menghalang, Penggunaan Data

    : Anda boleh meminta kami untuk berhenti menggunakan semua atau sesetengah daripada data peribadi anda atau membatasi penggunaan data tersebut oleh kami.
  • Hak untuk Mengakses dan/atau Mengambil Data Anda

    : Anda boleh meminta kami untuk menyediakan salinan atau pendedahan mengenai data peribadi anda yang anda berikan kepada kami.

Undang-undang tertentu mungkin memberikan hak untuk membuat permintaan ini dan permintaan tambahan mengenai maklumat peribadi anda. Sekiranya anda telah memberikan kami maklumat peribadi dan ingin membuat permintaan di bawah undang-undang negeri yang khusus, sila hantar permintaan anda ke help@youversion.com dan memasukkan frasa "[Negeri/Negara Anda] Privacy Request" pada bahagian perkara.

Untuk membuat permintaan ini atau permintaan yang lain berkenaan maklumat peribadi anda, anda boleh menghantar e-mel ke help@youversion.com atau melalui pos ke Life.Church, attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034.

Kami meminta agar individu yang membuat permintaan ini memperkenalkan diri dengan sekurang-kurangnya nama, alamat, dan alamat e-mel serta mengenal pasti maklumat yang ingin diakses, dibetulkan, atau dihapuskan sebelum kami memproses sebarang permintaan. Kami mungkin menolak untuk memproses permintaan tersebut jika kami tidak dapat mengesahkan identiti pemohon, jika kami percaya bahawa permintaan itu akan menjejaskan privasi orang lain, jika kami percaya bahawa permintaan itu akan melanggar mana-mana undang-undang atau keperluan perundangan, jika kami percaya bahawa permintaan itu akan menyebabkan maklumat itu menjadi tidak betul, atau atas sebab perundangan yang serupa.

Kami tidak akan mendiskriminasikan anda kerana menggunakan hak anda di bawah undang-undang yang dapat dikenakan. Kami tidak mengenakan yuran untuk memproses atau memberikan respons terhadap permintaan anda yang dapat ditentusahkan melainkan ia adalah melampau, berulang, atau jelas tidak berasas. Sekiranya kami menentukan bahawa permintaan itu mewajarkan bayaran, kami akan memaklumkan anda sebab kami membuat keputusan tersebut dan memberikan anda anggaran kos sebelum melengkapkan permintaan anda.

Menghapuskan Akaun Anda.

Sekiranya anda memilih untuk menutup akaun anda atau meminta kami untuk mengubah atau menghapuskan sesetengah atau semua maklumat peribadi anda, kami akan menyimpan data peribadi anda jika kami mempunyai hak atau kewajipan undang-undang untuk mengekalkan maklumat tersebut atau untuk memenuhi keperluan peraturan, menyelesaikan pertikaian, mengekalkan keselamatan, mencegah penipuan atau penyelewengan, menguatkuasakan hak kami, atau memenuhi mana-mana permintaan lain daripada anda (contohnya, memilih untuk tidak menerima mesej lanjut atau untuk salinan data anda). Jika tidak, sekiranya anda meminta kami untuk menutup akaun anda, kami akan menghapuskan akaun anda dan semua maklumat berhubungan dengan akaun anda, kecuali untuk statistik beragregat berdasarkan maklumat tidak beridentitikan dan inferens yang kami buat daripadanya. Kami juga akan mengekalkan pengiraan agregat kami untuk menghitung jumlah aplikasi YouVersion yang telah dimuat turun, yang akan termasuk kenyataan bahawa anda telah memuat turun YouVersion, tanpa mengekalkan maklumat peribadi berkaitan dengan akaun tersebut.

Kami tidak mempunyai kawalan terhadap maklumat yang telah anda kongsi dengan orang lain melalui YouVersion selepas anda menutup akaun anda atau meminta agar maklumat dihapuskan atau cuba menghapuskan akaun anda sendiri. Maklumat dan kandungan anda yang telah dikongsi mungkin terus dipaparkan dalam perkhidmatan orang lain (contohnya, hasil enjin carian) sehingga mereka menyegar semula cache mereka.


Keselamatan dan Perlindungan

Kami melaksanakan perlindungan keselamatan yang direka bentuk untuk melindungi data anda. Ini termasuk menggunakan penyulitan data anda semasa ia dihantar antara peranti atau pelayar anda dan pelayan kami dan semasa ia tidak digunakan. Data yang diberikan kepada kami melalui YouVersion juga disimpan dalam sistem pengurusan infrastruktur yang diiktiraf berdasarkan ISO 27017, yang bermaksud ia telah diaudit dan didapati mematuhi kehendak piawaian sistem pengurusan ISO 27017, suatu tataamalan antarabangsa yang diiktiraf bagi kawalan keselamatan maklumat untuk perkhidmatan awan.

Walau bagaimanapun, memandangkan sifat komunikasi dan teknologi maklumat, dan bahawa penggunaan internet mempunyai risiko bawaan, walaupun kami sentiasa memantau kegoyahan dan serangan yang mungkin, kami tidak dapat menanggung atau menjamin bahawa maklumat yang diberikan kepada kami melalui YouVersion atau disimpan dalam sistem kami atau sebaliknya, adalah benar-benar bebas daripada pencerobohan yang tidak dibenarkan oleh pihak lain, dan kami juga tidak dapat menanggung atau menjamin bahawa data tersebut tidak boleh diakses, didedahkan, diubah, atau dimusnahkan oleh pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal, atau pengurusan kami.


Kanak-kanak di Bawah Umur 16 Tahun

Kami tidak mengumpul maklumat peribadi daripada sesiapa yang kami sedar adalah di bawah umur 16 tahun tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga sah orang di bawah umur tersebut.

Ibu bapa atau penjaga boleh membenarkan seseorang yang di bawah umur untuk menggunakan akaun YouVersion mereka melalui profil utama ibu bapa atau penjaga tersebut atau profil sekunder pada akaun ibu bapa/penjaga pada platform yang dikenali sebagai Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak. Sekiranya anda membenarkan anak di bawah umur anda untuk menggunakan akaun anda (sama ada melalui profil anda atau profil Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak), anda bertanggungjawab memantau penggunaan YouVersion oleh orang di bawah umur tersebut dan bertanggungjawab terhadap pentafsiran serta penggunaan apa-apa maklumat atau cadangan yang disediakan melalui YouVersion.

Untuk mendaftarkan profil sekunder, anda perlu mengakses akaun anda dengan maklumat Pengguna anda dan anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap profil Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak tersebut. Kami tidak memerlukan anda untuk mendedahkan sebarang maklumat yang dapat diidentitikan secara peribadi tentang anak di bawah umur anda demi mendaftarkan profil Aplikasi Alkitab untuk Kanak-kanak. Semasa mendaftarkan profil anak di bawah umur anda, anda dikehendaki memberikan "Nama Anak" untuk mengenal pasti akaun tersebut; walau bagaimanapun, nama ini bolehlah apa-apa nama dan anda tidak dikehendaki memberikan nama pertama atau nama keluarga anak di bawah umur anda yang sebenar.

Di mana anda mengaitkan maklumat anak di bawah umur anda dengan akaun anda, kami menganggap bahawa anda membenarkan pemprosesan maklumat tersebut berdasarkan polisi ini dan notis privasi dan terma lain yang kami sediakan dari masa ke masa. Sekiranya anda membenarkan anak di bawah umur anda untuk menggunakan YouVersion, kami meminta anda untuk membincangkan risiko berkongsi maklumat peribadi melalui Internet dengan anak anda dan meminta mereka untuk menahan diri daripada berkomunikasi dengan mana-mana pihak ketiga atau berkongsi apa-apa maklumat peribadi dengan YouVersion atau pengguna YouVersion. Sekiranya anda rasa kami memiliki apa-apa maklumat daripada atau tentang kanak-kanak di bawah 16 tahun, sila hubungi kami di help@youversion.com.


Pemprosesan Data

Kami hanya akan mengumpul dan memproses data peribadi tentang anda di mana kami mempunyai dasar yang sah. Dasar yang sah termasuk persetujuan (di mana anda telah memberikan persetujuan), kontrak dan kepentingan sah yang lain. Kepentingan sah tersebut termasuk perlindungan kepada anda, kami, dan Ahli lain, serta pihak ketiga; untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan; untuk membolehkan dan mentadbir perniagaan kami; untuk mengurus urus niaga korporat; untuk memahami dan memperbaiki proses dalaman kami dan hubungan pengguna secara umum; dan untuk membolehkan kami dan pengguna YouVersion yang lain untuk berhubung dengan anda untuk bertukar maklumat, dengan syarat perkara yang disebutkan sebelum ini melindungi hak dan kebebasan anda dengan secukupnya.

Di mana kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses data peribadi, anda berhak menarik balik atau menolak persetujuan anda dan di mana kami bergantung pada kepentingan yang sah, anda berhak untuk membantah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dasar yang sah di mana kami mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, sila hubungi kami di help@youversion.com.


Pengumpulan Maklumat Pihak Ketiga

Perlu diingat bahawa YouVersion mungkin mengandungi pautan ke laman web atau aplikasi lain. Anda bertanggungjawab untuk meneliti kenyataan dan polisi privasi laman web lain yang anda hubungkan ke atau daripada YouVersion, supaya anda memahami cara laman web tersebut mengumpul, mengguna dan menyimpan maklumat anda. Kami tidak bertanggungjawab atas kenyataan, polisi, atau kandungan privasi laman web atau aplikasi yang lain, termasuk laman web yang anda hubungkan ke atau daripada YouVersion. Laman web yang mengandungi penjenamaan bersama (merujuk kepada nama kami dan nama pihak ketiga) mengandungi kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga dan bukannya daripada kami.

Sekiranya anda memilih untuk menghubungkan YouVersion dengan laman web, aplikasi, dan perkhidmatan lain atau profil yang anda miliki dengan aplikasi pihak ketiga, anda akan memberikan data peribadi yang tersimpan pada aplikasi tersebut kepada Life.Church. Contohnya, anda mungkin memulakan akaun Keahlian YouVersion yang baru dengan menghubungkan akaun Facebook anda dengan YouVersion, memberikan maklumat peribadi anda yang anda pilih untuk kongsi dengan Facebook kepada Life.Church. Anda boleh membatalkan jalinan hubungan dengan akaun tersebut dan aplikasi pihak ketiga dengan mengubah suai tetapan anda pada aplikasi tersebut.


Pengguna di Luar Amerika Syarikat

YouVersion ditawarkan dari Oklahoma yang terletak di Amerika Syarikat dan penggunaan YouVersion anda dan Polisi Privasi ini ditadbir oleh undang-undang Amerika Syarikat dan Negeri Oklahoma. Jika anda menggunakan YouVersion di luar negeri atau negara ini, sila ambil perhatian bahawa maklumat anda boleh dihantar ke, disimpan, dan diproses di Amerika Syarikat di mana pelayan kami ditempatkan dan pangkalan data utama kami dikendalikan. Kami memproses data di dalam dan di luar Amerika Syarikat dan bergantung pada komitmen kontraktual antara kami dan syarikat yang memindahkan data peribadi yang memerlukan perlindungan dan keselamatan data tersebut. Perlindungan data dan undang-undang lain Negeri Oklahoma, Amerika Syarikat, dan negara lain mungkin tidak selengkap perlindungan data di negara anda. Dengan menggunakan YouVersion, anda mengizinkan pemindahan maklumat anda ke kemudahan kami dan ke kemudahan pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat, sebagaimana yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.


Perubahan kepada Polisi Privasi Kami

Kami mungkin mengemas kini Polisi Privasi dari masa ke masa untuk mencerminkan perubahan amalan kami. Life.Church mencari cara yang baru dan yang lebih baik secara konsisten untuk menyediakan YouVersion dan menambahkan penglibatan. Apabila kami memperbaik YouVersion, ia mungkin memaksudkan pengumpulan data yang baru atau cara penggunaan data yang baru. Disebabkan YouVersion bersifat dinamik, dan kami terus berusaha untuk menyediakan ciri baru, kami mungkin perlu mengubah cara mengumpul dan memproses maklumat kami. Jika kami mengumpul data peribadi yang amat berbeza atau banyak mengubah cara kami menggunakan data anda, kami akan mengemas kini Polisi Privasi ini.

Kami akan menyiarkan sebarang perubahan pada Polisi Privasi kami di halaman ini. Sekiranya kami membuat perubahan yang amat berbeza mengenai cara kami memproses maklumat peribadi pengguna kami, kami akan memberikan notis bahawa Polisi Privasi telah dikemas kini. Tarikh terakhir Polisi Privasi dikemas kini dinyatakan di permulaan Polisi. Anda bertanggungjawab untuk memastikan kami mempunyai alamat e-mel terkini anda yang aktif, dan untuk melihat kembali Polisi Privasi ini dari masa ke masa untuk menyemak sebarang perubahan.


Maklumat Perhubungan

Untuk bertanya soalan atau memberikan komen tentang Polisi Privasi ini dan amalan privasi kami, anda boleh menghubungi kami di: Life.Church, Attn.: YouVersion Support, 4600 E. 2nd St., Edmond, Oklahoma 73034; atau di help@youversion.com.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami