1 YOHANES 2:18-27

1 YOHANES 2:18-27 Alkitab Berita Baik (BM)

Anak-anakku, akhir zaman sudah dekat! Kamu diberitahu bahawa Musuh Kristus akan datang. Sekarang banyak orang yang memusuhi Kristus telah muncul. Oleh itu kita tahu bahawa akhir zaman sudah dekat. Musuh-musuh Kristus itu sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kita, itulah sebabnya mereka meninggalkan kita. Jika mereka termasuk dalam golongan kita, tentu mereka tetap bersama-sama kita. Tetapi mereka meninggalkan kita, supaya nyata bahawa tidak seorang pun antara mereka yang benar-benar termasuk dalam golongan kita. Tetapi kamu sudah menerima Roh Allah yang dicurahkan oleh Kristus. Itulah sebabnya kamu semua mengenal ajaran yang benar. Aku menulis kepada kamu, bukan kerana kamu tidak mengenal ajaran yang benar; tetapi justeru kerana kamu mengenalnya. Kamu juga tahu bahawa tidak ada dusta dalam ajaran yang benar itu. Sesiapa berkata bahawa Yesus bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, orang itu pendusta. Orang seperti itu Musuh Kristus; orang itu tidak mengakui Bapa mahupun Anak. Sesiapa yang tidak mengakui Anak, juga tidak mengakui Bapa. Sesiapa yang menyambut Anak, menyambut Bapa juga. Oleh itu, perkhabaran yang kamu dengar sejak kamu mula-mula percaya kepada Kristus harus kamu simpan di dalam hati. Jika kamu berpegang kepada perkhabaran itu, kamu akan sentiasa hidup bersatu dengan Anak dan dengan Bapa. Inilah yang dijanjikan oleh Kristus sendiri kepada kita: hidup sejati dan kekal. Aku menulis surat ini kepada kamu tentang mereka yang berusaha untuk menipu kamu. Tetapi bagi kamu, Kristus telah mencurahkan Roh-Nya kepada kamu. Selama Roh-Nya ada pada kamu, kamu tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengajar kamu. Hal ini demikian kerana Roh-Nya mengajar kamu tentang segala sesuatu, dan apa yang diajarkan-Nya itu benar, bukan palsu. Oleh itu, taatlah kepada ajaran Roh-Nya, dan tetaplah hidup bersatu dengan Kristus.

1 YOHANES 2:18-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Anak kŭchil kŭchil, maka inilah akhir zaman; adapun spŭrti yang kamu tŭlah mŭnŭngar, bahwa lawanan Almasih itu akan datang, maka skarang pun adalah banyak lawanan Almasih itu, maka deri sŭbab itulah kami mŭngatahui iya itu akhir zaman. Adapun marika itu tŭlah kluar deri antara kami, tŭtapi bukannya iya itu deripada kami, kŭrna jikalau kiranya iya deripada kami, patutlah iya tinggal bŭsŭrta dŭngan kami; tŭtapi iya sudah kluar, supaya nyatalah bahwa iya itu sŭmuanya bukannya deripada kami. Tŭtapi kamu ini ada mŭmpunyai lantek deripada Roh Alkudos, dan kamu mŭngatahui sagala pŭrkara. Maka bukannya aku tŭlah mŭnuliskan kapadamu, sŭbab tiada kamu mŭngatahui bŭnar itu, tŭtapi sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui itu, maka tiadalah barang bohong dalam bŭnar itu. Siapakah pŭmbohong itu? mŭlainkan orang yang mŭnyangkalkan Isa itu Almasih; maka orang itulah lawanan Almasih, yang mŭnyangkalkan Ayah dan Anak itu. Maka barang siapa yang mŭnyangkali akan Anak itu, iya itupun tiadalah Ayah kapadanya; tŭtapi orang yang mŭngaku akan Anak itu, maka Ayah itupun adalah kapadanya. Maka sŭbab itu biarlah iya itu tinggal dalam hatimu, yang kami tŭlah mŭnŭngar deripada mulanya, maka jikalau itu yang tŭlah kamu dŭngar deripada mulanya, kŭlak tinggal dalam hatimu, kamu pun akan tinggallah dalam Anak itu, dan dalam Ayah itu adanya. Adapun inilah pŭrjanjian yang tŭlah dijanjikannya pada kami, iya itu hayat kŭkal. Sagala pŭrkara inilah aku tŭlah mŭnyuratkan kapada kamu deri hal orang orang yang mŭnyŭsatkan kamu. Akan tŭtapi lantek yang tŭlah kamu trimah deripada Isa itu tinggallah juga dalammu, maka ta’usahlah orang lain mŭngajar akan dikau: tŭtapi spŭrti lantek itu juga mŭngajar akan dikau deri hal sagala pŭrkara, iya itupun bŭnar, dŭngan tiada bohong, maka sungguh pun iya mŭngajar akan dikau, kamu kŭlak akan tinggal dalamnya.

1 YOHANES 2:18-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Anak-anakku, akhir zaman sudah hampir menjelang. Kamu telah diberitahu bahawa dajal, penentang Kristus itu, akan muncul. Sekarang pun telah muncul ramai orang yang menentang Kristus. Dengan demikian kita tahu bahawa akhir zaman sudah hampir menjelang. Mereka telah memisahkan diri daripada kita. Tetapi mereka sebenarnya bukanlah sebahagian daripada kita. Jika mereka benar-benar sebahagian daripada kita, tentulah mereka tetap bersama kita. Oleh itu, tindakan mereka memisahkan diri daripada kita menunjukkan kesemua mereka itu bukanlah benar-benar sebahagian daripada kita. Kamu telah menerima pengurapan daripada Yang Kudus, maka kamu mengenal kebenaran. Aku menulis kepadamu bukan kerana kamu tidak mengenal kebenaran tetapi kerana kamu mengenalnya. Kamu juga tahu bahawa yang dusta tidak berasal daripada yang benar. Sesiapa yang mengatakan bahawa Yesus bukan Kristus, dialah pendusta. Orang itu tidak mengakui Bapa dan Anak-Nya, dan dialah dajal, penentang Kristus. Sesiapa yang tidak mengakui Anak, maka dia juga tidak mengakui Bapa. Sesiapa yang menerima Anak, maka dia juga menerima Bapa. Oleh yang demikian, pastikan perkhabaran yang kamu dengar dari mulanya tetap ada di dalam dirimu. Jika perkhabaran itu tetap ada di dalam dirimu, kamu akan sentiasa tetap di dalam Anak dan juga di dalam Bapa. Inilah yang dijanjikan kepada kita, iaitu hidup yang kekal. Aku menulis kepadamu tentang mereka yang hendak menyesatkanmu. Tetapi bagi kamu, pengurapan yang kamu terima daripada-Nya itu tetap ada dalam dirimu. Kamu tidak memerlukan ajaran daripada sesiapa pun, kerana Roh-Nya telah mengajar segalanya kepadamu, dan segalanya benar, tidak ada yang dusta. Oleh itu, tetaplah kamu di dalam Dia.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami