1 Yohanes 2:18-27

1 Yohanes 2:18-27 AVB

Anak-anakku, akhir zaman sudah hampir menjelang. Kamu telah diberitahu bahawa dajal, penentang Kristus itu, akan muncul. Sekarang pun telah muncul ramai orang yang menentang Kristus. Dengan demikian kita tahu bahawa akhir zaman sudah hampir menjelang. Mereka telah memisahkan diri daripada kita. Tetapi mereka sebenarnya bukanlah sebahagian daripada kita. Jika mereka benar-benar sebahagian daripada kita, tentulah mereka tetap bersama kita. Oleh itu, tindakan mereka memisahkan diri daripada kita menunjukkan kesemua mereka itu bukanlah benar-benar sebahagian daripada kita. Kamu telah menerima pengurapan daripada Yang Kudus, maka kamu mengenal kebenaran. Aku menulis kepadamu bukan kerana kamu tidak mengenal kebenaran tetapi kerana kamu mengenalnya. Kamu juga tahu bahawa yang dusta tidak berasal daripada yang benar. Sesiapa yang mengatakan bahawa Yesus bukan Kristus, dialah pendusta. Orang itu tidak mengakui Bapa dan Anak-Nya, dan dialah dajal, penentang Kristus. Sesiapa yang tidak mengakui Anak, maka dia juga tidak mengakui Bapa. Sesiapa yang menerima Anak, maka dia juga menerima Bapa. Oleh yang demikian, pastikan perkhabaran yang kamu dengar dari mulanya tetap ada di dalam dirimu. Jika perkhabaran itu tetap ada di dalam dirimu, kamu akan sentiasa tetap di dalam Anak dan juga di dalam Bapa. Inilah yang dijanjikan kepada kita, iaitu hidup yang kekal. Aku menulis kepadamu tentang mereka yang hendak menyesatkanmu. Tetapi bagi kamu, pengurapan yang kamu terima daripada-Nya itu tetap ada dalam dirimu. Kamu tidak memerlukan ajaran daripada sesiapa pun, kerana Roh-Nya telah mengajar segalanya kepadamu, dan segalanya benar, tidak ada yang dusta. Oleh itu, tetaplah kamu di dalam Dia.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan 1 Yohanes 2:18-27

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami