ZAKHARIA 4

4
Penglihatan tentang Kaki Pelita
1Malaikat yang telah bertutur kepadaku itu datang lagi dan mengejutkan aku seolah-olah aku sedang tidur. 2Dia bertanya, “Apakah yang engkau nampak?”
Aku menjawab, “Aku nampak sebuah kaki pelita emas. Di bahagian atasnya ada sebuah mangkuk minyak. Pada kaki pelita itu ada tujuh buah pelita yang setiap satunya mempunyai tujuh buah tempat sumbu. 3 Di sebelah kiri kaki pelita itu ada sebatang pokok zaitun, dan di sebelah kanan pun ada sebatang pokok zaitun.”
4Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu, “Apakah yang dilambangkan oleh benda-benda itu, tuan?”
5“Tidakkah engkau tahu?” malaikat itu bertanya kepadaku.
“Tidak tuan,” jawabku.
10bMalaikat itu berkata kepadaku, “Tujuh buah pelita itu melambangkan mata TUHAN yang mengawasi seluruh muka bumi.”
11 Kemudian aku bertanya lagi kepadanya, “Apakah makna pokok zaitun di sebelah kanan dan kiri kaki pelita itu? 12Apa pula makna dua batang cabang zaitun di sebelah dua batang paip emas yang menyalurkan minyak zaitun itu?”
13“Tidakkah engkau tahu?” malaikat itu bertanya kepadaku.
“Tidak, tuan,” jawabku.
14Kemudian dia berkata, “Cabang itu melambangkan dua orang yang telah dipilih dan dilantik oleh Allah untuk mengabdi kepada-Nya, Tuhan alam semesta.”
Janji TUHAN kepada Zerubabel
6 Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran TUHAN ini kepada Zerubabel, “Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku. 7Halangan sebesar gunung pun akan tersingkir dari hadapanmu. Engkau akan membina semula Rumah-Ku, dan pada masa engkau meletakkan batu yang terakhir di tempatnya, orang akan berseru, ‘Alangkah indahnya!’ ”
8Kemudian datang lagi perkhabaran lain daripada TUHAN. 9Dia berfirman, “Zerubabel telah meletakkan batu asas Rumah-Ku, dan dia akan menyelesaikan bangunan itu. Jika hal itu berlaku, umat-Ku akan tahu bahawa Akulah yang telah mengutus engkau, Zakharia, kepada mereka. 10a Mereka kecewa kerana kemajuan pembinaan itu terlalu lambat. Tetapi mereka akan nampak Zerubabel meneruskan pembinaan Rumah-Ku, dan mereka akan bersukacita.”

Terpilih Sekarang Ini:

ZAKHARIA 4: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami