MAZMUR 7

7
Doa Minta Keadilan
1Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu.
2Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu;
selamatkanlah dan lepaskanlah aku
daripada semua orang yang memburu aku.
3Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret aku
ke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.
4-5Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat,
jika aku mengkhianati sahabat,
atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,
6biarlah musuhku memburu dan menangkap aku,
lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!
7Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya TUHAN,
dan tentanglah keganasan musuh-musuhku!
Bangkitlah dan tolonglah aku,
kerana keadilanlah yang Engkau tuntut.
8Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu,
dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.
9Engkaulah yang menghakimi semua manusia.
Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.
10 Hentikanlah kejahatan orang durjana,
dan berikanlah pahala kepada orang yang baik,
kerana Engkau Allah yang adil,
Engkau menyelami hati dan fikiran.
11Pelindungku ialah Allah;
Dia menyelamatkan mereka yang mentaati-Nya.
12Allah ialah hakim yang adil,
yang sentiasa menghukum mereka yang jahat.
13Jika kelakuan mereka tidak berubah,
Allah akan mengasah pedang-Nya.
Dia menyiapkan dan melengkungkan busur-Nya;
14Dia mengambil senjata-Nya yang berbahaya
dan melancarkan anak panah-Nya yang bernyala.
15Lihatlah cara orang jahat memikirkan kejahatan;
mereka merancangkan kekacauan dan melakukan penipuan.
16Mereka memasang perangkap untuk orang lain,
tetapi mereka sendiri jatuh ke dalamnya.
17Demikianlah mereka terhukum oleh kejahatan sendiri,
dan tercedera oleh keganasan mereka sendiri.
18Aku mengucap syukur kepada TUHAN kerana Dia adil,
aku menyanyikan pujian kepada TUHAN, Yang Maha Tinggi.

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 7: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami