Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; kasih-Nya kekal abadi. Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar; kasih-Nya kekal abadi. Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit; kasih-Nya kekal abadi. Dia menghamparkan bumi di atas air; kasih-Nya kekal abadi. Dia menjadikan matahari dan bulan; kasih-Nya kekal abadi. Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang; kasih-Nya kekal abadi. Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam; kasih-Nya kekal abadi.
Kongsi
Baca MAZMUR 136
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video