MAZMUR 136:1-9
MAZMUR 136:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; kasih-Nya kekal abadi. Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar; kasih-Nya kekal abadi. Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit; kasih-Nya kekal abadi. Dia menghamparkan bumi di atas air; kasih-Nya kekal abadi. Dia menjadikan matahari dan bulan; kasih-Nya kekal abadi. Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang; kasih-Nya kekal abadi. Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam; kasih-Nya kekal abadi.
MAZMUR 136:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; matahari untuk memerintah sewaktu siang, kasih-Nya kekal selama-lamanya; bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam, kasih-Nya kekal selama-lamanya