Zefanya 2

2
Seruan untuk bertaubat
1Berkumpullah bersama-sama, berkumpullah, wahai bangsa yang tidak tahu malu,
2sebelum ketetapan dijatuhkan,
sebelum hari itu berlalu seperti sekam,
sebelum murka TUHAN yang menyala-nyala datang menimpamu,
sebelum hari kemurkaan TUHAN datang menimpamu.
3Carilah hadirat TUHAN, wahai semua orang yang rendah hati di negeri,
yang melaksanakan hukum-Nya.
Carilah perbenaran,#2:3 Perbenaran: Perkataan ini antara maknanya merujuk kepada keadilan dan tindakan yang selaras dengan kehendak Tuhan.
carilah kerendahan hati!
Siapa tahu kamu akan dilindungi pada hari kemurkaan TUHAN.
Hukuman atas Filistin
4 # Yes 14:29-31; Yer 47:1-7; Yeh 25:15-17; Yl 3:4-8; Am 1:6-8; Za 9:5-7. Gaza akan ditinggalkan dan Askelon dimusnahkan.
Orang Asdod akan terusir pada tengah hari
dan Ekron akan tercabut sampai ke akar-akarnya.
5Malangnya penduduk di pesisiran pantai, bangsa Kreti!
Firman TUHAN menentang engkau, wahai Kanaan, tanah orang Filistin,
“malah Aku akan membinasakan kamu, sehingga tiada lagi pendudukmu!”
6Pesisir laut akan menjadi padang ragut yang berpondok bagi para gembala dan berkandang bagi kawanan domba.
7Pesisir laut itu akan dimiliki oleh saki-baki keturunan kaum Yehuda,
di sanalah mereka akan meragut rumput.
Pada petang hari mereka akan berbaring di rumah-rumah Askelon,
kerana TUHAN, Allah mereka,
akan melawat mereka
dan memulihkan keadaan mereka.
Hukuman atas Moab dan Amon
8 # Yes 15:1—16:14; 25:10-12; Yer 48:1-47; Yeh 25:8-11; Am 1:13-15. Yer 49:1-6; Yeh 21:28-32; 25:1-7; Am 1:13-15. “Aku telah mendengar celaan Moab dan hujahan bani Amon.
Mereka itu telah mencela umat-Ku
dan membesarkan diri terhadap daerah umat-Ku itu.
9 # Kej 19:24. Oleh sebab itu demi Aku yang hidup,”
demikianlah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel,
“Moab akan menjadi seperti Sodom dan bani Amon seperti Gomora,
tempat yang penuh jelatang dan tempat menggali garam,
tempat tandus untuk selama-lamanya.
Saki-baki daripada umat-Ku akan menjarah mereka,
dan mereka menjadi harta pusaka bagi yang terselamat daripada bangsa-Ku.”
10Itulah bahagian mereka sebagai ganjaran bagi keangkuhan mereka,
kerana mereka telah mencela
dan membesarkan diri terhadap umat milik TUHAN alam semesta.
11TUHAN akan membuat mereka ketakutan,
kerana Dia akan melenyapkan segala tuhan di bumi.
Semua bangsa daerah pesisir akan sujud menyembah-Nya dari tempat masing-masing.
Hukuman atas Kush dan Asyur
12 # Yes 18:1-7. “Wahai orang Kush, kamu juga akan mati tertikam oleh pedang-Ku.”
13 # Yes 10:5-34; 14:24-27; Nah 1:1—3:19. Dan Dia akan menghulurkan tangan-Nya melawan Tanah Utara dan membinasakan Asyur.
Dia akan menjadikan Niniwe tempat termusnah, gersang seperti gurun.
14Kawanan haiwan akan berbaring di tengah-tengahnya,
iaitu segala jenis binatang liar.
Baik burung undan mahupun landak akan bermalam di kepala-kepala tiangnya.
Suara nyanyi akan kedengaran di jendela dan akan ada kemusnahan di ambang pintu,
kerana kayu araz telah terbongkar.
15Itulah kota yang bersuka ria,
yang tinggal dengan aman,
yang berkata dalam hatinya,
“Aku, dan tidak ada yang lain!”
Betapa kemusnahan menimpanya,
tempat berbaring bagi binatang-binatang liar.
Setiap orang yang melintasinya akan mencemuh
dan mengibas-ngibaskan tangan.

Terpilih Sekarang Ini:

Zefanya 2: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami