Mazmur 105

105
1Bersyukurlah kepada TUHAN, serulah nama-Nya;
beritahulah bangsa-bangsa tentang perbuatan-Nya.
2Menyanyilah untuk-Nya, nyanyikan mazmur untuk-Nya;
katakanlah segala hasil kerja-Nya yang menakjubkan.
3Muliakanlah nama-Nya yang suci;
biarlah hati mereka sukacita, mereka yang mencari TUHAN.
4Carilah TUHAN dan kekuatan-Nya;
carilah wajah-Nya selama-lamanya.
5Ingatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan,
mukjizat-Nya, dan hukum-hukum yang difirmankan-Nya,
6Wahai benih Abraham hamba-Nya,
kamu anak cucu Yakub, orang pilihan-Nya.
7Dia TUHAN Allah kita;
hukum-hukum-Nya di seluruh bumi.
8Dia ingat akan perjanjian-Nya selama-lamanya,
firman yang diperintahkan-Nya, bagi seribu keturunan,
9 # Kej 12:7; 17:8. Kej 26:3. perjanjian yang telah dibuat-Nya dengan Abraham,
dan sumpah-Nya kepada Ishak.
10 # Kej 28:13. Dan mengesahkannya kepada Yakub sebagai ketetapan,
kepada Israel sebagai perjanjian yang kekal selama-lamanya:
11“Kepadamu Aku akan memberi Tanah Kanaan
sebagai bahagian warisanmu.”
12Ketika mereka hanya sebilangan kecil,
cuma segelintir, dan orang asing di situ,
13apabila mereka pergi daripada satu bangsa kepada satu bangsa,
daripada satu kerajaan kepada yang lain.
14 # Kej 20:3-7. Dia tidak membenarkan sesiapa pun menyakiti mereka;
ya, Dia memarahi raja-raja kerana mereka:
15“Jangan sentuh umat yang Kuurapi;
dan jangan sakiti nabi-nabi-Ku.”
16 # Kej 41:53-57. Dia juga mengadakan kebuluran di tanah itu,
Dia memusnahkan semua bekalan makanan;
17 # Kej 37:28; 45:5. Dia menghantar kepada mereka seorang bernama Yusuf —
yang telah dijual sebagai hamba.
18 # Kej 39:20—40:23. Mereka menyakitkan kakinya dengan belenggu,
dan mengikatnya dengan rantai besar,
19hingga sampai masa terjadi apa yang telah dikatakan-Nya,
dan firman TUHAN membuktikan dia benar.
20 # Kej 41:14. Raja menghantar orang untuk mengeluarkannya dari penjara,
pemerintah bangsa itu membebaskannya.
21 # Kej 41:39-41. Dia menjadikan Yusuf ketua rumahnya,
dan penguasa segala miliknya,
22untuk mengarahkan putera-puteranya sekehendak hatinya
dan mengajarkan kebijaksanaan kepada para tua-tuanya.
23 # Kej 46:6. Kej 47:11. Kemudian Israel datang ke Mesir;
dan Yakub tinggal di tanah asing Ham.
24 # Kel 1:7-14. Lalu TUHAN menambah umat-Nya dengan ramainya;
dan menjadikan mereka lebih perkasa daripada musuh mereka.
25Dia memalingkan hati mereka supaya membenci umat-Nya,
memperdaya hamba-hamba-Nya.
26 # Kel 3:1—4:17. Maka Dia menghantar hamba-Nya Musa,
dan Harun yang telah dipilih-Nya.
27Mereka menunjukkan tanda-tanda-Nya dalam kalangan mereka,
dan melakukan mukjizat di tanah Ham.
28 # Kel 10:21-23. Kemudian Dia menghantar kegelapan menyelubungi segala-galanya —
kerana mereka memberontak terhadap firman-Nya.
29 # Kel 7:17-21. Dia menukarkan perairan mereka menjadi darah,
dan membunuh ikan mereka.
30 # Kel 8:1-6. Tanah mereka dipenuhi katak,
sampai ke bilik istana raja-raja mereka.
31 # Kel 8:20-24. Kel 8:16,17. Dia berfirman, maka datanglah lalat yang banyak,
dan agas#105:31 Agas: Serangga yang seakan-akan nyamuk yang berbahaya kerana suka menghisap darah. di seluruh wilayah mereka.
32 # Kel 9:22-25. Dia mengubah hujan menjadi hujan batu,
dan mencurahkan api bernyala-nyala di tanah mereka.
33Dia juga menumbangkan pokok anggur dan pokok ara
serta menghancurkan pokok-pokok di wilayah mereka.
34 # Kel 10:12-15. Dia berfirman, maka datanglah belalang,
belalang muda yang tidak terkira banyaknya;
35yang memakan semua tanaman di tanah mereka,
dan buah-buahan di kawasan mereka.
36 # Kel 12:29. Dia juga membunuh semua anak lelaki sulung di tanah mereka,
yang pertama daripada seluruh kekuatan mereka.
37 # Kel 12:33-36. Dia membawa umat-Nya keluar dengan perak dan emas,
dan tiada yang lemah antara suku-suku-Nya.
38Apabila mereka pergi orang Mesir bersukacita,
kerana takut akan mereka.
39 # Kel 13:21,22. Dia memayungi umat-Nya dengan awan untuk berteduh,
dan memberikan api untuk menerangi mereka pada waktu malam.
40 # Kel 16:2-15. Mereka memohon, lalu Dia membawakan burung puyuh
dan mengenyangkan mereka dengan roti syurga.
41 # Kel 17:1-7; Bil 20:2-13. Dia membukakan batu pejal, maka air terpancar;
lalu mengalir di tempat-tempat gersang seperti sungai.
42Kerana Dia ingat akan janji-Nya yang suci
dan hamba-Nya Abraham.
43Dia membawa keluar umat-Nya dengan bahagia,
kaum pilihan-Nya dengan sorak-sorai kegembiraan;
44 # Yos 11:16-23. Dia memberi kepada mereka tanah orang asing,
dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain —
45supaya mereka mematuhi ajaran-ajaran-Nya
dan mentaati hukum-hukum-Nya.
Pujilah TUHAN!

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 105: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami