Imamat 20

20
Pelbagai perbuatan keji dan hukumannya
1TUHAN berfirman kepada Musa, 2“Katakanlah kepada orang Israel, ‘Sesiapa pun daripada orang Israel atau warga pendatang antara orang Israel yang mempersembahkan seorang daripada keturunannya kepada Molokh, dia mesti dihukum mati. Rakyat negeri harus merejam dia dengan batu. 3Aku juga akan memusuhi dan akan menyingkirkan orang itu daripada kalangan bangsanya, kerana dia mempersembahkan anaknya kepada Molokh lantas menajiskan tempat suci-Ku dan mencemarkan nama-Ku yang suci. 4Jika warga negeri menutup mata terhadap orang itu ketika dia mempersembahkan anaknya kepada Molokh, dan mereka tidak menghukum mati orang itu, 5maka Aku sendiri akan menentang orang itu serta kaum keluarganya. Aku akan menyingkirkan dia daripada kalangan bangsanya, juga kesemua orang yang turut terpesong sepertinya dengan menyembah Molokh.
6Orang yang berpaling kepada pemanggil arwah dan ahli sihir sehingga terpesong lantaran mengikut mereka itu akan Kumusuhi dan Kusingkirkan daripada kalangan bangsanya. 7Oleh itu, sucikanlah dirimu dan jadilah suci kerana Akulah TUHAN, Allahmu. 8Berpegang teguhlah pada segala ketetapan-Ku dan amalkanlah kesemuanya. Akulah TUHAN yang menyucikan kamu.
9 # Kel 21:17; Mat 15:4; Mrk 7:10. Sesungguhnya, sesiapa pun yang mengutuk ayahnya atau ibunya, dia pasti dihukum mati dan hutang darahnya tertanggung atas dirinya sendiri.
10 # Kel 20:14; Im 18:20; Ul 5:18. Seseorang lelaki yang berzina dengan isteri orang lain, iaitu isteri sesama jirannya, pastilah dia dihukum mati, dan begitu jugalah perempuan yang berzina itu dihukum mati. 11#Im 18:8; Ul 22:30; 27:20.Seseorang lelaki yang meniduri isteri ayahnya bererti dia mengaibkan ayahnya. Kedua-duanya pasti dihukum mati, dan darah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri. 12#Im 18:15.Jika seorang lelaki meniduri menantu perempuannya, maka pastilah kedua-duanya dihukum mati. Mereka telah melakukan suatu kemungkaran, dan darah mereka tertanggung ke atas diri mereka sendiri. 13#Im 18:22.Jika seorang lelaki meniduri lelaki lain sebagaimana lelaki meniduri perempuan, maka kedua-duanya melakukan perkara yang keji. Mereka mesti dihukum mati dan darah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri. 14#Im 18:17; Ul 27:23.Jika seorang lelaki memperisteri seorang perempuan sekali gus juga ibunya, maka hal itu suatu kehinaan. Hendaklah ketiga-tiga mereka iaitu lelaki itu dan kedua-dua orang perempuan itu dibakar, supaya jangan ada kecabulan dalam kalangan kamu. 15#Kel 22:19; Im 18:23; Ul 27:21.Jika seorang lelaki meniduri seekor binatang, dia mesti dihukum mati, dan hendaklah kamu bunuh juga binatang itu. 16Jika seorang perempuan menghampiri mana-mana binatang untuk menidurinya, maka hendaklah kamu membunuh perempuan itu dan juga binatang itu. Hendaklah kedua-duanya dibunuh dan darah mereka tertanggung ke atas diri mereka sendiri.
17 # Im 18:9; Ul 27:22. Jika seorang lelaki memperisteri saudara perempuannya, sama ada anak ayahnya atau anak ibunya, maka dia seterusnya melihat aurat perempuan itu dan perempuan itu melihat auratnya, maka perkara itu sesuatu yang memalukan. Hendaklah mereka disingkirkan daripada depan mata umat sebangsa mereka. Atas sebab lelaki itu telah meniduri saudara perempuannya, maka hendaklah dia menanggung kesalahannya. 18#Im 18:19.Jika seorang lelaki meniduri seorang perempuan yang sedang haid sehingga dia menyingkapkan lelehan darah perempuan itu dan perempuan itu menyingkapkan lelehan darahnya itu maka hendaklah kedua-duanya disingkirkan daripada kalangan bangsa mereka.
19 # Im 18:12-14. Jangan meniduri saudara perempuan ibumu atau saudara perempuan ayahmu, kerana orang yang berbuat demikian mengaibkan kerabat sendiri. Hendaklah kedua-duanya menanggung kesalahan mereka. 20Jika seorang lelaki meniduri ibu saudaranya, dia mengaibkan bapa saudaranya. Hendaklah mereka menanggung dosa mereka dan mereka akan mati tanpa mempunyai anak. 21#Im 18:16.Jika seorang lelaki memperisteri isteri saudaranya, maka hal itu suatu perbuatan yang tercemar. Dia mengaibkan saudaranya itu dan mereka tidak akan mempunyai anak.
22Oleh itu, taatilah segala ketetapan-Ku dan segala peraturan-Ku, serta amalkanlah kesemuanya supaya jangan kamu dimuntahkan oleh negeri ke mana Aku membawamu untuk kamu huni. 23Jangan hidup menurut kebiasaan bangsa-bangsa yang akan Kuusir daripadamu, kerana mereka telah melakukan semua kemungkaran seperti yang tersebut itulah maka Aku amat membenci mereka. 24Tetapi Aku berfirman kepadamu: Kamu akan menduduki tanah mereka dan Aku akan mengurniakannya kepadamu untuk menjadi milikmu, negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu. Akulah TUHAN, Allahmu, yang telah mengasingkan kamu daripada bangsa-bangsa lain. 25Oleh sebab itu, kamu harus mengasingkan haiwan yang suci daripada yang najis, demikian pula burung yang najis dengan yang suci. Jangan kamu cemari dirimu dengan haiwan, burung, atau segala yang merayap di tanah, yang telah Kuasingkan untuk kamu golongkan sebagai najis. 26Hendaklah kamu suci untuk-Ku kerana Aku, TUHAN, suci adanya, dan Aku telah mengasingkan kamu daripada bangsa-bangsa lain supaya kamu menjadi milik-Ku.
27Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi pemanggil arwah atau ahli sihir pastinya dihukum mati. Hendaklah mereka direjam dengan batu dan darah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri.’ ”

Terpilih Sekarang Ini:

Imamat 20: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami