Yesaya 21

21
Pernyataan ilahi tentang Babel
1Pernyataan ilahi tentang Gurun di Tepi Laut.
Seperti angin puting beliung melintasi Tanah Negeb,
demikianlah datangnya penyerbu dari gurun,
dari negeri yang menakutkan.
2Suatu penglihatan yang menyusahkan telah dinyatakan kepadaku:
“Si pengkhianat berbuat khianat
dan si pemusnah melakukan musnah.
Majulah, wahai Elam!
Kepunglah, wahai Madai!
Aku akan menghentikan segala keluh-kesah yang ditimbulkannya.”
3Itulah sebabnya pinggangku dipenuhi rasa nyeri.
Rasa sakit mencekam aku seperti rasa sakit perempuan yang akan bersalin.
Aku terbongkok-bongkok sehingga tidak mendengar,
aku gementar sehingga tidak melihat.
4Hatiku goyah, rasa ngeri melanda aku.
Senjakala yang kurindukan berubah menjadi kegentaran bagiku.
5Orang mengatur meja, menata permaidani, makan, dan minum.
Tiba-tiba terdengar:
“Bangkitlah, wahai para panglima, minyakilah perisai!”
6Beginilah firman Tuhan kepadaku,
“Pergilah, tempatkanlah seorang pengintip.
Mintalah dia melaporkan apa yang dilihatnya.
7Apabila dia melihat rata dengan kuda berpasang-pasangan, pasukan keldai,
dan pasukan unta, mintalah dia mengamati baik-baik,
dengan penuh perhatian.”
8Lalu pengintip itu berseru seperti singa,
“Aku sentiasa berdiri, ya tuanku,
di menara tinjau pada siang hari,
dan aku ditempatkan di menara pengawal sepanjang malam!
9 # Why 14:8; 18:2. Lihat, itu sudah datang seorang pengendali rata
dengan kuda berpasang-pasangan!
Lalu ia berkata,
‘Sudah jatuh! Sudah jatuh Babel!
Segala patung berhala#21:9 Atau: Tuhan-tuhan ukiran. ukirannya hancur berserakan di tanah!’ ”
10wahai bangsaku,
yang dipijak-pijak bagai tangkai di tempat pembantingan,
apa yang kudengar daripada TUHAN alam semesta, Allah Israel,
telah kuberitahukan kepadamu.
Pernyataan ilahi tentang Duma
11Pernyataan ilahi tentang Duma. Ada seorang yang berseru kepadaku dari Seir,
“Wahai pengawal, sudah berapa larutkah malam ini?
wahai pengawal, sudah berapa larutkah malam ini?”
12Jawab pengawal itu,
“Pagi akan datang, dan malam juga.
Kalau kamu mahu bertanya,
datanglah bertanya lagi!”
Pernyataan ilahi tentang Tanah Arab
13Pernyataan ilahi tentang Tanah Arab.
Di dalam belukar di Jazirah Arab
kamu akan bermalam,
wahai kafilah-kafilah orang Dedan!
14Bawalah air menyongsong orang yang dahaga,
wahai penduduk Tanah Tema,
sambutlah pelarian dengan membawa roti.
15Mereka lari menghindari pedang,
menghindari pedang yang terhunus,
menghindari busur yang dilenturkan,
dan menghindari peperangan yang sengit.
16Beginilah firman Tuhan kepadaku, “Dalam waktu setahun berdasarkan tahun kerja orang upahan, segala kemuliaan Kedar akan berakhir. 17Akan sedikit sahaja jumlah saki-baki para pemanah, iaitu para kesateria bani Kedar, kerana TUHAN, Allah Israel, telah berfirman.”

Terpilih Sekarang Ini:

Yesaya 21: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami