2 Samuel 6

6
Daud membawa tabut ke Yerusalem
1Sekali lagi Daud menghimpunkan semua orang pilihan dari Israel, jumlahnya seramai tiga puluh ribu orang. 2#Kel 25:22.Kemudian Daud dan seluruh rakyat bersiap-siap lalu berjalan dari Baale-Yehuda, untuk mengangkut dari sana tabut Allah, yang disebut dengan nama TUHAN alam semesta yang bertakhta di atas kerubin. 3#1Sam 7:1,2.Mereka menaikkan tabut Allah itu ke atas sebuah pedati baru dan mengangkutnya dari rumah Abinadab, yang terletak di bukit. Uza dan Ahio, anak-anak Abinadab, mengendalikan pedati baru itu 4bersama-sama tabut Allah yang diangkut mereka dari rumah Abinadab di bukit. Ahio berjalan di depan tabut itu, 5sementara Daud dan seluruh keturunan kaum Israel menari-nari di hadapan TUHAN dengan diiringi nyanyian serta alat muzik kecapi, gambus, rebana, kerincing dan ceracap.
6Ketika mereka sampai di tempat pembantingan bijirin Nakhon, Uza menghulurkan tangannya untuk memegang tabut Allah, kerana lembu-lembu pedati itu tergelincir. 7Lalu menyalalah murka TUHAN terhadap Uza. Allah mengajar#6:7 Mengajar: Memukul demi menghukum atau membinasakan. dia di sana kerana kesalahannya itu, dan matilah dia di sana, berdekatan dengan tabut Allah. 8Daud berasa kesal kerana TUHAN telah menyambar Uza. Itulah sebabnya tempat itu disebut Peres-Uza sampai hari ini.
9Namun begitu, pada hari itu Daud menjadi takut kepada TUHAN, katanya, “Bagaimanakah mungkin tabut TUHAN itu dapat sampai kepadaku?” 10Oleh sebab itu Daud tidak mahu memindahkan tabut TUHAN ke tempatnya, di Kota Daud, tetapi Daud menyinggahkannya di rumah Obed-Edom, orang Gat. 11#1Taw 26:4,5.Tiga bulan lamanya tabut TUHAN tinggal di rumah Obed-Edom, orang Gat itu, dan TUHAN memberkati Obed-Edom serta seluruh keluarganya.
12Kemudian kepada Raja Daud dikhabarkan demikian, “TUHAN memberkati keluarga Obed-Edom dan semua miliknya kerana tabut Allah itu.” Maka pergilah Daud mengangkut tabut Allah itu dari rumah Obed-Edom ke Kota Daud dengan penuh sukacita. 13Apabila para pengangkat tabut TUHAN itu melangkah maju enam langkah, dia mengorbankan seekor lembu dan seekor anak lembu yang tambun. 14Sebagai ungkapan syukur kepada TUHAN, Daud menari-nari dengan penuh semangat. Dia memakai jubah efod daripada kain linen. 15Demikianlah Daud dan seluruh keturunan kaum Israel mengangkut tabut TUHAN dengan sorak-sorai diiringi bunyi sangkakala.
16Ketika tabut TUHAN memasuki Kota Daud, Mikhal anak Saul melihat melalui jendela lalu terlihat betapa Raja Daud sedang melompat-lompat serta menari-nari di hadapan TUHAN. Lalu dalam hatinya dia memandang rendah terhadap Daud. 17Tabut TUHAN itu dibawa masuk, lalu diletakkan di tempatnya, di dalam khemah yang dibentangkan Daud untuk itu, kemudian Daud mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian di hadapan TUHAN. 18Setelah Daud selesai mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian, dia memohonkan berkat bagi bangsa itu dengan nama TUHAN alam semesta. 19#1Taw 16:43.Kemudian dia membahagi-bahagikan makanan kepada seluruh umat itu, iaitu kepada seluruh khalayak Israel itu, baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing sebuku roti, sepotong daging, dan sekeping kuih kismis. Lalu pulanglah seluruh umat itu ke rumah masing-masing.
20Ketika Daud pulang untuk memberkati keluarganya, keluarlah Mikhal anak Saul menemui Daud dan berkata, “Alangkah mulianya raja Israel hari ini! Dia bertelanjang diri di hadapan mata budak-budak perempuan para pegawainya pada hari ini, seperti seorang tidak bertamadun yang bertelanjang diri tanpa rasa malu.”
21Kata Daud kepada Mikhal, “Sebagai tanda syukur aku menari-nari bagi TUHAN yang telah memilih aku dan bukan memilih ayahmu atau sesiapa daripada seluruh keluarganya untuk menjadi pemimpin umat TUHAN, Israel. Dengan itu, aku akan terus menari-nari bagi TUHAN. 22Aku bahkan rela menghinakan diriku lebih lagi daripada itu, dan direndahkan di hadapan mataku sendiri. Tentang budak-budak perempuan yang kaukatakan itu, justeru daripada merekalah aku akan diberi hormat.”
23Mikhal anak Saul tidak mempunyai anak sampai hari kematiannya.

Terpilih Sekarang Ini:

2 Samuel 6: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami