Sekali lagi Daud menghimpunkan semua orang pilihan dari Israel, jumlahnya seramai tiga puluh ribu orang. Kemudian Daud dan seluruh rakyat bersiap-siap lalu berjalan dari Baale-Yehuda, untuk mengangkut dari sana tabut Allah, yang disebut dengan nama TUHAN alam semesta yang bertakhta di atas kerubin. Mereka menaikkan tabut Allah itu ke atas sebuah pedati baru dan mengangkutnya dari rumah Abinadab, yang terletak di bukit. Uza dan Ahio, anak-anak Abinadab, mengendalikan pedati baru itu bersama-sama tabut Allah yang diangkut mereka dari rumah Abinadab di bukit. Ahio berjalan di depan tabut itu, sementara Daud dan seluruh keturunan kaum Israel menari-nari di hadapan TUHAN dengan diiringi nyanyian serta alat muzik kecapi, gambus, rebana, kerincing dan ceracap. Ketika mereka sampai di tempat pembantingan bijirin Nakhon, Uza menghulurkan tangannya untuk memegang tabut Allah, kerana lembu-lembu pedati itu tergelincir. Lalu menyalalah murka TUHAN terhadap Uza. Allah mengajar dia di sana kerana kesalahannya itu, dan matilah dia di sana, berdekatan dengan tabut Allah. Daud berasa kesal kerana TUHAN telah menyambar Uza. Itulah sebabnya tempat itu disebut Peres-Uza sampai hari ini. Namun begitu, pada hari itu Daud menjadi takut kepada TUHAN, katanya, “Bagaimanakah mungkin tabut TUHAN itu dapat sampai kepadaku?”
Baca 2 Samuel 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 Samuel 6:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video