1 Yohanes 1

1
Firman Tuhan yang hidup
1 # Yoh 1:1. Apa yang telah wujud sejak mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat, dan yang telah kami sentuh dengan tangan — itulah yang kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup. 2#Yoh 1:14.Hidup itu telah ditunjukkan; kami telah melihat, dan memberikan kesaksian, serta memberitahumu tentang hidup kekal bersama Bapa yang telah ditunjukkan kepada kami. 3Kami memberitahumu apa yang telah kami lihat dan dengar, supaya kamu juga dapat bersaudara dengan kami. Sesungguhnya, kami hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Anak-Nya Yesus Kristus. 4Kami menulis tentang segala ini kepadamu supaya kebahagiaanmu sempurna.
Allah itu cahaya
5Inilah perutusan yang telah kami dengar daripada-Nya dan sampaikan kepadamu: Allah itu cahaya; dan sama sekali tiada kegelapan dalam-Nya. 6Sekiranya kita mengatakan bahawa kita hidup dalam keakraban dengan-Nya sedangkan kita melangkah dalam kegelapan, maka kita berdusta dan tidak mengamalkan kebenaran. 7Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Yesus, Anak-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa.
8Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita. 9Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan. 10Namun sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak pernah berdosa, kita menuduh Allah itu pendusta, dan firman-Nya tidak ada dalam diri kita.

Terpilih Sekarang Ini:

1 Yohanes 1: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami