Info Pelan

Garam Dan CahayaSampel

Salt And Light

HARI 5 DARIPADA 5

Apakah yang Yesus mahu kita faham tentang tujuan kita semasa Dia menggambarkan Jemaat sebagai "garam dunia?"


Betapa baikkah kita dalam membenarkan Kristus bersinar melalui kita dalam kata-kata dan perbuatan? Apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil, secara individu dan sebagai sebuah gereja, demi menjadi lebih taat dan efektif dalam kesaksian kita tentang Yesus? 


Barangkali menjadi garam bermaksud menyatakan kesanggupan untuk berdoa untuk negara yang hancur akibat peperangan. Berkemungkinan menjadi cahaya bermaksud berkorban untuk golongan yang hidup dalam kemiskinan. Jemaat harus mencari keadilan untuk golongan yang tertindas dan mengasihi golongan yang terpinggir oleh masyarakat, seperti yang dilakukan Yesus.


Dalam Generous Justice, Tim Keller, seorang pastor dan ahli teologi, menulis, "Apabila Alkitab berbicara tentang berlaku adil, ia bermaksud hidup dalam cara yang mewujudkan sebuah komuniti yang kuat di mana orang boleh berkembang subur, untuk membaiki struktur shalom yang terhakis. Ini berlaku apabila kita memfokus pada keperluan golongan miskin."


Yesus telah memanggil dan mengarahkan gereja untuk melibatkan diri dalam misi Allah untuk menebus dan memulihkan seluruh ciptaan. Untuk renungan kumpulan kecil tentang menjadi Garam & Cahaya, muat turun kajian mendalam Tearfund. What's My Part: Finding Your Place In The Mission Of God.

Hari 4

Perihal Pelan

Salt And Light

Yesus memanggil Jemaat untuk menjadi garam dunia dan cahaya bagi dunia - sifat-sifat yang penting untuk kehidupan yang berkelimpahan. Pengajian ini menerokai cara kita dimaksudkan untuk hidup sebagai garam dan cahaya dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami