Info Pelan

Garam Dan CahayaSampel

Salt And Light

HARI 1 DARIPADA 5

Yesus menggambarkan gereja sebagai garam dan cahaya. Ramuan yang penting untuk kesejahteraan manusia. Dapatkah anda bayangkan keadaan dunia ini tanpa garam dan cahaya?


Penyanyi dan pencipta lagu, Rich Mullins, pernah berkata, "Iman tanpa perbuatan bagaikan lagu yang tidak dapat dinyanyikan."


Yesus memanggil gereja tempatan untuk memainkan peranan yang penting dalam membawakan hidup kepada komunitinya. Demi memenuhi panggilan ini secara efektif, adalah penting untuk mengekalkan sifat tersendiri kita. 


Dalam buku, When Helping Hurts, Brian Fikkert menulis, "Kita tidak boleh mengharapkan transformasi orang tanpa penglibatan gereja tempatan dan pengkhabaran verbal injil yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya."


Petikan ini membantu kita untuk sedar betapa mendesaknya panggilan kita. Yesus telah menyatakan tujuan Jemaat sebagai pembawa kurnia Allah, di mana tanpanya hidup yang sejati adalah mustahil.


Apabila dunia kita menjadi semakin gelap dan tawar, bagaimanakah kita terus bersinar? Bagaimanakah kita mengekalkan rasa kita? 

Hari 2

Perihal Pelan

Salt And Light

Yesus memanggil Jemaat untuk menjadi garam dunia dan cahaya bagi dunia - sifat-sifat yang penting untuk kehidupan yang berkelimpahan. Pengajian ini menerokai cara kita dimaksudkan untuk hidup sebagai garam dan cahaya dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami