Info Pelan

Garam Dan CahayaSampel

Salt And Light

HARI 4 DARIPADA 5

Apabila Jemaat bertindak sebagai garam dan cahaya, ia mengubah kehidupan. Demikianlah keadaannya dengan Elizabeth, seorang nenek kepada 14 orang cucu, yang berumur 64 tahun dan menetap di Uganda. Lapan tahun yang lepas, gerejanya mula menggunakan prinsip-prinsip Tearfund yang membantu gereja tempatan bekerja dalam komuniti mereka untuk menangani keperluan menggunakan sumber sendiri.


Komuniti Elizabeth menemui semula tujuan Allah terhadap kehidupan mereka. Dia berkata: "Mengkaji Alkitab melalui proses ini telah membangunkan gereja kami."


Daripada berfikir bahawa gereja mereka tidak memiliki apa-apa, mereka mendapati terdapat sumber-sumber yang boleh digunakan. Bersama-sama, komunitinya mengenal pasti masalah terbesar mereka dan mula bekerjasama untuk mengubah keadaan.


Sebelumnya, kekurangan air merupakan satu isu. Mereka perlu berjalan sejauh tiga batu pada setiap hari untuk memperoleh air untuk memasak, membasuh dan dijadikan air minum. Proses ini telah menyebabkan mereka untuk menggalikan perigi yang lebih dekat kepada rumah mereka. 


Mereka juga menghadapi kadar kematian ibu bersalin yang amat tinggi. Klinik yang terdekat terletak sejauh lapan batu, maka, jika seseorang ibu hendak bersalin pada waktu malam, tiada caranya untuk mendapatkan bantuan. Jadi, komunitinya telah melatih sepuluh orang bidan kampung. 


Banyak perkara telah berubah dalam komuniti Elizabeth. Kini, mereka menggunakan batu-bata untuk membina rumah yang lebih selamat, memelihara lebih banyak ternakan, menggali kolam ikan, menanam pokok sitrus, dan mengusahakan tanaman. Transformasi yang luar biasa telah berlaku dalam komuniti mereka kerana Jemaat mencuba menjadi berbeza, untuk menjadi tangan dan kaki Yesus.



Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Salt And Light

Yesus memanggil Jemaat untuk menjadi garam dunia dan cahaya bagi dunia - sifat-sifat yang penting untuk kehidupan yang berkelimpahan. Pengajian ini menerokai cara kita dimaksudkan untuk hidup sebagai garam dan cahaya dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami