Info Pelan

Allah Ialah _______Sampel

God Is _______

HARI 6 DARIPADA 6

Siapakah Allah Bagi Anda?


Bayangkan dua orang adik-beradik menggambarkan bapa mereka. Seorang anak mungkin menumpukan perhatian pada sikap bapanya yang lucu, konsisten, atau penyayang, sementara anak yang seorang lagi mungkin menumpukan perhatian pada etika kerja, kebolehpercayaan, atau kesabarannya. Kedua-dua anak ini menggambarkan orang yang sama, tetapi setiap seorangnya mempunyai pengalaman unik yang mempengaruhi cara mereka memandang bapa mereka.


Demikian juga, semua anak Allah mengalami-Nya secara berbeza, oleh itu sesetengah orang mungkin lebih tertumpu pada kekudusan dan kuasa Allah, sementara yang lain menumpukan perhatian pada rahmat dan belas kasihan Allah. Walau bagaimanapun, Allah ialah Bapa yang sempurna, dan sifat-Nya adalah konsisten dengan Firman-Nya.


Allah juga menyatakan diri-Nya secara peribadi kepada kita. Maka, cara anda menggambarkan Allah mungkin tidak sama dengan gambaran kawan anda, dan itu adalah okey! Hal yang penting adalah kita sentiasa ingin memastikan bahawa pandangan kita akan Allah memadani Firman-Nya.


Disebabkan kita melihat Allah bekerja secara berbeza dalam kehidupan kita, bersama-sama kita memberikan gambaran yang menyeluruh tentang siapa Dia itu. Barangkali semasa musim sakit, anda mengalami Allah sebagai Penyembuh, sementara kawan anda mempunyai cerita yang mengagumkan tentang Allah sebagai Pemeliharanya. Kedua-dua pengalaman itu menguatkan iman kita dan membantu kita untuk lebih memahami siapa Allah itu.


Pemazmur memberikan contoh yang baik tentang ini. Kita menemui nyanyian ratapan dan nyanyian pujian, setiap satunya memfokus pada hal yang berbeza tentang Allah. Kita menemui Allah yang merupakan Penghibur dan Pelindung semasa kesusahan dan juga Allah yang merupakan sumber sukacita kita.


Masalah timbul apabila kita mendasarkan pandangan kita akan Allah pada keadaan kita dan bukannya mencari Allah di tengah-tengah keadaan kita. Apabila kita memandang Allah melalui perasaan peribadi kita pada suatu waktu tertentu, kita akan menemui allah yang kedengaran seperti kita. Ataupun, kita akan mencipta allah yang wujud untuk memenuhi agenda kita.


Namun, apabila kita memilih untuk mempertimbangkan sifat sebenar Allah di tengah-tengah keadaan kita, pada ketika itulah kita akan menemui harapan, kedamaian, penghiburan, dan sukacita.


Jadi, siapakah Allah bagi anda?


Menemui jawapan itu mungkinlah pencarian sepanjang hayat, tetapi ia akan menjadi soalan yang paling penting untuk dipertimbangkan.


Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau tidak terbatas dan mesra. Saya mengenali-Mu sebagai ______, dan saya percaya bahawa Engkau adalah _____. Tolonglah saya untuk membetulkan dan mengatasi sebarang bohong yang saya masih percaya tentang Engkau, dan berikan saya lebih banyak pengalaman yang menunjukkan sifat sebenar-Mu. Tolonglah saya untuk berhenti mendasarkan pandangan saya tentang-Mu pada keadaan hidup saya dan mula mencari-Mu di tengah-tengah keadaan saya. Dalam nama Yesus, amin.


Cabaran: Rujuk semula senarai anda pada hari pertama. Apakah yang ingin anda tambahkan kepada senarai itu? Fikir tentang pengalaman peribadi anda dengan Allah berhubung dengan setiap sifat-Nya. Tuliskan nota tentangnya untuk mengingatkan diri apabila anda mempertikaikan sifat-Nya.


Pelan Alkitab ini menyertai siri khutbah daripada Life.Church oleh Pastor Craig Groeschel. Terokai lebih banyak lagi di www.life.church/Godis


Hari 5

Perihal Pelan

God Is _______

Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami