Info Pelan

Allah Ialah _______Sampel

God Is _______

HARI 2 DARIPADA 6

Allah Berbelas Kasihan


Oleh itu, marilah kita dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah, kerana di situ rahmat-Nya melimpah. Di situ kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan. Ibrani 4:16 BM

Seperti yang dibincangkan semalam, Allah sentiasa mengejar kita, meskipun semasa kita tidak patut menerimanya. Sifat itu ialah ciri belas kasihan-Nya.


Semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah, lalu mewujudkan halangan antara kita dan Allah kita yang kudus dan sempurna. Walau bagaimanapun, dalam belas kasihan Allah, Dia telah mengutus Yesus untuk menanggung hukuman yang patut kita terima—kematian—dan membuka jalan untuk kehidupan kekal bersama dengan-Nya.


Maka, belas kasihan Allah bermaksud kita tidak menerima apa yang kita patut terima. Namun, ia tidak berhenti di sana.
Belas kasihan Allah bukan tentang memberikan kita jalan keluar sahaja. Malah, ia adalah tentang Allah yang memasuki hidup kita. Dia bukan sahaja menghapuskan dosa kita, Dia telah mengutus Anak-Nya. Dia membuka jalan dengan menemui kita di mana jua kita berada, dalam keadaan kita yang seadanya.


Yesus datang sebagai Imanuel: Allah menyertai kita. Dia mengalami setiap emosi manusia, dan kehidupan duniawi-Nya ialah bukti keinginan Allah untuk mendekati kita. Dalam kedekatan itu, kita menemukan belas kasihan Allah.


Sepanjang Injil, kita melihat beberapa contoh orang yang meminta Yesus agar "berbelas kasihan" terhadap mereka. Satu contoh yang berkuasa dikisahkan dalam Lukas 17 ketika beberapa orang berpenyakit kusta mendekati Yesus.


Dalam konteks zaman itu, penyakit kusta menjadikan pesakit itu orang terbuang yang diperlakukan sebagai paria. Berdasarkan hukum Imamat, mereka dianggap najis, maksudnya sesiapa yang menyentuh mereka akan menjadi najis juga.


Namun, sebagai penjelmaan Allah, Yesus adalah suci. Dia suci, kudus, dan sempurna. Semasa orang berpenyakit kusta itu mendekati-Nya, mereka berseru agar Yesus mengasihani mereka. Yesus mengarahkan mereka untuk pergi berjumpa dengan imam—protokol menurut hukum. Dalam perjalanan mereka itu, mereka disembuhkan.


Pada asasnya, Yesus memenuhi hukum secara terbalik. Daripada menjadi najis dengan menyentuh mereka, Dia telah memindahkan kekudusan-Nya untuk menutupi kenajisan mereka.


Itu merupakan simbol sempurna apa yang telah dilakukan oleh Yesus bagi kita melalui kematian dan kebangkitan-Nya. Allah bukan sahaja menghapuskan dosa, kesakitan, dan keremukan kita—Dia menemui kita di tengah-tengah semua itu melalui Yesus. Apabila kita menerima keselamatan dalam Kristus, kita mengalami belas kasihan Allah.


Walau bagaimanapun, ia adalah lebih daripada itu. Kita bukan sahaja mengalami belas kasihan Allah melalui keselamatan kita malah juga semasa penderitaan, kesedihan, dan keterdesakan kita—seperti orang berpenyakit kusta tersebut. Jadi, jika anda menghadapi musim yang sukar sekarang ini, berserulah kepada Allah agar mengasihani anda. Dia menyertai anda. Dia ada dekat. Dia berupaya menyembuh, memulih, dan menebus.


Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau amat berbelas kasihan terhadap kita. Terima kasih kerana Yesus. Terima kasih kerana Engkau menjadi Allah yang ingin mendekati kita, walaupun kita tidak patut menerima belas kasihan-Mu. Berilah saya penglihatan untuk melihat belas kasihan-Mu di tengah-tengah penderitaan, dan tolonglah saya untuk memberikan kasih berbelas kasihan seperti itu kepada orang di sekeliling saya. Dalam nama Yesus, amin.


Cabaran: Carilah peluang untuk melihat belas kasihan Allah dalam hidup anda dan berbelas kasihan kepada orang lain hari ini.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

God Is _______

Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami