Info Pelan

Allah Ialah _______Sampel

God Is _______

HARI 1 DARIPADA 6

Siapakah Allah?


Allah ialah _______.


Apakah perkataan yang terlintas di fikiran anda dengan serta-merta? Barangkali anda mengenali Allah sebagai Bapa anda yang penyayang. Barangkali anda pernah merasai Allah sebagai Penyembuh atau Pemelihara. Ataupun, anda berpendapat Allah bersifat jauh, marah, atau suka menilai.


Macam mana cara pun anda menjawabnya, pandangan anda tentang Allah adalah penting dalam hidup anda. Sebenarnya, pastor dan penulis yang terkenal A.W. Tozer menulis, "Hal yang terlintas di fikiran kita semasa kita fikir tentang Allah ialah hal yang paling penting tentang kita."


Pandangan kita tentang Allah mempengaruhi cara kita memandang diri sendiri, orang lain, dan dunia di sekeliling kita. Itulah sebabnya mengapa adalah sangat penting untuk membina asas siapa Allah itu berdasarkan kebenaran Firman-Nya yang tidak berubah-ubah—bukan berdasarkan perasaan sementara kita.


Mungkin anda pernah mengalami kesedihan, kehilangan, atau kekecewaan yang meninggalkan anda marah pada Allah atau luka kerana-Nya. Mungkin anda menemui orang Kristian lain yang membuat anda rasa dinilai dan dikutuk, jadi anda fikir Allah jugalah begitu. Mungkin anda pernah berdoa atau berhubung dengan Allah, tetapi anda tidak merasai apa-apa, maka anda fikir Dia bersikap jauh, dingin, atau tidak mengambil berat tentang anda.


Pengalaman dan emosi tersebut adalah sah, tetapi ia bukanlah pernyataan sifat Allah yang tepat.


Sebenarnya, pemutarbalikkan pandangan kita akan Allah ialah salah satu taktik musuh sejak permulaannya. Di Taman Eden yang sempurna, Allah berjalan dengan Adam dan Hawa, memberikan mereka satu sekatan sahaja: Jangan makan buah daripada pokok yang memberikan pengetahuan. Namun, musuh itu menyerbu Hawa dan menanya Hawa benarkah Allah melarangnya daripada berbuat demikian, kemudian meyakinkannya bahawa Allah menyembunyikan sesuatu yang ia betul-betul perlukan.


Akibatnya, Hawa memakan buah itu, dan dosa memasuki dunia, memutuskan hubungan kita dengan Allah.


Walau bagaimanapun, melalui semua ini, sifat Allah tidak pernah berubah. Dia dengan penuh kasih sayang menyediakan pakaian untuk Adam dan Hawa, yang membayangkan pengorbanan penyayang-Nya yang terbesar: mengutus Anak-Nya yang sempurna, Yesus, untuk menjalankan kehidupan yang tidak berdosa dan mati di tempat kita untuk memulihkan hubungan kita dengan-Nya.


Ada kalanya memang menggoda untuk berfikir bahawa Allah Perjanjian Lama bersifat suka menilai dan hanya dalam Perjanjian Barulah kita melihat belas kasihan melalui Yesus. Sebenarnya, Allah sentiasa mengejar orang yang berdosa dengan kebaikan-Nya sebelum kita mencari-Nya. Dia selalu setia dalam menggenapi janji-Nya. Dia sentiasa adil dan berbelas kasihan, kudus dan penyayang, berdaulat dan tidak berubah-ubah.


Sifat Allah adalah terlalu mendalam, kaya, dan besar untuk digambarkan sepenuhnya, tetapi kita melihat bayangannya sepanjang Alkitab.


Maka, semasa anda berfikir tentang Allah, berfikir-fikirlah bagaimana anda membentuk pandangan anda tentang Dia. Adakah ia berdasarkan kebenaran Firman-Nya atau penderitaan pengalaman lalu anda?


Dalam beberapa hari seterusnya, kita akan meneliti beberapa sifat Allah daripada Alkitab. Semasa kita membongkarnya, mintalah Allah untuk menyatakan diri-Nya kepada anda. Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, ketahuilah ini: Allah alam semesta ini telah mencipta anda, mengasihi anda, dan sedang mengejar anda secara aktif.


Doa: Allah, saya sedar bahawa pandangan saya tentang siapa Engkau kerapnya berdasarkan maklumat yang tidak lengkap. Tunjukkan sebarang bohong yang saya percaya tentang-Mu dan gantikannya dengan kebenaran. Nyatakan lebih banyak tentang diri-Mu dan sifat-Mu kepada saya hari ini. Dalam nama Yesus, amin.


Cabaran: Lengkapkan kenyataan ini: Allah ialah _______. Tuliskan sebanyak mungkin perkataan yang dapat anda fikirkan, kemudian carilah ayat Alkitab sertaan yang menyokongnya.


Hari 2

Perihal Pelan

God Is _______

Siapakah Allah? Kita mempunyai jawapan yang berbeza, tetapi bagaimanakah kita mengetahui hal yang benar? Walau apa pun pengalaman anda dengan Allah, orang Kristian, atau gereja, sudah tiba masanya untuk menemui Allah yan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami