Info Pelan

Watak Paska: Simon PetrusSampel

The Characters of Easter: Simon Peter

HARI 8 DARIPADA 10

Iman yang suka mengikut gerak hati yang telah membuat Petrus lompat dari perahu dan berjalan atas air, untuk menyatakan pengesahan ketuhanan Yesus, adalah iman yang sama yang membuat Petrus terus mengikuti Yesus apabila orang lain melarikan diri. Jadi Petrus berdiri berdekatan api unggun di halaman rumah itu, barangkali berasa gelisah. Sudah gelap, mungkin orang lain tidak nampaknya. Barangkali ia cuba untuk tidak menarik perhatian, tetapi itu adalah mustahil. Seorang hamba perempuan mendekatinya dan menanya, "Bukankah kamu salah seorang pengikut orang itu?" 



Ia mungkin cuba mendiamkan perempuan itu supaya orang lain tidak mendengarnya lalu mendedahkan identitinya, agar ia dapat tinggal di sana. Namun, ia seorang nelayan, bukan pengintip. Dia ialah Petrus, orang Galilea dengan telor yang pekat. Jadi, Petrus melarikan diri dari sana dan berlegar-legar di pintu masuk halaman itu. 



Salah seorang saudara kepada hamba yang telinganya dikerat oleh Petrus berkata, "Bukankah kamu yang aku lihat di taman itu bersama-sama dia?" Pada waktu ini, identiti Petrus didedahkan. Ia terdedah di hadapan penuduhnya dan ia berasa cemas. Maksud saya, jika telinga bapa saudara anda dikerat, anda pasti dapat mengecam orang yang menghunuskan pedang itu, bukan? Jadi, Petrus mengambil jalan keluar dengan bahasa laut, menyumpah, kehidupan lamanya kembali semula. Pada detik penentuan inilah kata-kata Yesus pada malam sebelumnya bergema dan menusuk jiwanya. Ayam berkokok lagi. 



Injil mencatatkan versi tersendiri untuk cerita ini, tetapi Lukas, seorang wartawan yang teliti, mencatatkan butir-butir yang sangat terperinci: bagaimanapun Petrus berada dalam jarak penglihatan Yesus. "Tuhan pun berpaling dan memandang Petrus" (Lukas 22:61). Anda dapat membaca luka dan sakit dalam kata-kata tersebut. Hubungan mata itu, kesakitan pada wajah Yesus, putus asa yang kini melanda hati Petrus. Pemuda yang bangga dan yakin pada diri sendiri pada suatu masa dulu, berputus harapan sepenuhnya sekarang ini. Kemudiannya, Lukas mencatatkan bahawa Petrus "menangis tersedu-sedu" (Lukas 22:62). 



Pernahkah anda menangis tersedu-sedu? Saya pernah. Konfrontasi yang sebenar dengan salib Kristus akan membuat anda menangis tersedu-sedu, mendedahkan kemegahan dan mampu diri kita, dosa yang merosakkan jiwa kita. Sama ada anda mendekati Yesus dengan pencapaian dan hidup yang cinta sesama manusia ataupun sorong maju dengan tidak lancar dan hidup yang memalukan, Kalvari akan meremukkan anda, namun, ia juga akan mengangkat anda. 


Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

The Characters of Easter: Simon Peter

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-characters-of-easter/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami