Info Pelan

Watak Paska: Simon PetrusSampel

The Characters of Easter: Simon Peter

HARI 10 DARIPADA 10

  



Kekosongan dan kepenuhan menyifatkan kehidupan Petrus: jala yang kosong, diri yang kosong, kubur yang kosong. Jala yang kosong adalah tanda kegagalan profesional dan bagi pedagang Galilea, tiada tanda kerugian yang lebih besar daripada jala yang kosong. Jala yang kosong bermaksud tiada hasil untuk dijual dan diperdagangkan. Ini memaksudkan dompet yang kosong, perut yang kosong, dan rumah yang kosong. Yesus memasuki kehidupan Petrus, pada permulaan panggilan pelayanannya dan pada akhirnya, memenuhi jalanya yang kosong. 



Walau bagaimanapun, ini cumalah cara terkecil yang digunakan oleh Kristus untuk memenuhi kekosongan dalam kehidupan Petrus. Jiwa Petrus, di pantai pada hari itu, jugalah ketandusan. Ia mengecewakan Yesus dalam cara yang paling teruk pada waktu yang paling teruk. Berita kebangkitan adalah pahit dan manis. Manis kerana orang yang dikasihinya tidak ditewaskan oleh paku Roma dan rancangan iblis. Pahit kerana Petrus perlu berhadapan dengan sahabat yang telah dikhianatinya. Namun, satu tempat lain yang kosong—kubur yang dipinjam di luar kota—itulah yang telah menyembuhkan rasa malu dalam jiwa murid ini. Bagi Yesus, apabila Dia berjalan keluar dari kubur itu, Dia berjalan ke dalam kemenangan menentang dosa, dosa yang merosakkan hati dan menjadikan orang bangga pengecut. Dilucutkan kepastian kendirinya, kehilangan keyakinan, dilucutkan kemegahan, kini Petrus boleh dipenuhi dengan kuasa yang berbeza, kuasa yang membolehkannya untuk melawan pembuli agama, mengkhabarkan injil kepada ribuan orang, dan suatu hari nanti disalibkan terbalik demi Tuhan sama yang telah dikhianatinya sebelum ini. 



Apakah yang memberikan Petrus keberanian? Pandangan Yesus semasa Dia menderita sakit. Jenis keselamatan sama yang memberikan kita keberanian. Beberapa tahun kemudiannya, sebagai Rasul yang tua, ia menulis: "Kristus sendiri memikul dosa kita pada tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Allah. Luka-luka Kristuslah yang menyembuhkan kamu."



Yesus datang dan memenuhi kita dengan kasih kurnia luar biasa untuk membolehkan kehidupan-Nya dijalankan melalui kita hanya apabila jala kita menjadi kosong, hanya apabila semua agama yang menyelamatkan diri, mewajarkan diri, memuaskan diri hilang dan apabila kita betul-betul ketandusan. 



Kami berharap anda menggemari pelan 10 hari ini daripada Dan Darling. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku Characters of Easter, atau mendaftar untuk surat berita Dan, layari danieldarling.com/ 


Hari 9

Perihal Pelan

The Characters of Easter: Simon Peter

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-characters-of-easter/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami