Info Pelan

Watak Paska: Simon PetrusSampel

The Characters of Easter: Simon Peter

HARI 1 DARIPADA 10

Apabila Yesus berjumpa dengan Simon, ia bukanlah Petrus yang kita kenali, orang kudus yang namanya digunakan untuk menamakan kanak-kanak, gereja dan kota. Ia ialah Simon dan ia tidak mencari-cari Yesus. Sebaliknya, ia sibuk menjaja sebagai nelayan perdagangan di pesisir Tasik Genesaret. Simon dan saudaranya Andreas adalah sebahagian daripada kumpulan nelayan yang terdiri daripada satu lagi adik-beradik, Yakobus dan Yohanes. Pesisir Galilea adalah segala sesuatu yang diketahui oleh saudara tersebut, kerana mereka membesar di Betsaida, di bahagian barat laut pesisir Galilea. 



Menurut kata orang, Simon berkembang maju di Kapernaum, mencari nafkah dengan menangkap ikan dan menjualnya di pasar tempatan atau dihantar ke Damsyik melalui lebuh raya Roma dan dieksport ke pelabuhan di seluruh Empayar Roma sepanjang Mediterranean. Ia memiliki sebuah rumah dan sudah berkahwin (Lukas 4:38-39). Simon nampaknya tidak kaya atau miskin tetapi menjalankan kehidupan yang agak memuaskan. Seperti kebanyakan daripada kita: seorang yang biasa di tempat yang biasa pada suatu tempoh yang, dianggapnya, waktu yang biasa. 



Yesus menghabiskan sebahagian besar daripada pelayanan-Nya di Galilea. Mereka ialah umat-Nya: kasar, garam dunia, dan rajin. Orang Galilea tidak menghiraukan golongan elit yang sofistikated di Yerusalem, dan golongan elit ini juga memandang rendah terhadap orang Galilea. Anak Nasaret di bahagian barat daya Galilea, Yesus menjadikan Kapernaum tapak operasi-Nya. Sebagaimana Allah telah memilih sebuah tempat yang sederhana—Betlehem—untuk kemasukan Yesus ke dunia ini, maka Tukang Agung ini telah memilih untuk membina pergerakan baru-Nya daripada orang Galilea yang mentah dan kasar. Sini bukanlah tempat biasa untuk merekrut jika anda ingin membina suatu pergerakan yang akan menggemparkan dunia, tetapi Kristus kerap menarik murid-murid-Nya dari tempat yang pelik. 



Kita tidak tahu secara tepat bila Yesus tiba di kota. Pernahkah Dia melewati Simon di pasar atau duduk di sebelahnya di rumah ibadat? Dalam interaksi sehari-hari, mereka tidak akan perasan akan apa-apa yang luar biasa tentang tukang kayu di kota ini. Yesus tidak mempunyai halo di atas kepala-Nya dan tiada anak panah yang menunjuk ke arah muka-Nya, memberitahu orang bahawa Dia ialah Anak Allah. Nampaknya, pemburuan Yesus akan Petrus berlaku secara sabar, sekali-sekala, sebagaimana Dia menghampiri kita, berbual-bual di sini, berbual-bual di sana. Namun, secara terus terang, "Hound of Heaven" (Pemburu Syurga), gelaran yang diberikan oleh C. S. Lewis dan pemuisi Francis Thompson, tidak henti-henti memburu orang Galilea yang mudah naik berang ini. 


Hari 2

Perihal Pelan

The Characters of Easter: Simon Peter

Petrus hanyalah seorang nelayan dari kawasan mundur Galilea, tetapi ia dicari oleh Yesus dan menjadi batu yang merupakan dasar jemaah. Ia telah menyaksikan waktu salib dan kubur kosong yang penting. Sertai penulis Daniel...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.moodypublishers.com/the-characters-of-easter/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami