Info Pelan

Keibubapaan yang Tidak SempurnaSampel

Imperfect Parenting

HARI 5 DARIPADA 6

Perwatakan



Mempunyai perwatakan yang baik adalah lebih daripada fikiran orang lain tentang kita. Perwatakan itu ialah benar-benar siapa kita ini, terutamanya apabila tiada orang di sekeliling kita. Kita semua mempunyai perwatakan. Persoalannya, apakah perwatakan kita? Adakah kita jujur dan baik atau mementingkan diri dan biadab? Memiliki perwatakan yang akan membawa kejayaan dalam hidup kita memerlukan usaha. 



Sama ada perwatakan yang baik hadir dalam kehidupan seseorang itu adalah ketara. Sebagai ibu bapa, kita ingin melihat anak kita berkembang dari segi perwatakan dan menunjukkan "kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri," yang merupakan buah Roh (Galatia 5:22-23 AVB). Jadi, bagaimanakah kita membina perwatakan anak kita? Tunjuk dan terang.



Tunjuk

Jika kita ingin melihat kekuatan dan semangat tidak mudah lentur pada anak kita, kita harus menunjukkannya. Seperti peribahasa, "bapa borek, anak rintik." Anak kita memerhatikan setiap gerak-geri kita, dan jika kita fikir kita dapat menyembunyikan sesuatu daripada mereka, kita mesti berfikir baik-baik. Jika kita mahu mereka menjalani kehidupan yang jujur atau berbaik hati kepada semua orang, maka kita harus hidup seperti itu. Jika anak kita akan menjadi orang yang dapat meminta maaf atas kesilapan mereka, maka kita juga harus menjadi orang macam itu. Walaupun ini bermakna kita meminta maaf kepada mereka dan meminta ampun apabila kita mengecewakan mereka. 



Terang

Selain daripada menunjukkan perwatakan yang baik kepada anak kita, kita mesti mengajar mereka. Kita diberikan masa yang singkat untuk melatih mereka sebelum mereka memulakan kehidupan sendiri. Oleh itu, kita patut menghargai setiap saat itu. Kita harus mengajar mereka untuk bekerja keras dan mendapatkan benda dalam hidup mereka. Mereka akan membuat kesilapan dan gagal, jadi kita membimbing mereka untuk bangun semula dan cuba lagi. Apabila mereka berjaya dalam sesuatu aktiviti, kita menerangkan kepada mereka bahawa mereka sepatutnya bersyukur semasa menerima hadiah dan pujian, bukan bersikap angkuh. 



Kita diberikan tanggungjawab yang besar oleh Allah untuk melatih anak kita di bumi ini. Sebahagian besar daripada itu ialah siapa yang mereka jadi kelak. Dalam hal ini, kita harus memutuskan sama ada lebih penting bagi anak kita untuk berjaya di sekolah, dalam sukan, dan menjadi popular, atau untuk membina perwatakan yang baik. Kita boleh yakin bahawa "penderitaan membina ketabahan, ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan" (Roma 5:3-4 AVB). Walaupun kita tidak dapat menjadikan anak kita orang yang terkenal, kita pasti boleh memainkan peranan kita dan melabur dalam mereka, serta mempercayai Roh Kudus untuk melakukan yang selebihnya. 


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Imperfect Parenting

Tekanan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna membuat banyak daripada kita tidak dapat tidur lena pada malam hari. Kita fikir kita perlu menjadi ibu bapa yang terbaik, dan kita mungkin gementar bahawa kita akan merosakkan...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami