Info Pelan

Keibubapaan yang Tidak SempurnaSampel

Imperfect Parenting

HARI 4 DARIPADA 6

Mengkaji Anak Anda



Kebanyakan daripada kita berpelajaran. Mungkin kita memperoleh diploma sekolah menengah atau memiliki ijazah sarjana muda kolej, ijazah sarjana atau ijazah kedoktoran. Mungkin kita menerima latihan "semasa kerja" yang membantu kita dalam kerjaya kita sekarang ini. Semasa kita mengejar sesuatu untuk memperoleh maklumat pendidikan, ini menjadikan kita berpengetahuan luas dalam bidang tertentu itu. 



Bagaimana kalau kita memiliki dorongan yang sama untuk belajar dan menerapkannya dalam pendidikan anak kita? Bagaimana kalau kita memilih untuk mengkaji anak kita supaya kita dapat "mendidik mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan"? (Efesus 6:4 BM) Kita akan mendapat tahu tentang perkara yang menggalakkan mereka, hal yang mematahkan hati mereka, cara memotivasikan mereka, dan hal yang membuat mereka rasa dikasihi. Ini merupakan usaha yang berbaloi, walau berapa pun umur anak kita. Yang berikut ialah beberapa cadangan untuk membantu anda berbuat demikian.



Ketahui Personaliti Mereka

Ada banyak cara untuk mengetahui personaliti seseorang. Daripada buku dan penilaian yang mengukur personaliti hinggalah yang menunjukkan kelebihan. Adakah anak anda seorang yang ekstravert? Adakah mereka suka merancang? Adakah mereka mudah tersinggung? Perkara seperti ini tidak dimaksudkan untuk melabelkan anak kita, tetapi untuk membantu kita memahami cara mereka memberikan respons terhadap hidup dan hubungan. Janganlah membiarkan sebarang alat untuk mentakrifkan anak kita, tetapi membantu kita untuk lebih mengenali mereka. 



Ketahui Kurnia Rohani Mereka

Setiap pengikut Kristus memiliki sekurang-kurangnya satu kurnia rohani. Ini diberikan kepada kita oleh Roh Kudus menurut kehendak-Nya. Ya, ini termasuk bayi anda atau anak anda yang berumur lima tahun. Mungkin anda sudah melihat sifat tertentu pada anak anda yang membuat anda mengenal pasti kurnia tertentu. Kurnia ini ditentukan oleh Allah, tetapi kita boleh memainkan peranan untuk mengembangkan kurnia rohani anak kita supaya mereka dapat "menggunakan kurnia-kurnia itu untuk kepentingan semua orang" (1 Petrus 4:10 BM). 



Ketahui Bahasa Kasih Mereka

Penulis Gary Chapman telah menulis sebuah buku yang bertajuk The Five Love Languages. Dalam buku itu, Chapman berkongsi bahawa hubungan kita akan menjadi lebih kukuh apabila kita mengetahui cara memberi dan menerima kasih. Beliau menyusuli ini dengan The Five Love Languages of Children, yang membantu ibu bapa belajar menggunakan bahasa kasih anak mereka. Kedua-dua buku tersebut memberikan hikmah dan wawasan yang baik, dan akan membantu kita membongkar cara yang terbaik untuk mengasihi anak kita supaya mereka akan mendengar dan mengalami kasih sayang kita. 



Menjadi pelajar anak anda tidak akan menyempurnakan pendidikan anda, tetapi anda akan mempunyai hubungan yang renggang dan kurang memahami mereka jika anda tidak melakukannya. Oleh itu, hari ini pilihlah untuk melabur dalam pengetahuan peribadi anda tentang anak anda dengan menghabiskan masa bersama dengan mereka, mengkaji mereka, dan tidak lama lagi, anda akan menjadi Dr. Ibu dan Dr. Ayah.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Imperfect Parenting

Tekanan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna membuat banyak daripada kita tidak dapat tidur lena pada malam hari. Kita fikir kita perlu menjadi ibu bapa yang terbaik, dan kita mungkin gementar bahawa kita akan merosakkan...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami