Info Pelan

Keibubapaan yang Tidak SempurnaSampel

Imperfect Parenting

HARI 1 DARIPADA 6

Ibu Bapa Yang Sempurna 



Keibubapaan. Setiap orang mempunyai pengalaman dalam perkara ini kerana kita semua ialah anak seseorang. Sesetengah daripada kita mempunyai pengalaman yang baik dengan ibu bapa kita, manakala yang lain mengalami luka dan penderitaan. Sama ada kita mempunyai pandangan yang positif tentang keibubapaan atau berasa bimbang bahawa kita akan merosakkan segala-galanya, berita baiknya ialah keibubapaan dan kesempurnaan tidak seiring bagi kita. Berita yang lebih baik lagi ialah hanya ada Seorang sahaja yang mengasuh dengan sempurna, dan Dia bersedia untuk membimbing kita. 



Allah terdapat banyak gelaran dalam Alkitab. Dia ialah Allah yang sama, tetapi memainkan peranan yang berbeza. Sebagaimana kita ialah rakan, saudara, atau rakan sekerja, Allah ialah Pencipta, Pembekal, dan Bapa. Disebabkan apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuk kita, kita dipanggil anak Allah. Sebenarnya, kita ialah waris bersama dengan Dia!



Kita tidak dapat menyenaraikan segala-galanya tentang pekerjaan Allah dan siapa Dia itu, tetapi yang berikut merupakan beberapa cara Allah menjadi Bapa kita: 



Dia Mengasihi Kita

Kasih sayang Allah terhadap kita sebagai Bapa adalah sangat besar sehinggakan Dia mengutus Anak-Nya untuk mati kerana dosa kita. Kita boleh bersyukur kepada-Nya atas perbuatan kasih yang luar biasa ini dengan mengikut-Nya sepenuh hati dan berusaha untuk mengasihi orang lain. (1 Yohanes 4:9-11)



Dia Membetulkan Kita

Tiada sesiapa yang suka akan disiplin, kerana disiplin menyakitkan. Namun, jika kita menerima disiplin, kita akan menjadi versi diri yang lebih baik. Sering kali, didisiplin membawa beberapa penerobosan yang terbesar. (Ibrani 12:7-8, 11)



Dia Memelihara Kita

Bapa kita di syurga berjanji untuk memelihara kita. Dia memberitahu kita bahawa kita tidak perlu bimbang bagaimana keperluan kita akan dipenuhi—Dia hanya berkata keperluan ini akan dipenuhi! Marilah kita mencari Kerajaan-Nya dan tidak risau tentang perkara yang lain. (Matius 6:25-34)



Dia Mengampuni Kita 

Kadang kala, kita mungkin berfikir bahawa dosa kita adalah terlalu besar untuk diampuni Allah. Mungkin anda berasa jauh daripada Allah, dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ada berita baik: Dia sentiasa setia untuk mengampuni anda apabila anda mengakui dosa anda kepada-Nya. (Mazmur 103:9-12; 1 Yohanes 1:9)



Dia Menyediakan Kediaman Bagi Kita

Allah mempunyai warisan untuk kita. Berbeza daripada wang dan harta benda duniawi, warisan syurgawi ini tidak akan kehabisan. Malah sekarang, tempat sedang disediakan untuk kita apabila Jesus kembali untuk menjemput kita. (Yohanes 14:1-4)



Semoga ini menjadi panduan bagi kita ketika mendidik anak kita. Pertimbangkan kebenaran tentang Allah sebagai Bapa kita ini dan melihat lingkungan yang anda perlu berkembang sebagai ibu bapa. Adakah kasih sayang kita bergantung pada tindakan mereka? Adakah kita cuba menjadi rakan mereka dan tidak membetulkan mereka? Adakah kita tidak memaafkan mereka selepas kesilapan kesepuluh mereka?



Kita tidak akan melakukan semua perkara dengan betul, tetapi meskipun kita mendidik dengan tidak sempurna, tidak bermakna kita tidak harus berusaha untuk melakukan yang terbaik. Sepanjang lima hari seterusnya dalam Pelan ini, kita akan membincangkan beberapa perkara yang paling penting yang dapat diterapkan dalam hubungan kita dengan anak kita untuk membantu mereka menjadi individu dewasa yang sihat, bertanggungjawab, dan berdikari. 


Hari 2

Perihal Pelan

Imperfect Parenting

Tekanan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna membuat banyak daripada kita tidak dapat tidur lena pada malam hari. Kita fikir kita perlu menjadi ibu bapa yang terbaik, dan kita mungkin gementar bahawa kita akan merosakkan...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami