Info Pelan

Hikmat Daripada Cerita Perjanjian Lama Sampel

Wisdom From Old Testament Stories

HARI 5 DARIPADA 5

Yusuf dan Saudara-saudaranya



Cerita Yusuf tercatat dalam Kejadian, kitab pertama dalam Perjanjian Lama. Dia ialah anak lelaki Yakub, yang dinamakan semula Israel oleh Allah. Hidup Yusuf dipenuhi kesusahan. Dia telah dijual sebagai hamba oleh saudara-saudaranya ketika berumur 17 tahun, dia difitnah melakukan salah laku seksual, dan dipenjarakan selama kira-kira satu dekad. Walau bagaimanapun, akhirnya Yusuf diingati kerana keupayaannya mentafsirkan mimpi dan dia dikerah berkhidmat melayani Firaun, raja Mesir (Kejadian 39-41). 



Kebuluran yang diramalkan oleh Yusuf telah berlaku, dan saudara-saudaranya datang ke Mesir untuk membeli gandum. Bapa mereka telah menghantar mereka untuk membeli gandum, tetapi mereka tidak sedar bahawa orang yang menjual gandum itu ialah saudara mereka yang telah dijual sebagai hamba—Yusuf. Beberapa perisitiwa berlaku antara Yusuf dan saudara-saudaranya sebelum dia mendedahkan identitinya kepada mereka. 



Sementara terdapat banyak perkara yang kita dapat belajar daripada cerita yang menjangkau masa lebih daripada 20 tahun ini, terdapat dua perkara yang kita harus perhatikan dan menerapkannya dalam hidup kita:



Yusuf Berkembang di Tempatnya

Sekiranya kamu membaca riwayat Yusuf yang tercatat dalam Kejadian 37 hingga Kejadian 50, kamu akan melihat seorang lelaki yang berjaya dan berkembang di mana jua dia berada. Ketika dia berkhidmat untuk Potifar, dia disukai tuannya. Ketika dia dipenjarakan, dia diberikan tanggungjawab atas segala pekerjaan di dalam penjara oleh ketua penjara. Apabila dia dibebaskan setelah mentafsirkan mimpi raja Firaun, dia menjadi gabenor ke atas seluruh kerajaan, dan hanya raja yang lebih berkuasa daripadanya. Yusuf berkembang dan berjaya di mana jua tempatnya. Dia tidak menunggu untuk menunjukkan kepemimpinannya pada umur 30 tahun, sebaik sahaja dia diberikan kuasa oleh Firaun. Dia memimpin dengan baik dan mulia meskipun dalam tawanan. Akhirnya, dia memimpin dengan kekuatan dan kebijaksanaan yang menyelamatkan orang sepanjang kebuluran yang berlanjutan selama tujuh tahun. 



Yusuf Melihat Gambaran Besar

Allah telah menggunakan semua kesusahan yang dihadapi oleh Yusuf untuk mengangkat seseorang yang dianiayai berulang kali ke tempat yang berkuasa. Walaupun dia disukai oleh Allah dan manusia, kita kira dia pasti amat sedih kerana dikhianati oleh saudara-saudaranya dan terpisah daripada segala sesuatu yang diketahuinya. Melalui semua itu, kita melihat bahawa Yusuf melihat gambaran yang berbeza daripada gambaran sementara. Dengan rahmat dan kebijaksanaan Allah, dia dapat menghubungkaitkan setiap lingkungan hidupnya untuk melihat bagaimana Allah telah mengizinkan semua itu untuk mengelakkan manusia daripada mati kelaparan semasa kebuluran. Dia tidak menyalahkan tindakan saudara-saudaranya atas rancangan Allah. Dia mempercayai gambaran besar yang dipelihara oleh Allah, yang menggunakannya untuk mengubah dunia ini. 



Walau di mana jua kita berada atau apa pun situasi kita, marilah kita pilih untuk berkembang di sana. Marilah kita sedari bahawa ada sudut pandangan yang lebih besar yang tidak selalu dapat dilihat. Marilah kita terima dan percaya sepenuhnya akan Allah sementara Dia membimbing, mengarah, dan mengatur tujuan-Nya dalam hidup kita dan untuk semua manusia. 


Hari 4

Perihal Pelan

Wisdom From Old Testament Stories

Kadang kala Perjanjian Lama agak mengelirukan dan sukar difahami, tetapi ia padat dengan cerita yang dipenuhi dengan kebijaksanaan yang dapat digunakan. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meneliti cerita dalam dalam Perja...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami