Info Pelan

Hikmat Daripada Cerita Perjanjian Lama Sampel

Wisdom From Old Testament Stories

HARI 1 DARIPADA 5

Keldai Bileam 



Kitab Bilangan dalam Perjanjian Lama bukan sahaja mencatatkan bilangan orang dalam dua belas suku Israel dan keturunan mereka. Terdapat satu cerita yang tersorok dalam bab 22 tentang seorang lelaki dan keldainya. Menurut cerita yang berwawasan ini:



Umat Israel sampai ke Moab, dan disebabkan bilangan mereka sebegitu ramai, orang Moab berasa sangat takut! Maka, Balak, raja Moab, berjumpa dengan seorang nabi yang bernama Bileam. Pada dasarnya Balak mengarahkan Bileam untuk mengutuk orang Israel, umat kesayangan Allah. Bileam menjawab bahawa dia akan membalasnya selepas dia mendapat pesan daripada Allah. 



Dalam ayat seterusnya, Allah datang kepada Bileam. Bileam memberitahu Allah apa yang dikehendaki oleh Balak, tetapi Allah berfirman kepada Bileam supaya tidak mengutuk umat Israel. Maka, Bileam menghantar utusan kepada raja itu bahawa Allah tidak akan mengutuk umat Israel. Raja tidak suka respons ini dan cuba merasuahi Bileam dengan apa sahaja yang diinginkannya. Walau bagaimanapun, Bileam tidak tergoda. Dia mengikut pengutus raja pada keesokan hari atas perintah Allah, tetapi dia harus menunggu pimpinan Allah. 



Pada keesokan paginya, Bileam memasang pelana pada keldainya, lalu pergi bersama-sama dengan pemimpin Moab itu. Dalam perjalanan mereka, malaikat TUHAN berdiri di tengah jalan, tetapi hanya keldainya yang dapat melihat malaikat itu. Keldai itu ketakutan dan bertindak seperti naik gila, lalu mengelirukan Bileam, kerana dia tidak dapat nampak malaikat itu. Bileam sangat marah dan memukul keldainya sebanyak tiga kali! Pada waktu inilah satu perkara yang luar biasa berlaku: keldai itu bertutur. 



Keldai itu berkata kepada Bileam, "Bukankah tuan menunggangi saya seumur hidup tuan? Pernahkah saya memperlakukan tuan begini?" “Tidak,” jawab Bileam.

Bilangan 22:30 BM



Selepas ini barulah Bileam dapat melihat malaikat TUHAN, yang membiarkan dia hidup. Kita dapat mempelajari banyak perkara daripada cerita mengenai seekor keldai yang boleh bercakap ini: 



Allah Menggunakan Orang yang Tidak Disangka-sangka

Kita hanya tahu sedikit tentang Bileam. Satu-satunya bukti kelayakan yang kita ada tentang Bileam ialah dia mengenali Allah (Bilangan 22:8). Itu sahajalah yang diperlukan untuk tugas ini. Mungkin anda rasa anda bukan orang yang sesuai untuk tugas yang telah Allah panggil anda untuk lakukan sebagai ibu bapa, pasangan, peniaga, atau guru. Sekiranya Allah telah memanggil anda untuk tugas itu, Dia akan melengkapkan anda untuk tugas itu. Allah lebih mementingkan ketersediaan anda daripada kemampuan anda. Allah boleh melakukan jauh lebih banyak bagi seseorang yang tersedia yang rela berbanding seseorang yang berkemampuan tetapi tidak tersedia. 



Allah Menggunakan Keadaan yang Tidak Disangka-sangka 

Allah telah menggunakan seekor keldai untuk menarik perhatian orang. Bukan setakat menggunakan keldai itu, sebaliknya membolehkan keldai itu bercakap! Ini telah menyelamatkan nyawa Bileam. Allah mahu menggunakan anda dan apa jua situasi yang telah anda alami. Anda mungkin rasa tidak masuk akal bahawa Dia boleh menggunakan pengalaman anda, tetapi Dia boleh. Walau apa pun, tunduklah kepada-Nya, dan lihatlah apa yang Dia akan laksanakan daripadanya. Allah menggunakan seekor keldai untuk menyelamatkan seorang lelaki dan umat-Nya. Dia pasti dapat menggunakan anda.


Hari 2

Perihal Pelan

Wisdom From Old Testament Stories

Kadang kala Perjanjian Lama agak mengelirukan dan sukar difahami, tetapi ia padat dengan cerita yang dipenuhi dengan kebijaksanaan yang dapat digunakan. Dalam Pelan 5 hari ini, kita akan meneliti cerita dalam dalam Perja...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami