Info Pelan

Doa Bapa KamiSampel

The Lord's Prayer

HARI 8 DARIPADA 8

Perspektif


Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.


Frasa terakhir Doa Bapa Kami tidak ada dalam manuskrip terawal Perjanjian Baru dan walaupun frasa ini boleh dikatakan diucapkan di gereja, kebanyakan terjemahan Alkitab moden mengetepikan frasa ini dan meletakkannya di nota kaki. Secara peribadi, saya berpaut pada frasa ini. Satu sebab ialah pada umumnya doa Yahudi pada zaman Yesus berakhir dengan berkat terhadap Allah dan mungkin demikian juga bagi orang Kristian awal. Satu sebab lain ialah doa ini bermula dengan pujian, maka sewajarnya berakhir dengan pujian juga. Akhirnya, jika klausa ini dikeluarkan, anda menghadapi situasi yang tidak menyenangkan kerana perkara terakhir yang didoakan merujuk kepada 'si jahat'. Saya fikir penting untuk mengingatkan diri dalam doa sekarang ini, seperti dalam sejarah, iblis tidak memberikan kata putus.



Frasa terakhir ini menggalakkan kita untuk berundur daripada doa pembekalan, pengampunan dan perlindungan untuk melihat gambaran keseluruhannya. Ini menempatkan kewujudan kita dalam perspektif yang betul. Saya ingin mengalihkan perhatian anda kepada tiga perkara.



Pertama, kita diingatkan bahawa kerajaan harus menjadi keutamaan hidup kita. Kita menghadapi pilihan hidup yang tidak henti-henti seperti pekerjaan yang harus diterima, cara menggunakan masa atau wang kita. Pilihan tersebut mengganggu dan mudah menguasai fikiran kita. Allah berkata alihkan mata anda daripada kekhuatiran yang menghantui anda: pembentangan yang penting, keadaan kereta, simpanan yang kecil dalam bank atau sakit bahu anda dan pandanglah kerajaan Allah.



Kedua, frasa ini mengingatkan kita bahawa tujuan hidup kita ialah membina kerajaan Allah dan memuliakan-Nya. Terdapat satu poster Perang Dunia I yang terkenal, seorang kanak-kanak perempuan duduk di atas riba bapanya dan menanya, 'Ayah, apakah yang KAMU lakukan dalam Perang Besar?' Air muka ayahnya yang kurang menyenangkan mencadangkan bahawa jawapannya ialah, 'Tidak banyak.' Namun, marilah kita mengubah soalan itu daripada peperangan yang lama kepada kewujudan sekarang ini. Anda melihat bahawa ini merupakan soalan yang dalam pelbagai bentuk menghantui banyak pesara atau bila ajal hampir tiba. 'Apakah yang saya lakukan dengan masa yang diberikan oleh Allah? Apakah yang memakan tenaga saya? Apakah pencapaian kekal yang telah saya capai? Kenyataannya ialah satu-satunya matlamat kewujudan manusia yang berfaedah abadi ialah kerajaan Allah.



Ketiga, kita diingatkan bahawa kita perlu memegang kuasa Allah dalam hidup kita. Doa Bapa Kami mencabar kita dan membuat tuntutan terhadap hidup kita. Percubaan mengerjakan doa ini berdasarkan usaha diri ialah resipi untuk tekanan, kehabisan tenaga dan kegagalan. Satu-satunya harapan kita ialah mencari kuasa Roh Kudus untuk menolong kita.



Akhirnya, saya ingin memberikan komen tentang perkataan Amin. Mengucapkan Amin bermaksud membuat komitmen terhadap apa yang telah diucapkan. Pada hakikatnya, biarlah ini terlaksana! Perkataan ini bagaikan menutup surat dengan tandatangan, mengangkat tangan menyetujui usul atau menekan butang hantar pada e-mel. Kita mengatakan kepada Allah, semua yang telah didoakan, 'semoga terlaksana'! 



Sesungguhnya, sesudah mengucapkan seluruh doa ini, moga-moga anda dapat berkata dengan yakin pada akhirnya, Amin



Semoga Allah menjawab anda!





Hari 7

Perihal Pelan

The Lord's Prayer

Sertai J.John dalam kajian lapan hari tentang Doa Bapa Kami, ajaran yang amat mendalam dan berguna oleh Yesus tentang cara kita harus berdoa.

Kami bersyukur kepada J JOHN kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://canonjjohn.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami