Info Pelan

Doa Bapa KamiSampel

The Lord's Prayer

HARI 1 DARIPADA 8

Permulaan 


Sepatutnya kamu berdoa begini . . .


Bayangkan bahawa anda ialah seorang pemain piano atau gitar yang terkial-kial hendak belajar memainkan gubahan yang kelihatannya memerlukan teknik yang mustahil. Sekarang, bayangkan bahawa penggubahnya muncul tiba-tiba di sebelah anda. Ia memberitahu anda secara lembut, "Kamu harus menempatkan tangan kamu di sini . . . beginilah kamu memainkan bahagian ini," dan anda diajar caranya memainkan gubahan itu. Betapa bersyukurnya anda kerana bimbingan khusus itu! Jika muzik bukan kemahiran anda, bayangkan sesuatu yang serupa dalam sukan, panjat batu, pidato umum, ataupun pemanduan kereta. Bimbingan berdasarkan pengetahuan total, kewibawaan lengkap dan kesabaran yang tidak terbatas.



Doa Bapa Kami terdiri daripada kira-kira 70 patah perkataan – lebih kurang panjang tweet, iaitu 280 aksara – bimbingan Yesus tentang cara kita harus bercakap dengan Allah. Pengajaran ini meliputi subjek yang paling penting dalam dunia ini, oleh orang yang paling arif tentangnya. Oleh itulah kita harus menganggap Doa Bapa Kami serius. 



Sesungguhnya doa adalah penting! Bagi banyak orang, doa bagaikan nombor perkhidmatan kecemasan di telefon mereka; apabila masalah atau kesusahan melanda, mereka memanggil Allah. Allah memang menolong kerana kasih kurnia-Nya dalam keadaan tersebut tetapi itu bukanlah satu-satunya tujuan doa. Sebagaimana yang akan dilihat dalam kajian ini, doa menolong kita untuk berdamai dengan Allah dan dengan berbuat demikian membolehkan kita untuk melihat diri dan masalah kita mengikut perspektif yang sebenar. Kita mungkin berpengalaman mengenali seseorang untuk tempoh yang panjang, mungkin seseorang rakan kerja atau jiran, tetapi kita hanya rasa kita betul-betul mengenali mereka selepas berbual panjang. Doa adalah seperti itu: doa mendekatkan kita dengan Allah, doa membuat kita bersekutu dengan Allah supaya kita terlibat dengan tujuan-Nya dan mengutamakan keutamaan-Nya. 



Walaupun banyak orang membaca Doa Bapa Kami kata demi kata, saya rasa doa itu tidak dimaksudkan untuk digunakan demikian. Sebaliknya, saya melihat doa itu sebagai corak doa, rangka kerja atau templat bagaimana berdoa. Mungkin cara terbaik untuk memikirkannya ialah sebagai garis kasar; satu siri tajuk berstruktur untuk memimpin kita semasa bercakap dengan Allah. 



Doa yang berkesan mendalamkan hubungan kita dengan Allah. Doa membina ikatan yang kekal dengan Allah. Doa membina dasar dalam cahaya yang diperlukan dalam kegelapan. Saya tidak dapat memberi penekanan yang mencukupi tentang kepentingan doa. Jika anda ingin menjalani pemeriksaan rohani, hanya satu ujian diperlukan: tanyalah diri anda, "Betapa baik kehidupan doa saya?" Dari segi kelakuan kita dan identiti kita, doa memanglah faktor pengehad yang besar; tiada orang Kristian mencapai lebih daripada yang dimungkinkan oleh kehidupan doanya.


Hari 2

Perihal Pelan

The Lord's Prayer

Sertai J.John dalam kajian lapan hari tentang Doa Bapa Kami, ajaran yang amat mendalam dan berguna oleh Yesus tentang cara kita harus berdoa.

Kami bersyukur kepada J JOHN kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://canonjjohn.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami