Info Pelan

Menangani KecemasanSampel

Dealing With Anxiety

HARI 5 DARIPADA 7

Bagaimana saya menangani fikiran yang negatif?



Pernahkah anda berasa hidup anda bagaikan penjara? Penjara yang dipenuhi dengan perkara yang perlu dilakukan dan tidak mengandungi perkara yang anda ingin lakukan?



Pernahkah anda ingin menyembunyikan diri di dalam bilik dan tonton lewah Netflix, YouTube atau video yang tidak bermakna kerana anda tidak tertahan dengan pelbagai fikiran anda? Pernahkah anda cuba membuat diri lupa akan fikiran anda?



Pernahkah anda mengenang waktu riang semasa kecil dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku? Dari mana datangnya semua tekanan ini? Bilakah kecemasan menguasai saya? Bilakah saya mula rasa keberatan untuk menyanyi, menari dan berseronok? Apakah yang telah berlaku pada diri saya? 



Anda tidak bersendirian, masih ada harapan lagi.



Tekanan yang anda rasai, tekanan yang anda pikul, dan kecemasan yang dihadapi tidaklah okey. Malangnya, ia bukan masalah tersendiri juga. Anda tergolong dalam generasi yang paling cemas dan tertekan dalam sejarah. Berita baiknya ialah, anda tidak bersendirian dalam menangani semua itu, dan berita buruknya pula … anda tidak bersendirian dalam menangani semua itu. Anda tidak bersendirian.



Masih ada harapan. 



Sebagai manusia, kita tidak dimaksudkan untuk hidup bersendirian. Anda telah dicipta untuk mempunyai orang yang dijaga dan orang yang menjaga anda. Ada orang yang bergelut dengan kecemasan seperti anda. Mereka memerlukan anda. Anda juga memerlukan mereka.



Yesus muncul dalam sejarah sebagai kasih dan harapan dalam bentuk manusia. Yesus telah mengubah sejarah dan Yesus ingin mengubah cerita anda. Dia membawa harapan dan penyembuhan kepada orang yang terluka. Dia menunjukkan kepada mereka secara berulang kali bahawa mereka tidak bersendirian, bahawa mereka dikasihi, dan masih ada harapan lagi. Dia ingin melakukan perkara yang sama bagi anda juga. 



Yesus menunjukkan nilai hubungan yang dipercayai. Dia mempunyai 12 orang kawan yang menemani Dia sepanjang pelayanan-Nya. Dua belas orang murid. Dua belas orang yang saling mendorong, saling mendoakan, dan saling menghiburkan. Dua belas orang yang mengasihi satu sama lain walau apa pun yang terjadi. Dua belas orang yang saling mengasihi sebagaimana Yesus mengasihi mereka. 



Kita inginkan orang seperti itu, dan kita harus mempunyai orang seperti itu. Orang seperti itulah yang membantu kita mengatasi fikiran yang negatif dalam hidup kita supaya kita boleh mula menjalankan hidup yang positif. 



Bagaimanakah anda menangani fikiran yang negatif? Kongsilah cara anda dengan orang yang anda kasihi dan orang yang mengasihi anda. Biarlah mereka membantu anda untuk mengatasi fikiran negatif itu supaya anda boleh menjalankan hidup yang positif. 



Cabaran: Bercakap secara terbuka tentang kecemasan yang anda alami dengan orang yang mengambil berat tentang anda. Janganlah menunggu sehingga mereka bertanya khabar anda. Beranikan diri untuk mengambil langkah pertama.  


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Dealing With Anxiety

Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin mem...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami