Info Pelan

Menangani KecemasanSampel

Dealing With Anxiety

HARI 1 DARIPADA 7

Apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan? 



“Ia ialah sejenis kerisauan gred rendah. Suatu kegelisahan yang amat ditakuti. Seumpama deru angin sejuk yang tidak akan berhenti. Ia bukanlah ribut tetapi kepastian bahawa ribut akan melanda. Selalu … bakal melanda. Hari yang cerah cumalah waktu selang. Anda tidak boleh bersenang-senang. Tidak boleh berhenti berhati-hati. Semua ketenteraman hanya sementara sahaja, jangka pendek.” —Max Lucado



Kecemasan. Anda mungkin berasa cemas tentang ketegangan dalam kalangan kawan anda, perpecahan dalam keluarga, ujian besar di sekolah, apa yang patut anda lakukan setelah tamat pelajaran, atau tingkah laku teman lelaki/teman wanita anda yang ganjil dan anda risau ia akan mengakhiri hubungan itu. Malangnya, kecemasan ialah sesuatu yang sangat biasa bagi kita dan mempengaruhi kita. 



Jadi, apakah itu kecemasan? Inilah takrifannya: rasa bimbang dan takut yang tidak normal dan amat sangat. 



Tahukah anda bahawa, pukul rata, satu daripada lima orang pemuda menghadapi masalah kecemasan? Ini bermaksud, berkemungkinan besar, seseorang yang anda kenal menghadapi masalah kecemasan. Hakikatnya, banyak orang yang anda kenal berkemungkinan menghadapi masalah kecemasan. Malahan, 91% daripada remaja mengatakan bahawa mereka pernah mengalami gejala fizikal akibat rasa tertekan dan kecemasan. Masalah ini berlanjutan: Menurut laporan kendiri orang muda, aras kesihatan mental mereka adalah lebih rendah berbanding dengan generasi sebelumnya. Statisitk tersebut tidak menggalakkan. Ia terasa seakan-akan potensi mereka terkurung di dalam penjara. 



Namun, ada berita baik. Walaupun orang muda sekarang ini adalah lebih cemas daripada sebelumnya, anda jugalah salah satu generasi yang paling didorong oleh tujuan, bersemangat, bersifat keusahawanan, dan berbelas kasihan dalam sejarah. Sementara ketakutan dan kecemasan akan mengehadkan impak anda, Allah ingin ada pengaruh terhadap kekuatan anda demi membawa harapan dan penyembuhan kepada dunia yang menderita. 



Saya tidak dapat berjanji bahawa pelan Alkitab ini akan menyembuhkan masalah kecemasan anda, namun, saya boleh berjanji bahawa menjalankan pelan ini sepanjang tujuh hari seterusnya akan menjadi satu langkah yang berguna untuk membawa anda ke arah menemukan ketenteraman di tengah-tengah kecemasan anda. Saya betul-betul yakin akan itu. Mengapa? Ini disebabkan Allah kita ialah Allah yang membawa keamanan. Allah kita telah muncul dalam sejarah 2,000 tahun dahulu untuk menyatakan kasih-Nya kepada dunia ini. Bagaimanakah Dia melakukannya? Dengan dilahirkan sebagai manusia, mati di atas kayu salib, dan bangkit semula daripada kematian. Saya percaya bahawa Allah yang telah menewaskan kematian ini dapat memberikan anda kekuatan untuk menangani masalah kecemasan anda. 



Memanglah sukar. Anda perlu berusaha. Namun, memang berbaloi. 



Cabaran: Kecemasan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Sekiranya anda menghadapi masalah kecemasan, bercakaplah dengan orang dewasa yang dipercayai atau pakar perubatan untuk mendapatkan bantuan.. Kami memang percaya Allah bekerja melalui kebijaksanaan orang, kaunselor, dan doktor untuk membantu kita memperoleh penyembuhan dalam hidup kita.   


Hari 2

Perihal Pelan

Dealing With Anxiety

Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin mem...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami