Info Pelan

Menangani KecemasanSampel

Dealing With Anxiety

HARI 3 DARIPADA 7

Bagaimanakah anda pulih dengan cepat selepas hidup anda dimusnahkan?  



“Kecemasan dan ketakutan ialah sepupu tetapi bukan anak kembar. Ketakutan melihat ancaman. Kecemasan pula membayangkan ancaman. Ketakutan menjerit, Keluar! Kecemasan pula berfikir, Bagaimana kalau? Ketakutan menyebabkan berlawan atau melarikan diri. Kecemasan pula menyebabkan kegagalan dan kemuraman. Ketakutan ialah nadi yang berdebak-debuk ketika anda melihat seekor ular orok-orok di halaman rumah anda. Kecemasan pula ialah suara yang memberitahu anda, Sepanjang hidup kamu, jangan sekali-kali berkaki ayam atas rumput. Mungkin ada ular orok-orok … entah di mana.” – Max Lucado



Pernahkah anda mengalaminya? Sesuatu berlaku, pengalaman yang buruk, dan anda mula tertanya-tanya bila ia akan berulang lagi? Ataupun, barangkali bukan hal tertentu, tetapi sesuatu yang serupa? 



Anda mungkin membayangkan bahawa semua kawan akan menjauhi anda seperti yang pernah berlaku dengan seorang kawan yang dipercayai. Ataupun, setiap kali seseorang cuba mendekati anda, apa yang terlintas di fikiran anda ialah, apakah yang akan terjadi, sekiranya mereka meninggalkan saya? Ini disebabkan seseorang yang sepatutnya ada di sisi anda telah meninggalkan anda. Kecemasan anda mungkin menimpa setiap hari dalam perjalanan ke sekolah kerana anda gagal dalam satu ujian dan anda selalu tertanya-tanya, “Bagaimana kalau saya gagal dalam ujian seterusnya? Adakah ibu bapa saya akan marah? Adakah saya akan marah pada diri sendiri?” 



Bagaimanakah anda pulih dengan cepat daripada sesuatu seperti itu? Ketika kecemasan anda timbul daripada keadaan yang benar dan menyakitkan? Ketika kecemasan menjadi begitu biasa sehinggakan ia rasa seperti sebahagian daripada hidup anda? 



Dalam buku, The Coddling of the American Mind, Dr. Jonathan Haidt dan Greg Lukianoff menggariskan beberapa “idea buruk” yang telah menjadi biasa dalam masyarakat sekarang ini dan memudaratkan. Salah satunya ialah: Apa yang tidak membunuh anda akan melemahkan anda



Idea ini menyebabkan banyak orang untuk menjalankan hidup yang selamat dan senang. Masalahnya? Kehidupan yang selamat dan senang tidak memperbaik diri kita dan tidak menguatkan kita. Perkara yang berlaku kepada anda pasti dapat digunakan untuk menguatkan anda, menjadikan anda lebih berkeyakinan, dan lebih bersedia untuk menghadapi masalah lain yang akan melanda anda. 



"Idea buruk" yang kedua ialah: Sentiasa percaya akan perasaan anda. Perasaan anda adalah benar, dan perasaan anda adalah sah, tetapi perasaan anda tidak selalunya betul, dan perasaan anda bukanlah anda. 



Idea tersebut telah digambarkan dalam cerita Ayub. Hidup Ayub betul-betul hancur musnah dengan teruk. Namun, dia tidak dilemahkan oleh apa yang berlaku, dan dia tidak membiarkan perasaannya membawanya kepada kelakuan yang negatif. Dia membuat pilihan untuk membenarkan apa yang berlaku itu untuk mendorongnya agar menjadi lebih baik, dan dia memilih untuk mempercayai Allah walaupun perasaannya bertempik agar dia putus asa dan berasa cemas. 



Janganlah rasa terlalu bingung dengan perbualan antara Allah dan Iblis dalam cerita ini. Hal yang penting dalam Ayub bukanlah jika perbualan itu betul-betul berlaku. Cerita Ayub ialah tentang pergelutan dengan kerumitan hidup, realiti kesengsaraan, dan bagaimana kita berhubungan dengan Allah sepanjang waktu itu. 



Cabaran: Merenung dan menyedari. Renungkan pengalaman negatif anda. Bagaimanakah pengalaman tersebut menguatkan anda? Menyedari bahawa emosi anda bukanlah anda, dan tidak mengawal anda. Apakah satu cara anda boleh menguasai emosi anda dan bukannya membiarkan emosi menguasai anda? 


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Dealing With Anxiety

Kecemasan membawa impak yang buruk. Malangnya, kecemasan menjadi satu hakikat dalam hidup kita. Pelan ini disediakan untuk membantu anda memahami bahawa anda tidak bersendirian, dan masih ada harapan, dan Allah ingin mem...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami