Info Pelan

20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine Sampel

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

HARI 7 DARIPADA 7

KITA DILIHAT, TERPILIH, DAN DITUTUS. MARILAH KITA PERGI!


Pergilah ke serata dunia dan sebarkan Injil kepada setiap insan. -Markus 16:15 AVB



Membesar sebagai anak perempuan imigran Yunani generasi pertama bermaksud membesar dalam gelembung Yunani. Disebabkan ibu bapa saya—dan semua kawan mereka—datang ke Australia tanpa orang untuk bergantung, cuma satu sama lain, mereka berkumpul bersama, idea selamat kerana berada dalam kumpulan berurat berakar dalam diri mereka. Oleh itu, sepanjang zaman kanak-kanak saya, ibu bapa saya, ibu saudara, bapa saudara, sepupu, kawan dan jiran saya membentuk komuniti yang rapat dan kurang bergaul dengan orang lain, seolah-olah takut akan apa yang akan berlaku jika mereka keluar daripada komuniti ini. Ini tidak disebabkan mereka tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya ibu bapa saya bertutur dalam lima bahasa: Arab, Yunani, Perancis, Itali dan Inggeris. Mereka ialah orang yang cemerlang! Mereka tahu cara hidup masyarakat moden, tetapi mereka memilih untuk hidup dalam dunia kecil tersendiri.



Ada kalanya, saya fikir kita sebagai orang Kristian berkelakuan demikian juga. Kita hidup dalam gelembung Kristian, dalam komuniti Kristian kita, dalam lingkungan kawan Kristian kita, dan kekal demikian. Barangkali, kita bersembunyi dalam subbudaya Kristian tersendiri. Kita membentuk pendapat tersendiri tentang syurga di bumi, dan kita berpaut pada harapan semuanya akan berjalan lancar sehingga kita meninggalkan dunia ini. Sementara Yesus telah melihat kita, memilih kita dan MENGUTUS KITA KE DUNIA ini untuk menjadikan murid. Kita tidak boleh menjadikan perintah terutama-Nya itu keutamaan kita jika kita tidak keluar daripada gelembung kita. 



Yesus tidak menyelamatkan kita untuk membina subbudaya Kristian. Mengelakkan daripada menemui orang lain yang tidak kelihatan seperti kita, tidak bertindak seperti kita, tidak sependapat dengan kita, atau berkelakuan seperti kita. Dia tidak menyelamatkan kita untuk bersembunyi daripada dunia, mengelakkan dunia, tidak menghiraukan dunia, membenci dunia, mengutuk dunia atau menilai dunia. Dia mengutus kita ke dunia...untuk menjadikan murid...untuk mengasihi dunia yang telah dicipta-Nya dan yang amat dikasihi-Nya.



“Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia.”



Perkataan yang paling penting dalam ayat ini? PERGILAH.



Pergilah ke seluruh dunia.



Pergilah dan mengasihi orang yang sesat.



Pergilah dan memahami orang yang sesat.



Pergilah dan berbelas kasihan terhadap orang yang sesat.



Pergilah dan memberitahu orang yang sesat tentang Yesus.



Pergilah dan menjadikan murid.



DOA


Bapa di syurga, terima kasih kerana Engkau telah melihat saya, memilih saya dan mengutus saya. Tolonglah saya agar memiliki kekuatan dan keberanian untuk ke tempat yang Engkau mahu saya pergi dan melakukan apa yang Engkau mahu saya lakukan. Amin.



Untuk maklumat lanjut, layari www.christinecaine.com/2020study  


Dipetik daripada 20/20: Seen.Chosen.Sent oleh Christine Caine. Hak cipta © 2019 Christine Caine. Dicetak semula dengan kebenaran Lifeway Women. Hak cipta terpelihara.


Hari 6

Perihal Pelan

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 ...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.christinecaine.com/2020study

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami